Cara Borong Barang Dari China Mudah Dan Pantas
Berminat untuk memborong barang dari China? Mungkin anda sedang mencari jawapan untuk pelbagai pertanyaan seperti cara terbaik untuk melaksanakan proses pembelian yang selamat serta platform mana yang terbaik digunakan untuk tujuan ini?
China memang diiktiraf sebagai salah satu pasaran barang terbesar di dunia dan dari pakaian hingga barang elektronik, negara ini menawarkan pelbagai produk dengan harga yang lebih berpatutan berbanding dengan tempat lain.
Tetapi, bagaimana sebenarnya cara selamat untuk borong barang dari China? Jangan risau kerana kali ini, kami ingin menerangkan cara selamat borong barang dari negara China yang boleh berguna untuk para pembaca.
READ: Pengenalan Permohonan TVET Secara Online Kini Ikut Saluran Tunggal
Gunakan Laman Web E-dagang (E-Commerce)
Salah satu cara paling mudah untuk membeli barang dari China adalah melalui laman web e-dagang seperti AliExpress, 1688 Platform, atau Taobao.
Anda boleh melayari pelbagai jenis produk, dari pakaian hingga barang elektronik, dan membuat pembelian secara dalam talian.
Laman web ini sering menyediakan pelbagai penjual dan pilihan harga yang berbeza. Cara ini sesuai untuk individu yang ingin membuat pembelian dalam kuantiti kecil atau hanya memerlukan beberapa barang.
Sebenarnya kebanyakan laman web ini dalam bahasa Cina, dan oleh sebab itu, anda disarankan untuk menggunakan opsyen Google Translate untuk menterjemahkan kepada bahasa Inggeris.
Anda boleh mencipta akaun dalam laman web e-dagang ini untuk percuma dan berikut merupakan laman web bagi semua portal E-dagang yang anda boleh gunakan.
- Ali Express: AliExpress
- 1688 Platform: www.1688.com
- Taobao: www.taobao.com
Menggunakan perkhidmatan Agen Penghantaran atau Pemborong
Jika anda ingin membeli dalam jumlah besar atau berniaga secara besar-besaran, anda boleh mempertimbangkan menggunakan perkhidmatan pemborong atau agen penghantaran dari China.
Mereka boleh membantu anda menguruskan pembelian dalam jumlah besar dan penghantaran ke negara kita.
Agen penghantaran juga dapat membantu anda menguruskan proses kastam dan cukai, yang boleh menjadi rumit apabila membeli dalam jumlah besar.
Jika berminat, anda boleh mencuba perkhidmatan “Buying Agent” yang ditawarkan oleh BGST Resources Sdn Bhd. BGST Resources Sdn Bhd merupakan syarikat penghantaran barang yang berpangkalan di Malaysia.
Hampir 80% daripada perniagaan import mereka melibatkan China.
Syarikat BGST menawarkan pelbagai jenis servis berkaitan dengan aktiviti import dan eksport, termasuk penghantaran produk dari China ke Malaysia, pemeriksaan pra-penghantaran untuk produk dari China, proses pengecualian kastam, dan banyak lagi.
Selain itu, BGST juga memegang sijil sebagai ejen kastam yang diluluskan oleh Kastam Diraja Malaysia, berdaftar dengan Kementerian Kewangan serta turut diiktiraf oleh MATRADE sebagai syarikat pengeksport.
Klik pautan ini untuk mendapatkan maklumat selanjutnya Buying Agent Details (bgst.com.my)
Nampak tak, beli barangan dari China kini semakin mudah. Bukan sahaja ada pelbagai portal di luar sana yang anda boleh gunakan, malah kalau masih ragu-ragu boleh juga gunakan perkhidmatan agent.
Anda juga boleh baca tips-tips penting cara mudah memborong dari China di Panduan Lengkap Memborong Barang China.
Di sana semua persoalan anda akan ada jawapannya.
Baiklah, selamat memborong dan nikmati potensi menjana pendapatan dari menjual barangan dari China. All the best!