Cara Dapatkan Cukai Jalan Digital Melalui Online

Cara untuk dapatkan cukai jalan secara digital

Pelekat Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) ataupun lebih dikenali sebagai roadtax, kini terdapat dalam bentuk digital!

Roadtax adalah bayaran yang dikenakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan (JPJ) Jalan ke atas pemilikan kenderaan anda supaya boleh dipandu di atas jalan raya secara sah.

Tanpa roadtax, anda akan dikira memandu di atas jalan secara tidak sah.

READ: Check Saman JPJ, Polis Trafik & AES Online

Kalau dulu kan mesti pamerkan pelekat roadtax pada cermin hadapan kenderaan, sekarang tak lekat pun tak apa, yang penting ada roadtax digital.

Menurut beberapa perkongsian di media sosial, banyak pejabat JPJ sekarang dah tak cetak lagi cukai jalan ataupun roadtax kereta fizikal.

Sekarang, kalau anda nak perbaharui roadtax, anda boleh buat melalui aplikasi MyJPJ.

Selain semak cukai jalan, anda juga boleh membuat semakan saman, semakan lesen memandu, semakan keputusan ujian memandu dan banyak lagi.

Anda boleh mendaftar dalam aplikasi tersebut menggunakan kad pengenalan anda, dan anda boleh semak cukai jalan kenderaan yang didaftarkan atas nama anda sahaja.

Bagaimana cara daftar MyJPJ? Untuk tahu langkah-langkah daftar MyJPJ, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi MyJPJ dalam telefon pintar anda. Anda boleh memuat turun melalui Google Play Store, Apple App Store, dan Huawei App Gallery.
  2. Setelah muat turun aplikasi, anda perlu daftar akaun pengguna baharu dengan memasukkan nombor Kad Pengenalan/MyPR/MyKAS.
  3. Kemudian, lengkapkan maklumat peribadi yang diperlukan seperti nombor Kad Pengenalan, nombor telefon bimbit, emai, dan sebagainya. Kemudian sahkan.
  4. Anda akan dikehendaki untuk mengisi maklumat keselamatan untuk menjamin keselamatan akaun anda.
  5. Tetapkan kata laluan akaun anda. Pastikan kata laluan anda tidak mudah dibuka oleh orang lain.
  6. Akhir sekali, pendaftaran akaun baharu anda akan berjaya dan anda boleh mendaftar masuk ke akaun anda.

Di mana nak lihat cukai jalan digital?

Haa dalam akaun MyJPJ anda, pergi ke bahagian ‘Profile’. Di situ anda boleh melihat lesen memandu kompeten digital dan cukai jalan digital anda.

Mudah saja kan!

Dengan adanya aplikasi MyJPJ, anda tidak perlu lagi menunggu lama dan beratur menunggu giliran di kaunter JPJ, kerana sekarang semuanya boleh dilakukan secara atas talian.

Sekiranya anda memerlukan maklumat yang lebih terperinci tentang cukai jalan, anda boleh terus ke portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan di https://www.jpj.gov.my/ atau email di SISPAA atau hubungi talian +603-8000 8000.