Bas Melaka Ke Muar Harga Tiket & Jadual Bas

Bas Melaka ke Muar informasi jadual perjalanan bas dan harga tiket bas. Walaupun destinasi ini adalah dekat tetapi ramai yang menggunakan perkhidmatan bas express yang menghubungkan kedua-dua lokasi ini. Melaka dan Muar kedua-duanya memiliki tarikan pelancong yang tersendiri dan menarik. Sebab itu untuk laluan ini banyak bas express yang menawarkan perkhidmatan bas.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI.

Sepanjang PKP tahun ini berlaku banyak perubahan terhadap pola sistem pengangkutan awam kita di Malaysia. Perubahan tambang dan jadual perjalanan bas berlaku dan ini boleh mewujudkan sedikit kesukaran kepada penumpang bas.

Berita baiknya, anda kini tidak perlu bersusah payah pergi ke mana-mana untuk tujuan mendapatkan informasi jadual perjalanan bas dan harga tiket. Anda boleh melakukan semakan secara online di mana-mana dan pada bila-bila masa secara online.

Kini banyak applikasi online yang menawarkan perkhidmatan tersebut seperti easybook.com, redbus.my dan busonlineticket.com

Ianya semakin mudah dan senang sekarang ini.

Senarai Bas Melaka Ke Muar

Sebenarnya banyak. Informasi yang kami senaraikan di bawah ini adalah seperti mana yang ada di portal easybook.com sebuah portal atau applikasi online yang paling popular di Malaysia.

Jika dilihat senarai bas yang beroperasi antara kedua-dua destinasi ini melalui portal easybook.com dan busonlineticket.com ada dua syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan sekarang ini.

  • Orkid Express
  • S&S International Express

Jarak perjalanan antara dua destinasi ini ialah lebih kurang 48.5 KM. Dekat sahaja sebenarnya. Tambang bas pula ialah bermula dari RM 4.60 sehala.

Jadual bas boleh anda semak dari masa ke semasa menggunakan applikasi online seperti yang sudah disebut di atas.

Begitu juga dengan tempahan atau beli tiket bas, anda boleh lakukan di portal yang sama dan pembayaran boleh juga dibuat secara online.

Anda hanya perlu print tiket yang dihantar ke email anda dan tunjukkan di kaunter bas semasa bertolak nanti. Pastikan anda sampai sekurang-kurangnya 30 minit sebelum bas berlepas.

Tarikan Pelancong Di Muar & Melaka

Melaka sering dikenali dengan jolokan bandaraya bersejarah semestinya memiliki banyak tarikan pengunjung. Anda boleh baca senarai lengkap di website rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

Semua infomasi untuk pengunjung ada di sana berserta peta tarikan pelancong.

Begitu juga dengan Muar yang dikenali sebagai Bandar Maharani, tidak kurang hebatnya. Di bandar ini juga memiliki banyak tarikan pelancong yang boleh anda kunjungi sendirian atau bersama keluarga.

Anda boleh baca senarai tarikan pelancong di Muar yang lengkap berserta lokasi di website rasmi Majlis Perbandaran Muar Johor.

Anda patut cuba untuk meneroka (explore) keistimewaan kedua-dua destinasi ini dalam percutian anda pada masa akan datang.

Semoga perkongsian sedikit informasi umum mengenai harga tiket dan jadual bas Melaka ke Muar ini bemanfaat kepada anda. Marilah kita bersama memperkasa dan menyokong industri pelancongan dalam negara kita.