Tawaran Biasiswa Sarawak Energy Untuk Pre-U/Undergraduate & Postgraduate

Tawaran Biasiswa Sarawak Energy (Sarawak Energy Scholarship) peringkat pengajian Pre-U / Undergraduate dan Postgraduate ini adalah untuk pelajar dari Negeri Sarawak yang berminat dan layak untuk memohon.

“Sarawak Energy menyasarkan untuk menarik bakat terhebat Sarawak untuk membantu kami merealisasikan visi kami untuk mencapai pertumbuhan dan kemakmuran yang mampan untuk Sarawak dan rakyatnya dengan memenuhi keperluan rantau ini untuk tenaga yang boleh dipercayai dan boleh diperbaharui”.

Sebelum ini kami ada tulis sedikit informasi umum mengenai biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) dan Biasiswa Tunku Abdul Rahman. Anda boleh luangkan sedikit masa untuk membacannya kerana ianya mungkin peluang yang tidak harus anda lepaskan.

Berbalik kepada Sarawak Energy scholarship ini, pelajar yang berminat terlebih dahulu ambil sedikit masa membaca maklumat syarat kelayakan memohon biasiswa tersebut di bawah.

Syarat Kelayakan Memohon

Syarat kelayakan ini adalah untuk pelajar yang ingin memohon biasiswa tersebut bagi mengikuti kursus Foundation Programme dan juga Undergraduate (Bachelor’s Degree).

Rujuk senarai kelayakan memohon di bawah.

Sarawak Energy Scholarship

Jika selepas baca syarat kelayakan memohon dan anda rasa ingin mencuba memohon, anda boleh berbuat demikian secara online.

Cara Memohon

Untuk memohon biasiswa ini anda boleh gunakan applikasi online yang disediakan. Pelajar yang mengikuti kursus di bawah bolehlah mengemukakan permohonan menggunakan link di bawah.

  • Engineering – Electrical/Civil/Mechanical/Geology/Mining
  • Information & Communications Technology
  • Accounting
  • Law

Submit permohonan anda sebelum tarikh tutup 30 May 2024. Gunakan link di bawah untuk menghantar permohonan anda secara online.

LINK: https://www.sarawakenergy.com/careers/scholarship

Senarai Universiti Pilihan

  • Universities Based in Malaysia
    • Private Universities – Monash University Malaysia / University of Nottingham Malaysia / University of Southampton Malaysia / Heriot-Watt University Malaysia / Swinburne University of Technology Sarawak (SUTS) / Curtin University Malaysia / Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) / National Energy University (UNITEN) / Sunway University / Taylor’s University / University of Technology Sarawak (UTS) / Multimedia University (MMU) / Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
    • Public Universities – Universiti Malaya (UM) / Universiti Teknologi Malaysia (UTM) / Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) / Universiti Putra Malaysia (UPM) / International Islamic University Malaysia (IIUM) / National University Malaysia (UKM) / Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) / Universiti Utara Malaysia (UUM) / Universiti Sains Malaysia (USM) / Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) / Universiti Malaysia Sabah (UMS) / Universiti Technologi MARA (UiTM)
  • Overseas Universities
    • United Kingdom (UK) – University of Cambridge / University of Oxford / Imperial College London / University of Edinburgh / University of Manchester / King’s College London / London School of Economics and Political Science (LSE) / University of Bristol / University of Warwick / University of Leeds
    • Australia – University of Melbourne / University of New South Wales (UNSW) / University of Sydney / Australian National University / Monash University / University of Queensland / University of Western Australia / University of Adelaide / University of Technology Sydney / RMIT University
    • Singapore – National University of Singapore (NUS) / Nanyang Technological University (NTU)

Untuk maklumat lebih terperinci dan terkini, anda boleh berhubung secara langsung dengan pihak Sarawak Energy.

Jika anda short-listed (senarai pendek) anda mungkin akan dihubungi untuk proses selanjutnya. Antaranya ialah proses temuduga (interview).

Bab interview ini ramai pelajar yang kantoi. Walau bagaimanapun, jika anda cukup persediaan anda tidak perlu risau.

Persediaan itu penting untuk mengelak anda melakukan kesilapan semasa menghadapi sesi scholarship interview.

Jika anda ada masa, digalakkan untuk membaca Tips Menghadiri Temuduga Biasiswa. Ianya mungkini berguna dan sedikit sebanyak dapat membantu anda.