Tawaran Biasiswa Cagamas Scholarship Lepasan SPM STPM
Tawaran Biasiswa Cagamas (National Mortgage Corporation of Malaysia) ini dibuka kepada pelajar lepasan SPM, STPM dan setaraf di Malaysia.
Semak syarat kelayakan dan cara memohon di bawah.
Baca maklumat lanjut mengenai biasiswa >> DI SINI
Syarat Kelayakan Memohon
Terdapat dua (2) bahagian utama iaitu ‘Kriteria’ dan ‘Prasyarat dan Syarat’. Pemohon kena memenuhi kedua-duanya.
A. Kriteria Untuk Memohon
- Anda mestilah warganegara Malaysia berusia di bawah 25 tahun;
- Anda mesti mempunyai keputusan akademik yang baik dalam SPM/ STPM atau setaraf (dengan kredit dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris);
- Anda mesti menjadi pelajar sepenuh masa dan telah mendapat kemasukan ke mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang disenaraikan di sini, yang telah diluluskan dan diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), di sebuah kolej atau universiti di Malaysia seperti yang diluluskan oleh Cagamas;
- Tidak berada dalam kedudukan untuk mengambil kursus tanpa bantuan kewangan;
- Tidak menerima apa-apa biasiswa atau bantuan kewangan lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan;
- Tidak ditamatkan atau tidak lagi menerima sebarang biasiswa atau bantuan kewangan lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, disebabkan tindakan tatatertib terhadap pemohon; dan
- Permohonan hanya akan dipertimbangkan jika mereka memenuhi kriteria kelayakan; bidang pengajian khusus dan senarai kolej atau universiti yang diluluskan oleh Cagamas.
B. Prasyarat & Syarat
- Gabungan jumlah pendapatan isi rumah maksima tidak melebihi RM4,000. Adalah menjadi syarat pemohon memberi maklumat mengenai pendapatan ibu bapa;
- Tawaran biasiswa adalah tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat perjanjian biasiswa dengan Cagamas; dan
- Penerima biasiswa perlu memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan dalam perjanjian biasiswa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengekalkan minimum 3.00 bagi ‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ (PNGK) atau mencapai minimum ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir.
Senarai lengkap boleh anda baca di laman website rasmi penaja atau Cagamas https://scholarship.cagamas.com.my/bm
Cara Memohon Biasiswa Cagamas
Pelajar yang berminat untuk memohon boleh mengemukakan permohonan secara online di website rasmi Cagamas (National Mortgage Corporation of Malaysia).
Portal pendaftaran Cagamas Scholarship https://scholarship.cagamas.com.my/register
Pelajar yang berjaya disenarai pendek untuk biasiswa tersebut akan dihubungi untuk proses tapisan seterusnya termasuk sesi scholarship interview bersama pelajar.
Tarikh tutup permohonan tahun ini ialah 26 Julai 2024
Senarai Kursus Pengajian
Biasiswa ini dibuka untuk pelajar yang mengambil jurusan pengajian seperti di bawah sahaja.
- Perakaunan
- Kewangan/ Kewangan Islam
- Statistik
- Undang-undang/ Undang-undang Shariah
- Pengurusan Risiko
- Perbankan/ Perbankan Islam
- Perbankan dan Pengurusan Kewangan
- Matematik
- Sains Komputer/ Teknologi Informasi
- Bidang Berasaskan Teknologi yang berkaitan dengan Industri Kewangan
- Pentadbiran Perniagaan
- Ekonomi/ Ekonomi Kewangan Antarabangsa
- Sains Aktuari
- Sumber Manusia
Yang bagusnya, pelajar yang berjaya mendapat biasiswa ini akan berpeluang untuk ditawarkan pekerjan dengan Cagamas selepas tamat pengajian nanti.
Peluang penempatan kerja selepas menghabiskan pengajian adalah terjamin.
Jika anda disenarai pendek dan dihubungi untuk sesi temuduga, anda perlu sediakan diri. Ianya akan meningkatkan peluang anda untuk mendapat biasiswa ini jika sesi interview berjalan dengan baik.
Anda boleh baca tips menghadiri interview biasiswa untuk menyediakan diri anda. Dengan teknik dan pengetahuan yang baik, peluang anda pasti cerah.
Memohon untuk sambung belajar
Sila layari laman website rasmi penaja untuk maklumat terkini dan terperinci. Biasanya setiap tahun mereka buka permohonan. Check juga senarai biasiswa terkini tahun ini, mana tahu ada yang sesuai.
Mcm mana caranya buat cagamas scholarship application tuan/puan?