Cara Mohon Pakej 5G Rahmah & Kelebihan Pakej 5G Rahmah

Sempena Hari Kebangsaan negara Ke-66, rakyat layak untuk melanggan Pakej 5G Rahmah dengan spesifikasi pelan data melibatkan smartphone berharga tidak melebihi RM240.

Demikian menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini.

Pada hari selasa lepas beliau melancarkan Pakej 5G Rahmah melibatkan pilihan telefon pintar jenama Samsung A14 %G atau Honor 90 Lite 5G.

Beliau berkata, pihak telco digalakkan untuk membuat tawaran yang lebih baik dan menarik.

Pakej 5G Rahmah ini berasaskan spesifikasi asas pelan data (device bundle) melibatkan smartphone dengan harga tidak melebihi RM240 dengan pelan pascabayar serendah RM60 / bulan dengan data minimum 60GB bermula 31 Ogos hingga Desimber.

Cara mohon pakej 5G Rahmah
Photo: File / Bernama

READ: Pakej 5G Rahmah & Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam

Cara Mohon Pakej 5G Rahmah

Tertarik! Jika berminat mungkin anda tertanya-tanya bagaimana cara memohon untuk mendapatkan pakej ini.

Sebenarnya tiada permohonan perlu dilakukan kepada Kementerian Komunikasi dan Digital.

Apa yang perlu anda buat ialah mengunjungi telco dan bertanya dengan mereka tentang pakej ini dan semak sama anda layak untuk melanggannya dengan mereka atau tidak.

Kebiasaanya individu yang mempunyi bill telco post-paid belum dijelaskan dan anda telah disenarai hitamkan akan mengalami masalah untuk melanggan pakej telco pasca bayar.

Jika anda layak, maka bolehlah melanggan pakej tersebut.

Kelebihan Pakej 5G Rahmah

Apa kelebihan pakej ini? Soalan ini tentu anda akan tanya, sebab jika tiada kelebihan mengapa anda perlu melanggannya.

Berikut ada berberapa kelebihan pakej tersebut.

  • Kelajuan internet yang tinggi
  • Kada lengahan yang rendah (1milisaat)
  • Mampu menghubungkan lebih banyak peranti bagi setiap 1 KM persegi.

Jika anda berminat, pakej ini boleh anda langgan bermula hari ini 31 Ogos 2023.

Sila rujuk hebahan akhbar Bernama di bawah

PUTRAJAYA: Mulai hari ini bersempena sambutan Hari Kebangsaan, rakyat Malaysia layak untuk melanggan Pakej 5G RAHMAH dengan spesifikasi asas pelan data melibatkan telefon pintar berharga tidak melebihi RM240.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata dalam kemeriahan sambutan kemerdekaan negara, rakyat boleh menggunakan peluang untuk melanggan pakej tersebut yang juga menawarkan pelan pascabayar serendah RM60 sebulan dengan data minimum 60GB sehingga Disember tahun ini.

“Penjawat awam juga akan mendapat rebat RM10 sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi pakej pascabayar bernilai RM60 dan ke atas, mulai 16 Sep ini,” katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya di sini, hari ini.

Bagi menghargai pengamal media di negara ini, Fahmi berkata golongan itu juga boleh menikmati rebat sebulan bil telefon bimbit bagi bulan September, di bawah Insentif Rebat RAHMAH Pengamal Media.

Beliau berkata semua pengamal media yang memiliki kad perakuan media Jabatan Penerangan layak mendapat rebat satu bulan bil telefon bimbit itu.

“Insya-Allah akan ada beberapa perkara lagi akan diusahakan untuk pengamal media,” katanya.

Selasa lepas ketika melancarkan pakej 5G RAHMAH Fahmi berkata ia yang melibatkan pilihan telefon pintar sama ada jenama Samsung A14 5G atau Honor 90 Lite 5G itu, hanyalah merupakan spesifikasi asas bagi pemberian pakej 5G RAHMAH dan pihak telco amat digalakkan menyediakan tawaran yang lebih baik.

BERNAMA 

Apa tunggu lagi, dapatkan pakej 5G hari ini untuk capaian internet lebih laju, untuk memudahkan urusan anda.