Biasiswa BPMB Award of Group Undergraduate Scolarship (BAGUS) 

Bank Pembangunan Malaysia menawarkan program biasiswa ini kepada pelajar cemerlaang Malaysia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan perbankan di universiti terkemuka di Malaysia dan luar negara.

READ: Tawaran Biasiswa CIMB Asean Scholarship 2024

Tawaran biasiswa Bank Pembangunan Malaysia (BAGUS)

Syarat Kelayakan Biasiswa BPMB (BAGUS)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 23 tahun.
  3. Tamat program Pra-universiti/Asasi/Matrikulasi/Diploma dan mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam mana-mana daripada yang berikut:
    • STPM / A-Level: Sekurang-kurangnya 3A
    • Diploma / Matrikulasi: Purata Gred Pencapaian Kumulatif (CGPA) minimum 3.50
    • Matrikulasi Australia: Sekurang-kurangnya ATAR 80%
    • Program Asasi Amerika: Sekurang-kurangnya mata skor SAT 1,200
  4. SPM: Sekurang-kurangnya 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setara.
  5. Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.
  6. Keupayaan untuk menunjukkan kualiti dan potensi kepimpinan.
  7. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dan sukan.
  8. Pemohon mestilah bukan penerima biasiswa atau anugerah lain daripada organisasi/Yayasan lain.
  9. Permohonan daripada pelajar sarjana muda tahun 1 juga akan dipertimbangkan.

Senarai Universiti Pilihan

  • Universiti pilihan di UK – University of Oxford / University of Cambridge / Imperial College London / University College London (UCL) / University of Edinburgh / King’s College London / London School of Economics and Political Science / University of Manchester / University of Bristol / University of Glasgow / University of Southampton / University of Birmingham / University of Sheffield / University of Warwick / University of Leeds / University of Nottingham / Queen Mary University of London / University of York / Lancaster University / University of Liverpool / Newcastle University / Durham University / University of Exeter / Cardiff University / University of St Andrews / University of Aberdeen / University of Leicester / Queen’s University Belfast / University of Reading / University of Sussex
  • Universiti pilihan di US – Stanford University / Massachusetts Institute of Technology / Harvard University  /Princeton University / California Institute of Technology / University of California, Berkeley / Yale University / The University of Chicago / Johns Hopkins University / University of Pennsylvania / Columbia University / University of California, Los Angeles / Cornell University / University of Michigan-Ann Arbor / Carnegie Mellon University / University of Washington / Duke University / New York University / Northwestern University / University of California, San Diego / Georgia Institute of Technology / University of Illinois at Urbana-Champaign / University of Texas at Austin / University of California, Davis / University of Wisconsin-Madison / Brown University / Washington University in St Louis / University of California, Santa Barbara / University of North Carolina at Chapel Hill / University of Southern California
  • Universiti pilihan di Australia – University of Melbourne / Monash University
    University of Sydney / Australian National University / The University of Queensland/UNSW Sydney/University of Adelaide / The University of Western Australia / University of Technology Sydney / Macquarie University
  • Universiti pilihan di Malaysia – Universiti Malaya (UM) / Universiti Putra Malaysia (UPM) / Universiti Sains Malaysia (USM) / Universiti Islam Antarabangsa (UIA/IIUM)

Berikut adalah jenis bidang pengajian yang dibiayai:

  • Perniagaan  (Perakaunan, Perniagaan & Kewangan, Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan Sumber Manusia, Ekonomi)
  • Kejuruteraan dan Teknologi  (Kejuruteraan, Sistem Maklumat, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Sains Komputer, Penganalisis Data)
  • Kajian Berkaitan Perbankan Lain  (Sains Aktuari, Matematik, Statistik, Undang-undang, berkaitan Syariah, Sains Politik, Falsafah, Psikologi, dan lain-lain)

Tarikh tutup permohonan ialah 15 Julai 2024

Muat turun Borang Permohonan Biasiswa BAGUS, dan hantarkan borang anda melalui email BAGUS@bpmb.com.my atau ke alamat berikut:

Anugerah BPMB Biasiswa Prasiswazah Kumpulan (BAGUS)
Aras 20, Menara Bank Pembangunan, Bandar Wawasan
1016, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2611 3888
Faks: 03-2698 43195

Untuk mengetahu maklumat lanjut mengenai biasiswa ini, anda boleh klik di sini.