Cara Beli Tiket Cable Car Genting Online – Tanpa Perlu Beratur
Setiap kali ingin membeli tiket di kaunter, pasti harus beratur kan? Siapa saja yang suka beratur, masa dan tenaga lebih banyak dibuang semasa beratur sahaja.
Sebab inilah kita membeli tiket secara atas talian atau online kerana tak perlu beratur, lebih mudah dan paling penting jimat masa.
Kadang-kadang bila kita membeli melalui website ataupun aplikasi seperti Klook, kita boleh dapat voucher untuk dapatkan harga yang lebih murah daripada harga asal.
Jadi memang berbaloi lah kan. Jom kita lihat bagaimana nak tempah tiket kereta kabel Genting secara online tanpa perlu beratur.
Sebelum ini kami pernah kongsikan artikel mengenai perkhidmatan cable car di Genting Highland. Ini adalah kemaskini dari artikel terdahulu.
Laman Atau Aplikasi Menempah Tiket Cable Car Genting Online
Setiap laman web atau aplikasi yang menyediakan kemudahan pembelian tiket secara online mempunyai kelebihan masing-masing, jadi anda boleh pilih mana-mana kaedah yang anda rasa sesuai dan lebih senang untuk anda.
- Awana SkyWay
Agen yang menjual tiket kereta kabel Genting memang banyak, tapi kalau anda mahu menempah tiket secara langsung dengan Awana SkyWay pun tiada masalah!
Masa perjalanan menaiki kereta kabel ni hanya 10 minit sahaja dari Stesen Awana ke puncak stesen SkyAvenue.
Menariknya lagi, dengan tiket yang sama anda berpeluang melihat keindahan persekitaran Kuil Gua Chin Swee tanpa sebarang caj tambahan.
Jadi memang berbaloi kalau anda tempah tiket dengan Awana SkyWay ni! Mari kita lihat senarai harga yang mereka tawarkan.
Harga tiket kereta kabel Awana SkyWay:
Cara Tempahan Online
- Layari pautan tempah sekarang Awana SkyWay
- Setelah masuk ke laman web tersebut, anda perlu pilih tarikh anda sendiri untuk pergi menaiki kereta kabel. Anda mungkin boleh pilih waktu pada hujung minggu ataupun masa cuti umum, barulah seronok dengan kehadiran orang ramai.
- Kemudian, anda tinggal pilih jenis tiket yang anda mahu mengikut harga yang ditawarkan.
- Klik butang ‘Book Now’.
Waktu Operasi Awana Skyway
- Waktu Operasi Stesen Chin Swee : Setiap hari 8 pagi – 7 malam
- Waktu Operasi Awana SkyWay : Setiap hari 7 pagi – 11 malam
2. Klook
Aplikasi Klook pasti tidak asing lagi bagi anda kan? Klook memang aplikasi yang sering digunakan untuk tempah tiket ke tempat-tempat tarikan pelancong, Taman Tema, pilihan makanan popular, tempat penginapan, dan banyak lagi.
Membuat tempahan dengan Klook memang rambang matalah kerana ia menawarkan lebih 100,000 pengalaman unik dilebih 350 destinasi di seluruh dunia!
Jadi aplikasi ini memang dipercayai dan anda boleh membuat tempahan tiket kereta kabel Genting dengan Klook.
Harga Pakej Kereta Kabel melalui Klook:
Jenis pakej / Harga (per pax)
- Gondola standard (Sehala) – RM9.90
- Gondola standard (Pulang balik) – RM18
- Gondola lantai kaca (Sehala) – RM21
Cara Tempahan
- Layari pautan Tempah Pakej Kereta Kabel Genting melalui Klook ataupun muat turun aplikasi Klook melalui telefon pintar anda.
- Anda akan diberi 3 jenis pilihan pakej kereta kabel, anda boleh pilih mana yang anda suka dengan harga yang ditetapkan.
- Tetapkan kuantiti ataupun bilangan orang yang anda ingin tempahkan.
- Tekan butang ‘Book Now’
3. Wonderfly
Anda mencari platform yang dipercayai untuk menempah aktiviti dan perkhidmatan pelancongan di Asia Tenggara? Wonderfly adalah jawapan yang anda cari!
Kalau dinilai daripada hasil maklum balas pelanggan yang pernah menempah tiket dengan Wonderfly, semuanya adalah komen-komen positif sahaja.
Ramai yang cakap urusan nak tempah dengan Wonderfly sangat senang dan cepat.
Anda tak perlu lagi beratur panjang membeli tiket di kaunter, hanya perlu imbas kod QR pada tiket yang dibeli melalui Wonderfly.
Jika anda menempah dengan Wonderfly, anda boleh menggunakan kod promosi ‘DEDAGANG10’ untuk menikmati potongan harga RM10.
Tetapi dengan syarat, minimum pembelian anda adalah RM100. Kalau anda pergi beramai-ramai memang jimat!
Dalam senarai pakej hanya berikan pilihan sehala saja, jadi untuk tiket pulang balik, anda perlu membeli 2 tiket.
Harga Pakej Kereta Kabel melalui Wonderfly:
Jenis pakej / Harga (per pax)
- Gondola standard (Sehala) – RM10
- Gondola lantai kaca (Sehala) – RM21
Cara Tempahan
- Layari Tempah Pakej Kereta Kabel Genting melalui Wonderfly
- Pilih salah satu pakej sama ada Gondola standard ataupun Gondola lantai kaca. Kemudian tekan butang ‘select’.
- Tetapkan tarikh anda ingin menaiki kereta kabel Genting.
- Tetapkan kuantiti ataupun bilangan orang yang anda ingin tempahkan.
- Tekan butang ‘check out’.
- Anda akan diminta membuat akaun Wonderfly baharu sebelum membuat pembayaran.
Adakah Cara Lain Naik Genting Selain Kereta Kabel?
Sebenarnya, ada saja cara lain kalau anda nak naik ke Genting tanpa menaki kereta kabel.
Anda boleh memandu kereta anda sendiri sampai ke atas, tetapi ia mengambil masa agak lama iaitu dalam 30 minit dan jalannya pun agak curam.
Jadi mengapa memilih memandu sendiri sedangkan ada pilihan yang lebih baik dan singkat iaitu menaiki kereta kabel, 10 minit sahaja dari Awana Skyway.
Sambil naik ke Genting tu boleh juga anda menikmati pemandangan indah persekitaran Kuil Gua Chin Swee dari kereta kabel.
Sekarang nie laman web dan aplikasi yang anda boleh gunakan untuk membeli tiket cabel car Genting secara atas talian sahaja.
Jadi lepas ini anda tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter semata-mata untuk membeli tiket naik ke Genting. Gunakan cara yang mudah untuk mempercepat urusan anda.
Selamat menikmati percutian anda!