Cara Naik Bas Rapid Penang & Harga Tambang Yang Perlu Dibayar Oleh Penumpang

Informasi cara naik bas Rapid Penang

Tahukah anda, perkhidmatan Bas Rapid Penang kini disediakan untuk orang awam bagi memudahkan pergerakan penumpang terutama yang tidak mempunyai kereta sendiri.

Bas Rapid Penang ini baru dilancarkan. Ramai yang belum tahu cara menaiki Rapid Penang bus services dan harga tambang.

READ: Waktu Operasi & Harga Tiket Kereta Api Bukit Bendera

Bagi anda yang nak tahu bagaimana cara menaiki bas rapid Penang buat kali pertama, ikuti langkah step-by-step di bawah.

1. Tentukan destinasi tujuan

Untuk melihat laluan bas dan jadual operasi bas, rujuk di pautan https://myrapid.com.my/bus-train/rapid-penang/rapid-pg-bus/.

2. Tunggu di perhentian bas terdekat

Anda perlu menunggu di tempat perhentian bas yang disediakan. Apabila anda menaiki bas, pastikan naik melalui pintu hadapan sahaja kemudian maklumkan kepada pemandu bas destinasi yang anda hendak tuju.

Pemandu bas akan memberitahu anda bayaran bagi dewasa.

3. Bayaran tambang

Untuk membayar tambang, anda perlu memasukkan duit tambang di dalam peti besi yang terdapat di sebelah pemandu bas.

Pastikan anda membawa duit yang cukup-cukup mengikut kadar tambang kerana anda tidak akan mendapat baki. Standby syiling tau!

Setelah membayar tambang, anda akan diberikan resit ataupun sebagai tiket bas anda. Pastikan anda simpan resit ini sehinggalah anda turun di destinasi anda.

Harga Tambang Bas Rapid Penang

Senarai tambang bas Rapid Penang
Sumber: Rapid Penang Official Website

4. Tekan loceng untuk turun

Bila masa nak kena tekan loceng ni? Haa agak-agak dah nak dekat sampai tu, dah bolehlah nak tekan loceng bas.

Bagi yang baru pertama kali naik dan tak tahu nak tekan loceng kat mana, anda boleh saja maklumkan kepada pemandu bas tempat anda nak turun.

Kalau boleh, sebaiknya anda duduk di tempat yang hampir dengan pemandu bas jadi mudahlah kalau anda nak tanya apa-apa.

Jadi demikianlah sedikit sebanyak tentang bagaimana nak menaiki bas rapid Penang. Selepas ini bolehlah anda cuba menaiki bas rapid Penang dengan yakin.

Sekiranya anda memerlukan maklumat yang lebih lanjut dan terperinci mengenai Bas Rapid Penang seperti laluan bas, waktu operasi bas, dan sebagainya anda boleh lah melawat laman web utama mereka di Rapid Penang ataupun merujuk alamat dan nombor telefon mereka seperti berikut:

Rapid Penang
Lorong Kulit, 10460 Georgetown,
Pulau Pinang.
Tel: +604-238 1212
BCC: +604-255 8000