Tawaran Biasiswa CIMB Asean Scholarship 2024
Biasiswa CIMB Asean scholarship 2024 ditawarkan sekali lagi oleh CIMB Bank untuk pelajar dari negara Asean. Pelajar yang baru sahaja semak keputusan SPM mereka bolehlah cuma memohon.
Semak jumlah/tawaran tajaan dari CIMB Asean Scholarship di bawah;
- Biasiswa Penuh – Kami menyediakan perlindungan menyeluruh untuk perbelanjaan, termasuk yuran pengajian, komputer riba, perbelanjaan berkaitan seperti buku, visa, penerbangan dan elaun untuk perbelanjaan penginapan dan sara hidup.
- Pendidikan Bertaraf Dunia – Biasiswa kami meliputi universiti terkemuka dari seluruh dunia supaya anda boleh mengalami pendidikan bertaraf dunia di hujung jari anda.
- Program Bimbingan – Kami menyediakan program bimbingan komprehensif yang termasuk mentor berdedikasi yang boleh membimbing dan menyokong anda sepanjang perjalanan anda bersama kami.
- Program Pelatih Latihan & Pengurusan – Kami menyediakan peluang untuk terlibat dalam projek keutamaan tinggi yang boleh memberikan anda gambaran keseluruhan dan pengalaman holistik dalam industri perbankan melalui program seperti The Complete Banker.
- Pekerjaan Terjamin – Cendekiawan terikat dengan Bank, dan kami menawarkan peluang pekerjaan yang menarik sejurus selepas tamat pengajian supaya anda boleh menceburkan diri.
Syarat Kelayakan Memohon
- Warganegara sama ada Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Kemboja, Vietnam atau Filipina.
- Bercita-cita untuk meneruskan kerjaya dalam industri kewangan dan perbankan.
- Pemohon yang akan memulakan ijazah sarjana muda atau program Sarjana atau mereka yang telah memulakan dan mempunyai baki sekurang-kurangnya satu tahun akademik penuh.
- Min. PNGK 3.25/4.0 atau setara dengan rekod prestasi akademik yang cemerlang dan aktif dalam aktiviti kurikulum.
- Pemohon tidak boleh menjadi penerima biasiswa lain yang disertakan dengan obligasi kontrak seperti bon perkhidmatan.
Sebelum ini kami ada publish sedikit maklumat mengenai biasiswa Tenaga Nasional (YTN) dan Sarawak Energy. Jika ada masa anda boleh baca, mana tahu peluang biasiswa ini sesuai untuk anda.
Anda juga boleh lihat senarai biasiswa terkini di Malaysia.
Kriteria Pemilihan Penerima Biasiswa
Semua permohonan untuk biasiswa tersebut akan melalui 5 fasa (peringkat) pemilihan. Kesemua peringkat ini penting dan wajib anda fahami.
Lihat proses atau peringkat pemilihan untuk penerima tajaan dari CIMB Bank di bawah.
Maklumat lebih lengkap dan terperinci boleh juga anda baca di laman portal permohonan.
Untuk memohon layari pautan di bawah.
LINK: https://careers.cimb.com/students/cimb-asean-scholarship
Memohonlah sebelum tarikh tutup 5 Jun 2024.
Sediakan semua dokumen yang diperlukan sebelum buka link permohonan online tersebut.
Temuduga Biasiswa
Jika anda teliti proses selection untuk permohonan, pada peringkat 3 anda akan menghadapi proses temuduga.
Peringkat ini amatlah penting kerana di sinilah anda akan dinilai secara bersemuka.
Jika anda tiada membuat persediaan rapi, besar kemungkinan anda akan menghadapi masalah di peringkat ini.
Persediaan itu penting. Anda digalakkan untuk membaca tips menghadapi scholarship interview untuk menambah persediaan anda.
Mungkin tips-tips yang ada di sana boleh membantu anda sedikit sebanyak untuk menghadapi CIMB scholarship interview.