Biasiswa Yayasan KLK Scholarship Untuk Sambung Pengajian Ke Universiti Atau Kolej

Tahun ini biasiswa KLK Scholarship sekali lagi ditawarkan untuk pelajar yang berminat dan layak untuk memohon. Sila baca dengan teliti syarat kelayakan dan cara memohon sebelum memohon.

Yang baiknya, pelajar yang dapat biasiswa ini akan ditawarkan pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian.

Permohonan biasiswa Yayasan KLK 2023

READ: Tawaran Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa

Syarat Kelayakan Memohon

Jika anda memenuhi syarat kelayakan untuk tawaran biasiswa KLK seperti di bawah, cubalah memohon.

  • Mesti warganegara Malaysia;
  • Penguasaan bahasa Inggeris yang baik, baik bertulis dan lisan;
  • Penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum;
  • Mendapat tawaran yang disahkan daripada institusi pengajian tinggi;
  • Tidak terikat, memegang biasiswa lain atau menerima bantuan daripada mana-mana organisasi;
  • Bersedia untuk berkhidmat dengan bon pekerjaan selama 3 tahun dengan Kumpulan di mana-mana lokasi selepas tamat pengajian.

Cara Memohon

Pemohon yang berminat hendaklah memuat turun borang permohonan di pautan berikut >> Borang Permohonan

Layari laman website rasmi Yayasan KLK untuk maklumat lebih terperinci mengenai KLK Scholarship ini.

Imbas dan e-mel borang permohonan yang telah lengkap diisi dengan sijil berkaitan (cth. SPM, STPM atau setaraf) dan surat tawaran institusi kepada yayasan@klk.com.my

Atau

Hantarkan borang permohonan yang lengkap dengan sijil berkaitan (cth. SPM, STPM atau setaraf) dan surat tawaran institusi ke alamat berikut:

Yayasan KLK Scholarships Application
Kuala Lumpur Kepong Berhad
Wisma Taiko
No. 1, Jalan S.P. Seenivasagam
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Nilai Tajaan

Pemohon yang berjaya diberikan geran tahunan sepanjang tempoh minimum kursus mereka, seperti berikut:

Kursus Ijazah Sarjana Muda

  • Institusi Awam – RM 13,000 setiap tahun akademik
  • Institusi Swasta – RM 20,000 setiap tahun akademik

Bidang Pengajian Keutamaan

Biasiswa ini ditawarkan untuk pelajar yang mengambil kursus pengajian seperti di bawah.

  • Agriculture Science, Agriculture Biosystem Engineering, Forestry, Horticulture Science, Plant Biology, Plantation Management, Plant Resources or related disciplines;
  • Engineering (Chemical, Mechanical, Electrical and Instrumentation);
  • Finance or Economics;
  • Information Technology (Computer Science, Software Engineering or equivalent);
  • Sustainability (Environmental Management, Environmental Science & Technology or related disciplines).

Hantarlah permohonan anda sebelum tarikh tutup iaitu 18 September 2024.

Jangan lambat menghantar permohonan kerana besar kemungkinan permohonan yang lambat diterima tidak akan dilayan.