Cara Kira Loan Kereta Pelbagai Model Untuk Kira Bayaran Bulanan Kenderaan Anda

Cara kira loan kereta pelbagai model di Malaysia yang mungkin perlu anda tahu dan pelajari sebelum beli kereta.

Jika anda berhajat untuk beli kereta, perkara pertama yang muncul di kotak fikiran kita ialah harga kereta, kedudukan semasa kewangan kita dan kemampuan membayar pinjaman atau loan kereta.

Keputusan mengenai berapa tahun pembayaran yang akan di ambil dan jumlah deposit adalah pertimbangan yang amatlah penting.

Oleh itu sangatlah mustahak untuk membuat kiraan dengan teliti sebelum menandatangai apa-apa dokumen perjanjian pembelian kereta idaman anda.

READ: Check Saman JPJ, Polis Trafik & AES Online

Kalau sudah tandatangan, kunci kereta telah berada ditangan anda prosesnya sukar untuk diundur kembali.

Seperti kata pepatah ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak tandatangan dokumen pembelian kereta, kena bayarlah sampai habis’.

Biasanya cara mudah yang kita buat ialah mengunjungi kedai pameran jual kereta dan dapatkan khidmat informasi dari agent penjual kereta.

Masalahnya, bukan semua orang gemar dipujuk dan dirayu membeli bila sampai di kedai tersebut.

Ada juga pembeli yang akan menghubungi kawan-kawan jual kereta untuk dapatkan pelbagai informasi.

Selepas bagi banyak maklumat telah diberikan kawan tersebut juga akan mula memujuk dan merayu anda untuk membeli.

Biasanya informasi yang diberi oleh sang penjual adalah yang seronok didengar, kerana agent jual kereta berharap dapat menarik minat anda untuk membeli kereta dengannya.

Pengalaman ini seperti biasa dilalui oleh kita yang pernah beli kereta.

Jadi apakah penyelesaiannya? Anda kenalah dapatkan sendiri maklumat yang terpenting iaitu harga kereta, kedudukan kewangan anda dan akhir sekali ialah jumlah bayaran bulanan atau installment kereta yang anda beli nanti.

Cara Kira Loan Kereta Online

Penyelesaiannya agak mudah. Untuk menjawap persoalan utama, iaitu, kemampuan kita membeli dan membayar pinjaman kereta maka wajar pelajari cara kiraan loan kereta.

Pengiraan loan kereta ini penting supaya kita boleh membuat penyelidikan, persediaan dan perbincangan dengan keluarga atau pasangan kita sebelum mengunjungi kedai jual kereta.

Maksudnya kita sudah mempunyai maklumat tersebut dan sudah ada gambaran yang jelas tentang jenis kereta yang ingin di beli, harganya, kadar faedah pinjaman (loan interests) dan bayaran bulanan (car montly installments) dan sebagainya.

Tidaklah kita kena pusing, atau dikelirukan oleh si penjual kereta nanti.

Formula Kira Loan Kereta

Untuk kira pinjaman kereta (car loan calculation) tidaklah susah mana. Sebenarnya ada fomula tertentu yang boleh anda ikut.

Lepas itu bolehlah buat kiraan sendiri dirumah.

Kalau tidak mahu kira ikut formula, ada juga disediakan portal online di mana anda hanya perlu key-in angka-angka yang perlu dan jawapannya akan anda perolehi dengan satu klik sahaja.

Formula ini dikongsikan di dalam webportal imoney.my. Cuba anda lihat formula  kiraan pinjaman kereta yang dikongsikan oleh mereka di bawah.

Pertama sekali, tentukan nilai-nilai jumlah pinjaman, tempoh pinjaman dan kadar faedah pinjaman kereta anda, seperti berikut:

  • Jumlah Pinjaman = A
  • Jumlah Tempoh Pinjaman = B (tahun)
  • Kadar Faedah = C

Sekarang, guna formula-formula beikutnya untuk menentukan jumlah faedah, faedah bulanan dan ansuran bulanan pinjaman kereta anda:

  • Jumlah Faedah Anda = C/100 x A x B = X
  • Faedah Bulanan Anda = X / (B x 12)
  • Ansuran Bulanan Anda = (A + X) / (B x 12)

Contoh:

Katakan anda mempunyai jumlah pinjaman kereta RM50,000 pada kadar faedah rata 2.5% untuk dibayar dalam 5 tahun.

  • Jumlah Pinjaman = 50,000
  • Jumlah Tempoh Pinjaman = 5
  • Kadar Faedah = 2.5
  • Jumlah Pinjaman Anda = 2.5/100 x 50,000 x 5 = RM6,250
  • Faedah Bulanan Anda = 6,250 / (5 x 12) = RM104.17
  • Ansuran Bulanan Anda = (50,000 + 6,250) / (5 x 12) = RM937.50

Selepas itu bolehlah anda pertimbangkan berapa bayaran deposit yang anda mampu bayar untuk beli kereta idaman anda.

