Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) Semakan Status Online

Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) kemaskini dan semakan status online. Kali ini kami kongsikan maklumat dan info terkini cara-cara kemaskini dan buat semakan status permohonan BSH anda secara online.

Maklumat terkini mengenai tarikh pembayaran BSH Fasa 3 dijadualkan akan dibuat pada 28 Ogos 2019 anda boleh membacanya di sini.

Mungkin anda sudah sedia maklum bahawa pembayaran BSH Fasa kedua telah dibuat oleh kerajaan pada bulan Mei 2019 yang lepas. Sekarang ini kita sedang menunggu pula proses pembayaran Bantuan Sara Diri untuk Fasa 3 yang dijadualkan akan dibayar kepada penerima bantuan pada bulan Ogos nanti.

Sebelum itu sudahkah anda kemaskini dan semak status permohonan anda? Masa untuk kemaskini dan rayuan BSH telah ditutup pada 15 Ogos  lepas. Jika anda belum sempat kemaskini terpaksalah menunggu bila ianya dibuka semula nanti.

BANTUAN SARA HIDUP (BSH) SEMAKAN ONLINE

Untuk buat semakan status BSH anda, ada 2 cara yang disediakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) itu menggunakan portal MyBSH dan juga melalui link khas ‘Semakan Kelulusan’ yang disediakan.

Sila lihat gambar ilustrasi di bawah.

Semakan dan kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) online

Jika anda menggunakan portal MyBSH anda perlu terlebih dahulu daftarkan nombor telefon yang boleh dihubungi (aktif) semasa membuat permohonan secara online. Ini kerana ‘Nombor TAC’ akan dikirim ke telefon anda bagi keperluan mengakses maklumat peribadi dan juga status permohonan anda.

Jika anda belum mendaftarkan nombor telefon atau nombor telefon telah bertukar, anda boleh gunakan link yang kedua ‘semakan kelulusan’.

KEMASKINI PERMOHONAN DAN MAKLUMAT BSH

Dari masa ke semasa pihak LHDN/BSH akan mewajibkan anda untuk kemaskini maklumat peribadi/permohonan anda. Ini untuk mereka mengetahui tahap status terkini anda dan atas berberapa sebab-sebab lain.

Sebelum itu anda perlu kemaskini nombor telefon BSH untuk memudahkan anda mengemaskini maklumat terkini anda dalam sistem maklumat BSH. Ini kerana nombor telefon itu akan digunakan untuk menerima TAC no dari BSH untuk akses maklumat anda dalam portal BSH.

Untuk membuat kemaskini anda perlu akses melalui laman portal khas MyBSH. Sila rujuk gambar di bawah.

Untuk tujuan ini anda perlu daftarkan nombor telefon yang terbaru/aktif untuk tujuan menerima nombor TAC. Jika anda belum melakukannya anda boleh mengunjungi pejabat LHDN yang terdekat untuk kemaskini nombor telefon anda.

Selepas itu anda akan dapat mengakses maklumat peribadi anda dalam portal MyBSH dan bolehlah kemaskini maklumat jika ada perubahan.

KEMASKINI BSH 2019

Seperti yang telah diterangkan tadi kami akan kemaskini maklumat di page ini dengan info terbaru. Dari masa ke semasa jika ada info penting anda boleh baca disini. Anda digalakkan bookmark page ini untuk memudahkan anda kembali ke pagi ini.

Terkini

Di bawah adalah info-info terkini berkenaan BSH untuk makluman dan rujukan anda.

  • Menurut kenyataan Menteri Kewangan Malaysia YB Lim Guan Eng, seramai lebih kurang 300,000 penerima belum dapat pembayaran BSH Fasa dua (Mei 2019) kerana maklumat banking/perbankan atau nombor akaun yang salah.
  • Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng, pada 24 Mei 2019 mengenai pembayaran fasa kedua BSH 2019 pada 28 Mei 2019, peruntukan yang terlibat adalah sebanyak RM1.42 Bilion dan memanfaatkan hampir 3.6 juta penerima BSH serta 3.23 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.
  • Jumlah pembayaran BSH Fasa 2 Mei 2019

Diharapkan perkongsian info mengenai Bantuan Sara Hidup (BSH) kemaskini dan semakan status online ini bermanfaat. Mohon like dan share maklumat ini.