Cara Aktifkan & Fungsi Kad Prihatin Siswa (KPS) Untuk Pelajar IPT

Pernah dengar mengenai Kad Prihatin Siswa? Jika anda adalah pelajar IPT sekarang ini, sudah tentu anda sedar tentang inisiatif dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tersebut.

 

READ: Pas Bulanan My50 Insentif Kerajaan

Apa itu Kad Prihatin Siswa (KPS)?

KPS adalah inisiatif untuk memperkasakan mahasiswa menerusi Aplikasi e-wallet yang turut diperkenalkan untuk memberi tawaran istimewa kepada pemegang kad ini.

Ada berberapa objektif khas kenapa KPS ini diwujudkan oleh KPT dengan kerjasama RHB Bank.

Antaranya:-

  • Memudahkan penyaluran peruntukan atau bantuan kewangan terus kepada akaun pelajar
  • Transformasi ekosistem transaksi kewangan di IPT ke arah cashless kampus
  • Menyeragamkan kemudahan atau fasiliti dan tawaran/keistimewaan/ganjaran/promosi kepada pelajar IPT.

Kad KPS ini yang juga merupakan Kad Matrik pelajar dinaiktaraf dengan gabungan Kad Debit Islamic RHB Bank.

Fungsi Kad Prihatin Siswa

Fungsi Kad Prihatin Siswa (KPS)

Ada banyak fungsi dan faedah dengan adanya kad KPS ini. Antaranya adalah seperti di bawah;

  • Memperkasa dan mempelbagaikan fungsi kad matrik pelajar IPT.
  • Memudahkan penyaluran peruntukan atau bantuan terus kepada akaun pelajar.
  • Transformasi ekosistem transaksi kewangan di IPT ke arah cashless kampus.
  • Menyeragamkan kemudahan atau fasiliti dan tawaran/ keistimewaan/ ganjaran/ promosi kepada pelajar IPT.

Dengan adanya kad ini juga anda berpeluang untuk mendapatkan pelbagai promosi terkini dari rangkaian e-wallet seperti Boost, FavePay, McDonald dan Starbucks.

Cara Aktifkan Kad Prihatin Siswa

Dah ada kad KPS, bagaimana pula cara mengaktifkan kad tersebut supaya boleh digunakan?

Caranya senang sahaja. Selepas anda mendapat kad KPS anda, anda boleh pergi di mana-mana cawangan RHB Bank untuk mengaktifkan kad tersebut.

Yang bagusnya dengan kad ini, tiada caj pembukaan akaun dan tiada yuran tahunan, promosi/diskaun/bantuan dan ganjaran khusus disalurkan terus ke akaun pelajar dan juga Khairat Kematian/perlindungan Insurans dan Takaful.

Untuk maklumat terkini dan terperinci anda boleh berhubung dengan pihak HEP universiti anda masing-masing.

Kad Prihatin Siswa ini memang datang tepat pada masanya di mana kita sedang menuju ke arah budaya ‘cashless’ dalam urusan kewangan kita seharian.

Semoga inisiatif dari pihak KPT ini bermanfaat kepada para pelajar.