Biasiswa Yayasan Khazanah Permohonan Online
Biasiswa Yayasan Khazanah permohonan secara online. Ramai pelajar mungkin tidak tahu atau menyedari tentang kewujudan biasiswa yang berprestij di Malaysia ini.
Biasiswa ini ditawarkan oleh Yayasan Khazanah Malaysia milik penuh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah Nasional).
Ini adalah organisasi pelaburan milik negara yang terbesar di Malaysia.
Senarai terkini tawaran biasiswa untuk pelajar di Malaysia >> DI SINI
Khazanah Nasional adalah badan / agensi pelaburan milik kerajaan Malaysia di bawah naungan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Ini secara langsung menunjukkan bahawa organisasi ini memiliki kemampuan kewangan yang kukuh, sudah tentu mampu menawarkan biasiswa kepada pelajar yang berminat dan layak.
Tawaran biasiswa tersebut terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM dan STPM warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk memohon.
Walau bagaimanapun anda dinasihatkan untuk membaca maklumat syarat kelayakan biasiswa tersebut dan cara-cara memohon dengan terperinci terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
Ianya untuk mengurangkan kesilapan berlaku semasa anda membuat permohonan melalui online nanti.
Biasiswa Yayasan Khazanah
Setiap tahun biasanya organisasi ini menawarkan peluang tajaan pendidikan kepada para pelajar yang berkelayakan untuk ditaja pengajian mereka sama ada untuk program pengajian di dalam dan juga luar negara.
Jumlah biasiswa Yayasan Khazanah yang ditawarkan juga agak banyak, walau bagaimanapun untuk maklumat yang lebih tepat anda boleh berhubung terus dengan pihak mereka.
Biasiswa ini biasanya dibuka permohonannya untuk 4 kategori biasiswa setiap tahun.
Kena rajin-rajin melayari website Yayasan Khazanah untuk dapatkan maklumat terbaru. Jangan malas untuk mencari maklumat untuk masa depan anda.
Ini kerana dari masa ke semasa akan ada info baru dan penting yang mungkin mereka akan siarkan berkenaan dengan biasiswa yang ditawarkan.
Di bawah adalah 4 kategori utama program biasiswa yang biasa ditawarkan oleh pihak mereka;
- Khazanah Global Scholarship Programme
- Khazanah Oxford Scholarship Programme
- Khazanah Cambridge Scholarship Programme
- Khazanah Watan Scholarship Programme
- Khazanah Bestari Scholarship Programme (Sekolah Menengah)
Selain daripada yang tersenarai di atas, dari masa ke semasa pihak Yayasan Khazanah juga menawarkan tajaan pendidikan dengan kerjasama agensi / pihak lain.
Antaranya ialah seperti tawaran biasiswa Yayasan Khazanah – Chevining yang memberi tajaan kepada pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke United Kingdom (UK).
Biasanya permohonan untuk program biasiswa tersebut juga dibuka setiap tahun.
Cara Memohon
Seperti yang dinyatakan tadi sebelum memohon silalah membaca syarat kelayakan biasiswa tersebut dengan teliti.
Ada banyak kriteria yang diperlukan.
Pastikan anda memenuhi kriteria yang dinyatakan sebelum menghantar permohonan anda.
Untuk memohon biasiswa ini, anda boleh memohon terus melalui applikasi online menerusi laman website rasmi yang disediakan.
Untuk memohon layari laman / link di bawah.
Layari : https://www.yayasankhazanah.com.my/default.aspx
Terdapat banyak maklumat penting yang perlu anda teliti di laman website rasmi mereka tersebut.
Ini sangatlah penting kerana jika anda tidak layak tetapi memohon, mungkin anda hanya buang masa.
Selain tajaan ini terdapat banyak juga tawaran biasiswa dari agensi lain yang mungkin lebih sesuai dengan kelayakan dan program pengajian anda.
Antaranya ialah biasiswa Shell Malaysia, Biasiswa Petronas, Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional dan banyak lagi.
Senarai biasiswa yang ditawarkan di Malaysia ada dalam link di bawah.
Jika anda adalah pelajar sekolah menengah check out Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP). Biasiswa ini adalah untuk peringkat sekolah menengah untuk pelajar yang layak dan memerlukan.
Maklumat Perhubungan
Jika anda perlukan maklumat lanjut atau lebih terperinci dari pihak mereka setiap tahun, bolehlah berhubung terus dengan pihak Yayasan Khazanah menggunakan maklumat perhubungan di bawah;
Yayasan Khazanah
Level 2, Block A,
Dataran PHB,
Saujana Resort, Section U2,
40150, Shah Alam
Selangor, Malaysia
Tel: +603 – 5870 4333 Fax: +603 – 5870 4355
EMAIL: yk@yayasankhazanah.com.my
Kepada yang berminat ingin mencuba memohon biasiswa ini kami ucapkan semoga berjaya.
Tidak salah cuba memohon, jika reziki anda ianya pasti akan jadi milik anda. Seperti yang selalu kita kata ‘reziki tidak akan salah alamat’.
Diharapkan perkongsian informasi mengenai biasiswa Yayasan Khazanah ini bermanfaat kepada anda. All the best!