Pakej 5G Rahmah & Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam

Nikmati plan internet Rahmah yang juga dikenali sebagai Pakej 5G Rahmah. Pakej internet Rahmah ini dengan kerjasama Celcom, DiGi, Maxis, Umobile Rahmah ini terbuka terutama kepada penjawat awam.

Pakej 5G Rahmah internet Rahmah

READ: Cara Tukar Duit Kertas Koyak / Rosak Di Bank

Berita baik!

Ada 2 pakej internet mampu milik yang baru diperkenalkan iaitu Pakej 5G Rahmah dan Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam.

Kedua-dua pakej ini adalah inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bertujuan merapatkan jurang digital rakyat.

Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi dan Digital dalam kenyatannya berkata, pakej ini diperkenalkan sempena bulan kebangsaan.

Ianya lebih murah berbanding pakej-pakej sedia ada dalam pasaran.

Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam

Pakej ini diperkenalkan pada 7 Ogos 2023, dimana semua penjawat awam akan menikmati pemberian rebat sebanyak RM10 sebulan.

Ini bermakna akan memberi manfaat penjimatan sebanyak RM120 setahun kepada penjawat awam yang menggunakan pakej ini.

Cara Pendaftaran Insentif Postpaid Rahmah

Setakat ini belum ada perincian mengenai inisiatif ini. Kita akan tunggu maklumat cara permohonan atau pendaftaran yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital nanti.

Anda boleh rujuk kenyataan media di bawah untuk maklumat lanjut.

Cara memohon insentif Postpaid Penjawat Awam

Layari laman media rasmi KKD untuk maklumat terkini.

Terima kasih kerajaan Malaysia atas pelbagai bantuan ini. Diharap ianya akan memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat.