Cara Book Tiket Bas Flight & Ferry Guna Apps 12go Asia
Cara book tiket bas flight dan ferry (feri) guna applikasi online 12go Asia yang sekarang ini semakin popular. Untuk para traveller terutama yang gemar melancong di sekitar Asia tentu biasa beli tiket melalui applikasi yang dibangunkan oleh 12go Asia.
Untuk book tiket bas secara online layari >> 12go Asia Online
Atau gunakan terus carian di kotak di bawah. Ianya mudah dan pantas.
Cara Beli Tiket Online
Mungkin ini pertama kali anda beli tiket secara online. Kami ada sediakan sedikit tutorial cara buat tempahan tiket untuk panduan anda.
Langkah 1
Gunakan kotak carian (search box) berwarna hijau di atas dan isikan maklumat yang diperlukan. Kami ada tandakan bulatan warna merah.
Maklumat tempat bertolak (origin) dan destinasi. Contohnya anda ingin ke Melaka dari Kuala Lumpur.
Selepas anda isikan maklumat dan menekan butang ‘CARI TIKET‘ anda akan dibawa ke paparan berikutnya seperti di bawah.
Anda akan melihat senarai bas dan tambang bas ke destinasi tersebut.
Langkah 2
Selepas itu anda bolehlah klik butang ‘BOOK NOW‘ dan akan dibawa ke paparan seterusnya. Di sana anda perlui isikan maklumat peribadi dan membuat pembayaran tiket anda.
Maklumat paling mustahak ialah isikan nombor telefon dan email address yang betul dan aktif kerana semua update mengenai perjalanan anda akan dihantar ke email dan telefon anda.
Penumpang perlu isikan semua maklumat yang diperlukan dan buat pembayaran menggunakan kredit atau debit kad.
Yang bagusnya dengan tempahan tiket 12go Asia ini ialah untuk perjalanan bas seperti dari Kuala Lumpur ke Kelantan contohnya, search result (paparan carian) akan beri anda maklumat tambang bas dan juga flight tiket dari KL ke Kelantan.
Terpulang kepada penumpang hendak beli tiket bas atau naik flight. Anda diberikan pilihan untuk perjalanan anda.
Semoga perkongsian informasi mengenai cara book tiket bas, flight, ferry dan keretapi menggunakan applikasi 12go Asia ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share info ini.