Program Biasiswa MyBrain 2.0 Peringkat Sarjana & PhD

Tawaran Penajaan Pendidikan MyBrain 2.0

Tahun ini 2024 Program Biasiswa atau tajaan pendidikan MyBrain 2.0 ditawarkan kepada orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap dan pensyarah-pensyarah di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam negara.

READBiasiswa Yayasan KLK Scholarship

Jika anda dalam kategori tersebut, anda digalakkan memohon. Baca maklumat terperinci terlebih dahulu sebelum memohon.

Bidang Yang Ditaja

  • Sains
  • Teknologi
  • Kejuruteraan
  • Matematik (STEM)
  • Sains Sosial dan Sastera Ikhtisas.

Program ini merupakan salah satu inisiatif KPT untuk membangunkan modal insan dan pemerkasaan bakat yang berkemahiran tinggi dalam bidang penyelidikan sekali gus meningkatkan hasil penyelidikan yang berimpak tinggi bagi memenuhi kehendak masyarakat, komuniti dan negara.

Penajaan ini juga bertujuan menyumbang kepada kesediaan kemajuan kerjaya dan seterusnya membantu meningkatkan pendapatan serta taraf hidup graduan.

Selain itu, program MyBrain 2.0 merupakan satu cabang motivasi kepada IPTS dalam usaha menyediakan pensyarah-pensyarah berkompetensi dengan matlamat meningkatkan keupayaan IPTS secara keseluruhan.

Syarat Kelayakan

Sila baca syarat kelayakan untuk memohon di website rasmi yang disediakan oleh pihak KPT https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain2/

Syarat kelayakan biasiswa MyBrain 2.0

Jumlah Tajaan

Berikut adalah jumlah tajaan yang diberikan mengikut peringkat pengajian.

  • Ijazah Sarjana – Kadar maksimum RM2,300.00 per semester / RM9,200.00 sepanjang pengajian
  • Ijazah Kedoktoran (PhD) – Kadar maksimum RM3,750.00 per semester / RM22,500.00 sepanjang pengajian

Jika anda layak dan berminat untuk memohon, sila memohon di portal yang disediakan khusus https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain2/index_daftar.php

Permohonan untuk tahun ini akan ditutup pada 21 Ogos 2024.