Tawaran Biasiswa Karangkraf 2024 Lepasan SPM STPM & Diploma
Tawaran biasiswa Karangkraf 2024 untuk pelajar lepasan SPM, STPM dan Diploma. Tahun ini sekali lagi ditawarkan peluang biasiwa ini untuk pelajar yang berminat dan berkelayakan.
Jika anda pelajar lepasan SPM, STPM atau Diploma dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi cuba mohon peluang biasiswa ini.
Sebelum ini kami ada buat perkongsian sedikit maklumat mengenai peluang biasiswa CIMB Bank dan Sarawak Energy.
Bila terfikir sahaja tentang hasrat untuk melanjutkan pelajaran pasti ramai yang terfikir mengenai kos yang diperlukan untuk menyambung pelajaran tersebut. Apa tidaknya, kos menyambung pelajaran bukanlah murah.
Tapi anda tidak perlu risau, jika anda berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi anda boleh membuat permohonan bantuan pendidikan daripada biasiswa karangkraf.
Di artikel ini kami kongsikan kepada anda maklumat berkenaan biasiswa karangkraf.
Isi Kandungan
1. Apakah itu biasiswa karangkraf?
2. Misi biasiswa Karangkraf
3. Visi biasiswa Karangkraf
4. Objektif Biasiswa
5. Siapakah yang layak memohon?
6. Cara memohon
7. Dokumen yang diperlukan
8. Semakan kelulusan permohonan
9. Senarai Institusi pengajian yang diterima
10. Soalan Lazim
11. Maklumat lanjut
Apakah Itu Biasiswa Karangkraf?
Biasiswa karangkraf adalah bantuan pendidikan yang diwujudkan oleh Kumpulan Media Karangkraf sejak tahun 2004 lagi.
Biasiswa ini adalah bagi meringankan beban pelajar yang berhasrat untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Bantuan pendidikan ini ditujukan kepada pelajar lepasan SPM, STPM dan pelajar Diploma yang ingin meneruskan pelajaran pada peringkat asasi, diploma dan Ijazah.
Tidak seperti bantuan pendidikan yang lain, biasiswa karangkraf memudahkan pemohonnya dengan membenarkan pemohon untuk memohon pada bila-bila masa sahaja slepeas mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian.
Misi Tajaan Pendidikan
Berikut adalah misi biasiswa karangkraf :
- Bagi mewujudkan bantuan pendidikan kepada kakitangan dan pembaca karangkraf yang berkelayakan untuk memberi kemudahan kepada mereka.
- Biasiswa ini juga adalah satu pendekatan pihak swasta dalam memberi bantuan dan bersama-sama dengan masyarakat untuk menjalankan tanggungjawab sosial (CSR)
- Bagi membantu pekerja kumpulan Karangkraf dalam perkembangan kerjaya mereka untuk ke peringkat yang lebih tinggi.
Visi
- Bagi meningkatkan keterampilan, pengetahuan serta kelayakan setiap penerima bantuan pendidikan melalui program formal yang ditawarkan.
- Bagi menyumbang kepada pembangunan masyarakat Malaysia yang berpendidikan tinggi.
Objektif Biasiswa
Berikut adalah objektif biasiswa Karangkraf :
- Bagi membantu pelajar yang kurang bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan tinggi swasta ( IPTS)
- Bagi mewujudkan peluang kedua untuk pelajar yang cemerlang tapi tidak mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
- Bagi mengurangkan pergantungan pelajar kepada pinjaman pendidikan.
Siapakah yang layak memohon?
Individu yang layak untuk membuat permohonan biasiswa Karangkraf ini adalah:
- Individu yang berumur kurang daripada 25 tahun semasa tarikh permohonan.
- Individu yang memohon hendaklah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM dengan memperoleh 8 kepujian.
- Individu yang memohon memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 3.00 bagi pelajar lepasan STPM/Matrikulasi/Diploma atau yang setaraf.
- Individu yang aktif dalam sukan dan aktiviti kokurikulum semasa bersekolah.
- Individu tersebut hendaklah berkebolehan berbahasa dan menulis dalam Bahasa Inggeris.
- Individu yang memohon tidak boleh terikat dengan mana-mana agensi yang memberi bantuan pendidikan atau pinjaman pendidikan.
- Individu yang memohon hendaklah telah menerima tawaran kemasukan dari mana-mana institusi.
- Pendapatan bulanan isi rumah individu tidak melebih RM5000,00.
