Syarat Kelayakan Biasiswa YTL Cement Scholarship Untuk Pelajar Malaysia

Tawaran tajaan pendidikan dari YTL Cement scholarship ini terbuka kepada pelajar yang berminat dan layak untuk melanjutkan pengajian di IPT tempatan dalam bidang kejuruteraan.

Tawaran tajaan pendidikan YTL Cement scholarship

READ: Tawaran Pre-U Tune Libra Scholarship

Jika anda layak, dan belum mendapat education sponsorship dari mana-mana pihak bolehlah cuba memohon biasiswa nie.

Syarat Kelayakan Biasiswa YTL Cement Scholarship

Sila semak syarat kelayakan YTL Cement Scholarship

  • warganegara Malaysia
  • Mendapat minimum 7A dalam SPM
  • PNGK minimum 3.50 dalam STPM, Matrikulasi, Asasi, A-Level, Diploma atau setaraf
  • Mempunyai rekod penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum adalah kelebihan tambahan
  • Telah mendapat kemasukan ke universiti tempatan untuk kursus ijazah sepenuh masa
  • Mereka yang sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.50 adalah dialu-alukan untuk memohon
  • Bersedia bekerja untuk YTL Cement untuk tempoh tertentu selepas tamat pengajian
  • Belum menerima sebarang bentuk biasiswa lain

Bidang yang ditawarkan tajaan pendidikan ialah seperti di bawah

  • Bachelor of Mechanical Engineering
  • Bachelor of Electrical/Electronic Engineering
  • Bachelor of Chemical Engineering

Cara Memohon

Terdapat 3 langkah proses permohonan biasiswa ini.

  • Langkah 1: Lengkapkan borang permohonan YTL Cement Scholarship. Permohonan boleh dibuat melalui portal permohonan >> YTL Cement Scholarship
  • Langkah 2: Hantar Video Pengenalan. Pemohon yang tersenarai pendek (shortlisted) akan menerima email. Calon akan mendapat arahan untuk menghantar video mengenai diri mereka berdurasi 3 minit.
  • Langkah 3: Panel Interview. Calon yang tersenarai pendek (shortlisted) selepas itu akan dipelawa untuk menghadiri panel interview dengan YTL Cement Scholarship selection committee di Menara YTL di Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lebih terperinci dan terkini layari laman portal >> YTL Cement Scholarship

Sila hantar permohonan anda sebelum tarikh tutup pada 8 September 2023

All the best!