Biasiswa Sony EMCS & Syarat Kelayakan Memohon

Biasiswa Sony EMCS dan syarat kelayakan pemohon untuk memohon peluang tajaan pendidikan dari syarikat tersebut. Siapa tidak kenal Sony, jenama yang terkenal dan antara yang terbesar di dunia. Biasanya syarikat Sony EMCS Malaysia Sdn. Bhd, menawarkan perkhidmatan biasiswa kepada para pelajar yang layak setiap tahun.

Baca peluang biasiswa terkini di Malaysia >> DI SINI

Biasiswa ini khas ditawarkan kepada para pelajar yangsedang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa Sony EMCS

Jika anda berminat untuk memohon tajaan pendidikan dari syarikat tersebut, senarai syarat am di bawah adalah penting untuk anda teliti.

Berikut merupakan syarat kelayakan atau kriteria bagi memohon biasiswa ini. Calon dikehendaki untuk mematuhi segala kriteria sebelum melayakkan diri memohon biasiswa ini.

  • Calon perlu merupakan warganegara Malaysia dan berumur bawah 25 tahun pada tahun memohon biasiswa ini.
  • Calon perlu memiliki pencapaian akademik yang cemerlang di tahap SPM/ O-level dan program pra- universiti (STPM/ A-level/ Matrikulasi/ Diploma).
  • Pelajar harus memperoleh pencapaian minimum PNGK 3.0 di peringkat diploma.
  • Calon yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti awam/ IPTA.
  • Pelajar harus mempunyai pencapaian minimum PNGK 3.0 di peringkat ijazah semasa.
  • Calon perlu mahir dalam bahasa Inggeris.
  • Calon perlu memiliki ciri keperibadian yang positif serta pencapaian kokurikulum yang baik.

Selain syarat kelayakan di atas, mungkin ada kriteria tertentu yang akan dinilai semasa sesi interview nanti.

Bidang Jurusan/ Disiplin

Berikut merupakan senarai bidang pengajian yang boleh memohon untuk tajaan pendidikan ini. Hanya calon yang sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan tersenarai di bawah layak untuk memohon biasiswa ini.

  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik & Elektronik, Mekatronik dan Mekanikal)
  • Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Pemasaran, Pentadbiran dan Ekonomi.
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat atau Sains Komputer (Perisian)
  • Jurusan lain yang berkaitan dengan disiplin di atas.

Pakej Tajaan

Jumlah biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar universiti ialah sebanyak RM 9, 000 setahun (2 semester).

Untuk pengetahuan pelajar, calon yang terpilih menerima biasiswa ini akan terikat denagn kontrak dan perlu bersedia untuk berkhidmat dengan syarikat Sony EMCS (Malaysia) Sdn. Bhd.

Para pelajar perlu berkhidmat untuk tempoh masa yang ditetapkan oleh syarikat Sony setelah menamatkan pengajian mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Cara Memohon

Maklumat di bawah penting untuk para pemohon yang berminat. Berikut merupakan cara- cara untuk memohon biasiswa tersebut.

Pelajar yang berkelayakan boleh mematuhi langkah di bawah untuk membuat permohonan.

  • Pelajar boleh mendapatkan borang permohonan dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar universiti masing- masing.
  • Pelajar dikehendaki melengkapkan borang tersebut serta melampirkan dokumen penting bersama borang tersebut.
  • Borang permohonan yang lengkap berserta dengan dokumen sokongan perlu dihantar ke alamat syarikat Sony.

Terdapat beberapa bahagian di borang permohonan yang perlu diisi oleh calon. Antaranya ialah mengenai maklumat peribadi pemohon, kursus pengajian terkini di IPT, pencapaian, keputusan akademik, pencapaian kokurikulum, kemahiran berbahasa, malumat keluarga dan lain- lain lagi.

Berikut merupakan senarai dokumen yang perlu dilampirkan sekali dengan borang permohonan sebenar.

  • Gambar berukuran passport
  • Salinan surat tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dari universiti
  • Salinan sijil transkrip akademik/ anugerah/ testimoni
  • Salinan sijil kokurikulum
  • Salinan dokumen slip gaji ibu bapa/ penjaga
  • Salinan surat penerimaan pinjaman/ biasiswa
  • Surat rujukan daripada pensyarah terdahulu
  • Resume pemohon mengandungi maklumat seperti projek/ minat/ hobi/ pencapaian.

Untuk makluman anda, hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil melalui telefon atau email untuk menghadiri sesi temu duga.

Maklumat Perhubungan

Mungkin ada antara anda yang perlukan maklumat lebih terperinci mengenai peluang tajaan pendidikan tersebut.

Berikut merupakan maklumat perhubungan bagi biasiswa ini. Sila hubungi nombor di bawah untuk sebarang pertanyaan.

Alamat: Human Resources Division. Sony EMCS (Malaysia) Sdn. Bhd. Lot 5, Jalan Kemajuan, Bangi Industrial Estate, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Nombor telefon: 03- 8913 7211
Email: KLScholarship.SOEM@ap.sony.com

Atau anda boleh baca maklumat lanjut di sini untuk sebarang urusan berkenaan biasiswa ini.

Semoga maklumat am mengenai biasiswa Sony EMCS ini bermanfaat kepada anda. Anda boleh kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain, mungkin mereka layak memohon dan berminat.