Cara Memohon
Bagi membuat permohonan anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut:
- Pastikan anda memenuhi segala kriteria kelayakan yang telah ditetapkan.
- Muat turun borang permohonanan biasiswa Karangkraf melalui pautan ini https://support.karangkraf.com/dana/borang_permohonan_dana_kkraf.pdf
- Isikan maklumat yang diperlukan di dalam borang tersebut. Pastikan setiap maklumat adalah benar.
- Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti yang telah disenaraikan.
- Hantar borang permohonan biasiswa yang telah dilengkapkan berserta dengan dokumen yang lengkap.
- Permohonan anda akan diproses.
Dokumen yang diperlukan
Berikut adalah senarai dokumen yang perlu anda sertakan bersama borang permohonan biasiswa yang telah dilengkapkan:
- 1 salinan kad pengenalan asal pemohon ( muka belakang dan hadapan pada muka surat yang sama).
- 1 salinan Sijil Pelajaran Malaysia.
- 1 salinan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) ( surat tawaran daripada cetakan laman web IPTS akan diterima).
- 1 salinan transkip keputusan kemasukan ke IPTS berserta sijil kelayakan kemasukan yang lain seperti STPM/DIPLOMA ataupun MATRIKULASI.
- 1 salinan slip gaji/ 1 salinan borang cukai pendapatan (indidividu) / 1 salinan kad pesara/ 1 salinan penyata pencen / surat pengesahan tidak bekerja ibu dan bapa, penjamin 1 dan 2.
- 1 salinan kad pengenalan ibu dan bapa kandung / salinan passport bagi ibu dan bapa berstatus bukan warganegara.
- 1 salinan kad pengenalan penjamin 1 dan 2 atau salinan passport penjamin 1 dan 2.
- Salinan sijil kematian atau surat akuan sumpah sekiranya ibu atau bapa kandung telahpun meninggal dunia.
Semakan Keputusan Permohonan
Bagi semakan kelulusan permohonan, anda akan dimaklumkan sebaik sahaja pemprosesan permohonan anda selesai.
Anda akan dimaklumkan secara terus melalui alamat emal anda.
Atau anda juga boleh menyemak melalui portal rasmi Karangkraf pada pautan:
LINK: www.karangkraf.com
Senarai Institusi pengajian yang diterima
Berikut adalah senarai institusi pengajian yang dipelawa untuk memohon:
- Kuala Lumpur Metropolitan University Collage
- Cosmopoint
- Inoversiti Selangor
- SEGI University
- Universiti Tun Abdul Razak
- Universiti Tenaga Nasional
- Kolej Universiti Alam Antarabangsa Selangor (KUIS)
- UNITAR International University
- Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim
- Ranaco Education & Training Institute
Jika anda merupakan pelajar mana-mana Institusi pengajian di atas anda di alu-alukan untuk membuat permohonan. Siapa tahu ini adalah langkah pertama anda menuju masa depan yang lebih cerah.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut berkaitan cara memohon dan jumlah biasiswa Karangkraf anda boleh menghubungi:
SEKRETARIAT BIASISWA KARANGKRAF
Alamat : Biasiswa Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf , Lot 2, Jalan
Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam ,
Selangor Darul Ehsan
No. Tel : 03-5101 7565/7560
No. Faks : 03-5101 7588
Emel : danapendidikan@karangkraf.com
Facebook : Biasiswa Karangkraf
Informasi Berkaitan
Tidak, anda tidak boleh terikat dengan apa-apa juga bentuk bantuan pendidikan atau pinjaman pendidikan untuk membuat permohonan. Anda boleh menyemak kembali pada syarat-syarat kelayakan untuk memohon biasiswa Karangkraf.
Boleh, anda hanya perlu menyertakan salinan passport ibu atau bapa anda yang bukan warganegara bersama dengan borang permohonan yang lengkap.
Tidak, permohonan bagi biasiswa Karangkraf hanya boleh dibuat selepas anda menerima tawaran rasmi dari IPTS yang tersenarai dalam senarai Institusi yang diterima oleh biasiswa Karangkraf.
Biasiswa Karangkraf tidak mempunyai tarikh permohonan yang ditetapkan. Anda boleh membuat permohonan bila-bila masa sahaja selepas anda menerima tawaran dari IPTS.
saya merupakan pelajar IPTA tahun 1, adakah saya layak untuk memohon?
Borang permohonan perlu dipos atau dihantar melalui email sahaja?