Tawaran Biasiswa Top Achiever Scholarship Lepasan SPM & STPM UTAR
Keputusan SPM akan diumumkan bulan ini pada 27 Mei 2024. Adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang dan berminat untuk sambung pengajian ke Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) boleh cuba memohon UTAR Top Achiever Scholarship.
Manalah tahu reziki anda untuk mendapat biasiswa ini.
Untuk maklumat lanjut anda boleh semak maklumat terperinci mengenai biasiswa ini di https://study.utar.edu.my/dsfa-booklet/mobile/index.html
Pelajar yang mendapat SPM 8As & above (A+ and A only) boleh mendapat 100% tuition fee scholarship. Pendek kata tak perlu bayar yuranlah.
Manakalah bagi pelajar STPM yang mendapat STPM/A-Level/Equivalent: 4As juga boleh mendapat 100% tuition fee scholarship.
Pendek kata tak perlu bayar yuran pengajian. Ini adalah peluang baik untuk meringankan beban ibubapa.
Apa-apa pun rujuk maklumat terperinci di laman portal rasmi UTAR di atas.