Bas Ke Pasir Mas Harga Tiket & Jadual Bas
Bas ke Pasir Mas dari Kuala Lumpur dari RM 34.00 dan jadual perjalanan bas setiap hari. Terasa sekali-sekala ingin menjauhkan diri daripada kesibukan bandar? Pasir Mas di Kelantan merupakan tempat yang sesuai untuk mencari ketenangan. Daerah ini turut terkenal untuk makanan tempatan yang sedap.
Makanan di sini mempunyai pengaruh kuat dari Thailand dan setiap pelancong melancong di sini digalakkan untuk mencuba hidangan di sini.
Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI
Salah satu tempat pelancongan yang paling popular di sini ialah Wat Uttamaram, atau lebih dikenali sebagai Bang Saet dalam kalangan penduduk tempatan. Tokong Thai Buddha ini memiliki seni bina arkitek yang cantik.
Bagi yang ingin pergi melancong ke Pasir Mas, menaiki bas ekspres merupakan pilihan yang terbaik. Sebenarnya pilihan menaiki bas express ini adalah yang terbaik kerana selain dilengkapi dengan kemudahan seperti WiFi, ianya juga lebih selesa berbanding dulu.
Kali ini kami ingin kongsi sedikit info mengenai perkhidmatan bas express ke destinasi tersebut, semoga ianya sedikit sebanyak mempermudahkan urusan anda.
Senarai Harga Tiket Bas Ke Pasir Mas
Berikut merupakan anggaran harga tiket bas ekspres ke daerah tersebut dari pelbagai destinasi. Harga ini hanya bagi perjalanan sehala dan biasanya berubah mengikut musim.
Untuk memudahkan urusan tempahan tiket penumpang, terdapat pelbagai portal menempah tiket online seperti BusOnlineTicket.com dan Easybook.com yang menjadi platform yang popular untuk menyemak harga terkini tiket bas.
Jadi, anda boleh menyemak harga tiket bas pada bila- bila masa untuk mendapatkan harga tiket yang tepat menggunakan pelbagai applikasi online yang ada sekarang ini.
Di bawah ada sedikit info harga tiket dari pelbagai lokasi menuju ke destinasi tersebut.
- Johor Bahru – dari RM 65.00
- Seremban – dari RM 54.90
- Shah Alam – dari RM 49.00
- Ipoh – dari RM 34.10
- Bentong – dari RM 47.00
Jadual Perjalanan Bas
Sedikit maklumat jadual perjalanan bas bagi setiap perjalanan dari pelbagai tempat ke destinasi tersebut ada di bawah. Sebenarnya ada banyak syarikat bas popular seperti Queen Express, Tansnasional dan Konsortium E-Mutiara menawarkan perkhidmatan bas ekspres dari pelbagai ke daerah ini. Kebanyakan bas express ini menawarkan perjalanan setiap hari antara lokasi-lokasi tersebut.
Johor Bahru
Antara syarikat bas yang mengendalikan servis bas ekspres bagi laluan perjalanan antara Johor Bahru dan Pasir Mas ialah Asia Express, Konsortium E- Mutiara, Cepat Express dan UBT Group.
Bas pertama ditawarkan bagi setiap syarikat disenaraikan di atas ialah seperti berikut; 8.45 malam, 9.00 malam, 8.00 malam dan 9.45 malam.
Sebanyak 10 trip bas disediakan bagi laluan ini dan jumlah masa perjalanan diambil untuk sampai ke destinasi ialah dalam 12 jam dengan jarak perjalanan lebih kurang 701km.
Seremban
Syarikat seperti Cepat Express, Kosortium E- Mutiara, Perdana Express dan Queen Express sangat berpengalaman dalam menawarkan servis bas ekspres ke destinasi tersebut dari Seremban.
Bas pertama bagi syarikat Cepat Express dan Kosortium E- Mutiara beroperasi pada pukul 9.30 malam. Manakala, syarikat Perdana Express dan Queen Express mengendalikan bas pertama pada pukul 8.00 pagi dan 8.00 malam. Selain itu, hanya 5 trip bas ditawarkan bagi laluan ini.
Pasir Mas terletak sejauh 495 km dari Seremban dengan anggaran perjalanan 10 jam diperlukan untuk sampai ke destinasi tersebut.
Shah Alam
Syarikat AZ Liner, Konsortium E- Mutiara, Perdana Express dan Alya Express beroperasi dari Shah Alam ke Pasir Mas.
Bas pertama bagi syarikat AZ Liner, Konsortium E- Mutiara, Perdana Express dan Alya Express beroperasi pada pukul 9.50 malam, 8.35 pagi, 8.25 pagi dan 9.30 malam.
Sebanyak 10 trip bas beroperasi bagi laluan ini. Jumlah masa diambil untuk sampai ke destinasi ialah dalam 7 jam 30 minit dengan jarak perjalanan lebih kurang 456 km.
Ipoh
Syarikat Konsortium E- Mutiara, Perdana Express dan Transnasional menawarkan servis bas ekspress ke sini dari Ipoh, Perak.
Bas pertama bagi ketiga- tiga syarikat di atas akan beroperasi pada pukul 10.30 pagi. Sebanyak 8 trip bas dikendalikan bagi laluan perjalanan ini.
Jumlah masa perjalanan dalam bas ekspres ialah dalam 6 jam dengan jarak perjalanan bagi laluan ini ialah dalam 325 km.
Bentong
Syarikat Perdana Express dan Queen Express terkenal untuk perkhidmatan bas ekspres dari Bentong, Pahang ke destinasi ini.
Bas pertama bagi kedua- dua syarikat dikendalikan pada pukul 10.30 pagi. 11 trip bas disediakan bagi laluan ini.
Jumlah masa diambil untuk sampai ke Pasir Mas ialah lebih kurang dalam 6 jam dengan jarak perjalanan sejauh 366 km.
Stesen Bas SKMK Pasir Mas
Stesen bas ini menjadi salah sebuah terminal bas yang utama di Pasir Mas, Kelantan. Terdapat pelbagai bas expres pelbagai syarikat beroperasi dari stesen bas ini. Penumpang boleh pergi ke terminal bas ini dengan menggunakan servis seperti teksi, bas serta KTM.
Untuk pengetahuan pembaca, stesen kereta api terletak berdekatan dengan terminal ini.
Banyak kemudahan di Stesen Bas SKMK Pasir Mas disediakan untuk kegunaan para penumpang bas antaranya ialah;
- Tandas
- Pondok menunggu
- Kaunter tiket
- Kedai
Jika anda perlu menghubungi stesen bas tersebut, berikut merupakan maklumat perhubungan stesen bas SKMK Pasir Mas.
Hubungi nombor di bawah untuk sebarang pertanyaan.
- Alamat: Jalan Pasar Lama 17000 Pasir Mas Kelantan
- Nombor telefon: 09-966 4942 (SKMK) / +60 11-1780 1028
Ramai juga yang tanya, apa tempat menarik yang boleh dilawati di daerah Pasir Mas. Jarang juga iklan pelancongan untuk ke daerah ini, walaupun sebenarnya daerah tersebut tidaklah kekurangan dari segi tarikan untuk pengunjung.
Sebenarnya ada banyak. Anda boleh baca senarai lengkap tarikan pengunjug ke destinasi ini di laman website rasmi Majlis Daerah Pasir Mas.
Semoga sedikit informasi umum mengenai perkhidmatan bas ke Pasir Mas Kelantan ini dapat membantu anda sedikit sebanyak. Marilah bersama kita menyokong memperkasakan industri pelancongan dan pengangkutan awam dalam negara kita.