Jadual & Harga Tiket Bas TBS Ke Kelantan Terkini

Harga tiket bas TBS ke Kelantan dari RM 34.00. Untuk berkunjung ke Kelantan selain guna flight dan KTM, kita juga boleh berkunjung atau melawat Kota Bharu Kelantan menggunakan bas.

Jika guna bas, masa perjalanan yang diambil agak lama kerana jarak negeri yang terkenal dengan nama ‘Serambi Mekah’ ini yang jauh dari Kuala Lumpur.

Para penumpang BAS boleh beli tiket secara online >> DI SINI.

Kebanyakan bas yang menuju ke Kota Bharu akan bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Pada musim-musim perayaan dan cuti panjang masalah kehabisan tiket sering dihadapi penumpang yang ingin balik kampung.

Penumpang dinasihatkan untuk book tiket bas secara online.

Sebenarnya bukan hanya ke Kelantan, penumpang bas ke destinasi lain di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk ke Singapura (Singapore) juga mengambil bas dari TBS.

Menggunakan bas selalu menjadi pilihan ramai kerana kos yang agak murah berbanding menggunakan penerbangan (flight) dari KL.

Harga Tiket & Jadual Perjalanan Bas Ke Kelantan

Jadual bas dan harga tiket bas dari TBS ke Kelantan terkini

Harga tiket bas biasanya sedikit berbeza antara satu sama lain.

Bas yang dilengkapi dengan kemudahan yang sedikit mewah biasanya lebih mahal berbanding bas biasa. Bas yang biasa orang guna untuk perjalanan ke Pantai Timur ialah Bas Perdana, Sani dan Adik Beradik Express.

Harga tiket bas dari TBS ke Kota Bharu Kelantan lebih kurang RM34 / pax. Penumpang boleh book tiket online lebih awal

Jarak perjalanan bas dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu adalah lebih kurang 440 km dengan anggaran masa perjalanan 9 jam 30 minit.

Setakat ini sebanyak 9 pengusahan bas (syarikat bas) yang memberikan perkhidmatan bas express ke Kelantan dengan jumlah perjalanan sebanyak 48 perjalanan setiap hari.

Pada musim-musim perayaan permintaan bas (pertambahan penumpang) mendadak naik, biasanya jumlah ini akan ditambah dalam masa yang sama harga tiket bas juga akan meningkat.

Senarai Syarikat Bas

Antara syarikat bas yang peling popular untuk route TBS ke Kelantan ialah Adik Beradik Express, Ekspres Musafir, Konsortium E-Mutiara, Lienadia Express, Maraliner, Perdana Express, Queen Express dan Transnasional.

Bas pertama dari TBS ke Kelantan bertolak pada pukul 9.00 pagi dan bas terakhir pada pukul 11.15 malam.

Anda boleh menempah perjalanan bas dari KL ke Kelantan secara online melalui easybook.com.

Ianya untuk memudahkan dan mengelak kehabisan tiket terutama musim perayaan cuti umum yang panjang. Biasanya akan ada bas tambahan untuk memenuhi permintaan penumpang pada ketika itu.

Kalau nak naik bas yang paling selesa boleh pilih bas yang tambang mahal sedikit. Ramai yang tanya adakah mana-mana syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan bas dari KLIA ke Kelantan.

Pilihan terbaik anda ialah naik bas dari KLIA2 ke TBS dengan harga tambang sebanyak RM11 sahaja.

Selepas itu book tiket bas ke Kelantan dari TBS.

Terminal Bas Kota Bharu Kelantan

Terminal Bas Kota Bharu terletak di jalan Ismail. Bila anda menghampiri bangunan terminal bas tersebut anda boleh melihat papan tanda (signboard)’Terminal Bas Kota Bharu’ dalam tulisan Jawi.

Lokasi Terminal Bas Kota Bharu di Kelantan
Photo: Ramlee Tamim

Sila rujuk peta lokasi terminal bas tersebut di bawah.

Di terminal tersebut kemudahan kaunter tiket untuk membeli tiket, tempat menunggu bas yang agak selesa, tandas dan ruang untuk sembahyang. Minimart juga ada disediakan untuk membeli makanan dan minuman.

Tarikan Pengunjung Di Kelantan

Ramai juga yang tanya, nanti sampai Kelantan apa yang menariknya? Tak ramai yang tahu bahawa Kelantan juga salah satu negeri yang menawarkan banyak tarikan untuk pengunjung.

Jangan risau kerana ada banyak perkara menarik yang anda boleh lawat dan lakukan di sana.

Jika selepas sampai ke Kota Bharu Kelantan dan anda tidak tahu apa hendak dibuat, boleh baca panduan ‘things to do’ di Kelantan di Tripadvisor untuk panduan anda.

Mereka ada membuat senarai terperinci tempat-tempat menarik di Kelantan.

Ada begitu banyak tarikan pengunjung yang boleh diterokai di negegeri yang terkenal dengan jolokan ‘Serambih Mekah’ ini.