Bas Penang Ke Genting Highland Jadual & Harga Tiket

Bas Penang ke Genting Highland. Tahukah anda, terdapat bas ekspres terus yang boleh digunakan untuk pergi ke Genting Highlands dari Penang? Masa cuti-cuti nie apa kata berkunjung ke Genting Highland bersama family.

Book Tiker Bas Secara Online >> DI SINI

Laluan perjalanan antara Penang dan Genting Highlands merupakan laluan penting untuk kegiatan pelancongan disebabkan kedua-dua destinasi ini terkenal sebagai pusat pelancongan popular di Malaysia.

Bagi, sesiapa yang ingin pergi bercuti ke Genting Highlands dari Penang, kenapa tidak menggunakan bas ekspres. Senang, mudah serta menawarkan harga tiket bas yang berpatutan.

Senarai Bas Dari Penang Ke Genting Highland

Sebenarnya ada banyak syarikat bas yang menawarkan servis bas ekspres dari Penang ke Genting Highlands.

Ini bagus sebab penumpang kini ada banyak pilihan.

Antara yang terkenal untuk laluan Penang ke Genting Highland

  • Antar Holiday Express
  • Beh Travel & Tours Sdn Bhd
  • Billion Star (Penang)
  • GJG Express Sdn Bhd
  • GJG TRAVEL & TOURS SDN BHD
  • Joo Seng Travel
  • Kulim First Travel
  • Shanhua Travel and Tours Sdn Bhd
  • Top Leisure Sdn Bhd.

Tak perlu risaulah untuk dapatkan bas. Nak book tiket bas juga sekarang ini semakin mudah dan pantas.

Book guna online jer, jimat tenaga, masa dan minyak kereta.

Jadual Bas

Servis bas ekspres desediakan hampir setiap hari bagi laluan perjalanan ini. Jumlah jarak perjalanan antara Penang dan Genting Highlands ialah dalam 341 km.

Sejumlah 64 trip bas disediakan bagi laluan ini. Oleh itu, penumpang tidak peru risau mengenai masalah tiket bas habis atau ketinggalan bas.

Manakala, jumlah masa diambil untuk sampai ke destinasi ialah dalam anggaran 5 jam lebih.

Untuk makluman penumpang, jumlah masa perjalanan boleh menjadi lama ketika musim perayaan, musim cuti sekolah dan semasa keadaan trafik teruk.

Pengendali bas akan berhenti di pusat R&R ketika dalam perjalanan bagi memberikan peluang untuk penumpang berehat, membeli makanan dan pergi ke tandas.

Bas pertama bagi syarikat Beh Travel &Tours Sdn Bhd, Shanhua Travel and Tours Sdn Bhd dan Top Leisure akan mula beroperasi pada pukul 8 pagi.

Manakala, syarikat Billion Stars, GJG Express Sdn Bhd dan GJG TRAVEL & TOURS SDN BHD masing- masing menawarkan bas pertama pada pukul 7.44 pagi, 7.15 pagi dan 6.45 pagi.

Di samping itu, bas pertama bagi syarikat Joo Seng Travel, Kulim First Travel dan Antar Holiday Express mula bergerak pada pukul 6.30 pagi, 7.45 pagi dan 11.59 malam.

Harga Tiket Bas

Berikut merupakan senarai harga tiket bas ekspres bagi laluan perjalanan Penang – Genting Highlands.

Harga tiket bas boleh berubah ketika musim perayaan dan jika mempunyai sebarang promosi.

Selain itu, jika dibandingkan sesetengah syarikat menawarkan harga tiket yang sedikit mahal berbanding dengan yang lain.

Hal ini mungkin disebabkan oleh jenis dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan dalam bas.

  • Antar Holiday Express- RM 50
  • Beh Travel & Tours Sdn Bhd- RM 35
  • Billion Star (Penang)- RM 42
  • GJG Express Sdn Bhd- RM 42
  • GJG TRAVEL & TOURS SDN BHD- RM 50
  • Joo Seng Travel- RM 40
  • Kulim First Travel- RM 48
  • Shanhua Travel and Tours Sdn Bhd- RM 42
  • Top Leisure Sdn Bhd- RM 40

Cara Book Tiket Bas

Para penumpang boleh melakukan penempahan tiket di atas talian menggunakan laman web seperti Busonlineticket.com dan Easybook.com.

Cara ini amat mudah, efektik serta menjimatkan masa dan tenaga anda.

Selain itu, platform penempahan tiket turut menawarkan kaedah pembayaran yang agak fleksibel iaitu menggunakan perbankan online, Applepay, kad debit, kad kredit serta Alipay.

Penumpang akan menerima notifikasi serta e tiket dalam bentuk pdf di email anda setelah berjaya melakukan pembayaran.

Terminal Bas Penang Sentral

Terminal ini merupakan terminal bas ekspres yang terbesar dan utama di Penang. Terminal Penang Sentral ini terletak di Butterworth, Seberang Perai dan menghubungkan para penumpang yang menggunakan perkhidmatan feri, bus dan kereta api.

Bas Rapid Penang menawarkan servis bas dari sekitar kawasan Penang ke Terminal ini. Oleh itu, penduduk tempatan di sekitar Penang boleh menggunakan bas ini untuk sampai ke Terminal Penang Sentral.

Selain itu, penumpang turut boleh menggunakan servis Grab dan teksi untuk sampai ke Terminal Bas.
Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di terminal bas ini. Antaranya ialah tempat parkir kereta, tandas, tempat letak bagasi, mesin ATM, kedai makanan dan lain- lain lagi.

Harap sedikit informasi mengenai jadual dan harga tiket bas dari Penang ke Genting Highland ini dapat membantu anda sedikit sebanyak. Marilah bersama menyokong industri pengangkutan awam di negari kita.