Ambil perhatian bahawa pengiraan di atas adalah berdasarkan kadar faedah sama rata untuk jumlah pinjaman penuh dalam tempoh keseluruhan pinjaman.

Di Malaysia, kebanyakan pinjaman kereta konvensional menggunakan kaedah pengiraan ini.

Senang sahaja sebenarnya. Selepas itu anda bolehlah kira sendiri di rumah.

Calculator Loan Kereta

Sebenarnya selain menggunakan formula seperti di atas, anda juga boleh gunakan calculator loan kereta atau car loan calculator.

Yang ini lebih mudah dan pantas.

Anda hanya perlu masukkan angka-angka yang berkaitan dan klik perkataan ‘CALCULATE‘. Applikasi tersebut akan buat kiraan untuk anda.

Hasil kiraan itu sebenarnya sama seperti menggunakan formula kiraan loan kereta yang ditujukkan di atas.

Untuk menggunakan Calculator Loan Kereta layari calculator.com.my

Kiraan loan kereta guna Calculator Loan Kereta Online

Mudah bukan?

Senarai Interest Rates Loan Kereta Di Malaysia

Di sini kami kongsikan sedikit dengan anda senarai interest rates pinjaman kereta di Malaysia.

Untuk yang terkini dan lebih tepat anda perlulah merujuk kepada bank tersebut.

Kadar faedah pinjaman kereta yang ditunjukkan di bawah mungkin telah berubah bergantung kepada bank tersebut.

Sila rujuk jadual kadar faedah pinjaman kereta mengikut bank di bawah.

NAMA BANKCAR LOAN INTEREST RATES
Alliance Bank Hire Purchase3.14% p.a
Al-Rajhi Automobile Financing-i4.4% p.a
AmBank Arif Hire Purchase-i3.05% p.a
Bank Muamalat Hire Purchase-i4.00% p.a
CIMB Hire Purchase3.25% p.a
Hong Leong Auto Loan3.24% p.a
Maybank Hire Purchase3.4% p.a
Public Bank Aitab Hire Purchase-i3.31% p.a
RHB Hire Purchase3.18% p.a

Nota: Maklumat ini dikemaskini May 2017.

Kalau tahu interest rates bolehlah gunakan maklumat tersebut untuk buat kiraan loan kereta di laman calculator loan kereta.

Sekarang anda sudah mahir menggunakan calculator loan kereta. Sekarang perkara-perkara di bawah anda harus tahu juga sebab ianya berkaitan dengan proses loan kereta yang akan anda lalui.

Antara persoalan utama yang perlu anda pertimbangkan dan tahu ialah seperti di bawah:

  1. Berapa gaji bersih untuk loan kereta – Ini penting untuk anda tahu. Di Malaysia kelayakan gaji bersih untuk memohon loan kereta ialah minimum RM1,500 dan ke atas.Untuk pemohon lepasan ijazah atau diploma pula harus memilik gaji bersih RM1, 000 selepas ditolak komitmen bank lain, caruman KWSP dan juga SOCSO. Jika gaji kurang besar kemungkinan permohonan pinjaman kereta anda akan ditolak atau anda perlukan 1 atau 2 penjamin.
  2. Siapa yang boleh jadi penjamin kereta – Jika anda perlu mengemukan penjamin, pastikan penjamin anda itu memiliki kelayakan menjamin yang diperlukan.Apakah kelayakan sebagai penjamin?
    • Penjamin mestilah berumur tidak kurang 18 tahun dan ke atas
    • Berfikiran waras dan memahami tanggungjawap sebagai penjamin dan seterusnya mengemukakan dokumen penjamin yang diperlukan.
    • Tidak dipaksa atau rela untuk menjadi penjamin
    • Yang paling penting tidak berstatus sebagai muflis
  3. Berapa lama proses kelulusan pinjaman kereta – Jika semua dokumen telah dilengkapkan dan telah dihantar kepada pihak bank untuk permohonan pinjaman kereta, pihak bank biasanya akan membuat keputusan untuk meluluskan atau tidak meluluskan pinjaman dalam masa 2 hingga 3 hari berkerja.Ini bermaksud tidak termasuk cuti umum, dan hujung minggu. Biasanya bank akan dengan segera memproses permohonan loan kereta anda.

Semoga perkongsian mengenai cara kira loan kereta pelbagai model ini bermanfaat untuk membeli kereta idaman anda.

Pembeli yang bijak ialah pembeli yang bermaklumat. Ini boleh menghindarkan anda dengan kesulitan yang tidak sepatutnya berlaku.