Kaunter Tiket Bas Perdana: No Telefon & Booking Tiket
Kaunter tiket bas Perdana untuk beli tiket dan check jadual perjalanan bas untuk Perdana Express. Anda juga boleh book tiket bas online di portal rasmi syarikat bas express tersebut atau di applikasi online seperti redbus.my, easybook.com dan busticketonline.com.
Syarikat Bas Perdana Express adalah salah satu syarikat bas yang amat popular.
Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI
Bas ini memberi perkhidmatan pengangkutan hampir ke semua destinasi di Semananjung Malaysia terutama di kawasan pantai timur seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu.
Menjelang musim perayaan dan cuti panjang, ada kemungkinan tiket bas akan habis dibeli lebih awal dan anda mungkin akan kehabisan tiket balik kampung atau ke mana-mana destinasi.
Adalah lebih baik jika merancang perjalanan dan membeli tiket bas lebih awal.
Baca juga: No. Telefon Kaunter Tiket / Agent Bas Transnasional Express
Kaunter Tiket Bas Perdana Seluruh Negara
Syarikat bas ekspress Perdana berpengkalan di negeri Kelantan. Walau bagaimanapun mereka memilik kaunter tiket dan agen jual tiket bas di seluruh negara.
Untuk rujukan dan info anda kami kongsikan di bawah maklumat lokasi, alamat perhubungan (no telefon) Express Perdana.
Ekspres Perdana
Lot 50, Mukim Teluk Mesira
16150, Bachok, Kelantan
hq@ekspresperdana.my
aduan@ekspresperdana.my
Kaunter Tiket & No Telefon
Berikut senarai nombor telefon (contact no) Bas Express Perdana. Anda boleh berhubung dengan kaunter tiket bas Perdana yang terdekat dengan anda untuk sebarang pertanyaan dan maklumat terperinci.
- TELUK MESIRA: No Telefon: 09 – 766 7233
- PANCHOR: No Telefon: 09 – 773 3266
- LEMBAH SIREH (TESCO): No Telefon: 09 – 743 7266
- BESUT (KG RAJA): No Telefon: 09 – 695 0534
- SHAH ALAM: No Telefon: 013 – 940 8168
- KAJANG: No Telefon: 03 – 8740 6145
- KUANTAN: No Telefon: 09 – 573 5766
- MELAKA: No Telefon: 06 – 281 3487
- BACHOK : No Telefon: 09 – 778 8766
- JERTIH: No Telefon: 09 – 697 2266
- PUTRAJAYA: No Telefon: 03 -8861 6544
Jika kaunter-kaunter tiket tiada berhampiran dengan anda, anda boleh beli tiket bas secara online menerusi applikasi online melalui portal-portal tertentu yang banyak sekarang ini.
Kelebihan beli tiket online ialah anda berpeluang membuat perbandingan harga antara bas express dan juga memilih jadual perjalanan bas yang sesuai dengan anda.
Tidak perlu bimbang kerana applikasi online sekarang ini semakin digunakan secara meluas di Malaysia.
Kami sering gunakan portal Easybook.com untuk tempahan tiket dan setakat ini belum ada pengalaman yang tidak baik.
Kami banyak menerima pertanyaan berkenaan maklumat perhubungan (Perdana Express Contact Number) mengenai kaunter tiket Bas Express Perdana di lokasi seperti Teluk Mesira, Panchor, Lembah Sireh, Besut (Kg Raja), Melaka, Bachok, Putrajaya, Kota Bharu, Kangar, Greenwood, Rantau Panjang, Nilai, Kulim, Kamunting, Kok Lanas, Kuala Terengganu, Rawang. Shah Alam, Kajang, Seremban, Jertih dan Kuantan.
Anda bolehlah gunakan maklumat perhubungan kaunter atau agen tiket di atas atau hubungi terus ibu pejabat syarikat bas tersebut melalui talian Hotline: 014-812 8000 (24hrs) atau Pejabat: 09-765 6000 (office hour (09.00 a.m to 05.00 p.m).
Beli Tiket Bas Perdana Express Online
Penumpang yang sudah biasa menggunakan Perdana Express yang ingin menggunakan perkhidmatan bas express Perdana boleh juga boleh book tiket bas secara online.
Mereka ada menyediakan sistem ‘Purchase Your Ticket Online’ untuk memudahkan pengguna.
Sebelum boleh menggunakan applikasi online tersebut, anda perlu terlebih dahulu mendaftar sebagai ahli secara online. Ianya untuk memudahkan anda membuat booking tiket pada masa akan datang juga.
Layari laman website rasmi syarikat bas Perdana Express di sini untuk proses beli tiket bas atas talian.
Paparan di mana anda boleh buat tempahan tiket di portal bas ekspress ini adalah seperti dalam gambar di bawah. Anda boleh beli tiket dan juga semak atau check jadual bas tersebut.
Semasa membeli tiket secara online anda berpeluang memilih kedudukan seat bas Perdana 2 tingkat, yang bukan 2 tingkat juga anda boleh pilih seat jika masih belum habis kena booking.
Jika perlukan sebarang bantuan mengenai pembelian tiket secara online pengguna boleh menghubungi mereka menggunakan maklumat perhubungan (perdana express contact number) di bawah.
Express Perdana
No Telefon: +603-7728 4789
Email : helpdesk@eticketing.my
Masa Beroperasi
Isnin – Jumaat : 7.00am hingga 9.00pm
Sabtu – Ahad: 9.00am hingga 5.00pm
Maklum Balas Penumpang (Perdana Express Review)
Setakat ini Bas Perdana mendapat 109 reviews dari pelanggan. Dari pada ilustrasi di bawah Bas Perdana mendapat score 3.5 point.
Not bad untuk kategori perkhidmatan bas. Masih boleh dipertingkatkan lagi dengan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang disebut oleh para pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan bas express ini.
Bukan senang untuk dapat score maksimum untuk jenis perkhidmatan pengangkutan. Setakat ini tidak ada bas express di Malaysia yang dapat markah penuh. Score di atas sebenarnya sudah agak cemerlang untuk sektor industri perkhidmatan.
Bukan senang untuk memuaskan hati semua orang, kita semua faham perkara ini.
Berikut pula adalah sedutan berberapa costumers reviews dari google reviews tentang Bas Express Perdana. Ada yang reviews negatif dan ada yang positif. Terpulang kepada kita untuk menilai dan buat keputusan.
Sebenarnya ada banyak lagi review para penumpang yang pernah menggunakan perkhidmatan bas express tersebut. Jika ada masa anda boleh baca keseluruhan costumers reviews dari sini.
Semoga perkongsian info mengenai kaunter tiket Bas Perdana Express ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama kita menyokong industri pelancongan domestik dan pengangkutan awam di negara kita.