Kenali Ciri-Ciri Beras Plastik Atau Beras Asli – Cara Mengenali Beras Plastik
Pasti anda pernah dengar kan tentang isu beras plastik? Apa sebenarnya beras plastik ni?
Kalau anda nak tahu, istilah ‘beras plastik’ digunakan untuk menggambarkan beras palsu ataupun beras yang telah dicampur bahan-bahan buatan kimia yang tidak selamat dan berbahaya jika dimakan oleh manusia.
Anda kena sentiasa beringat juga bahawa isu beras plastik kemungkinan hanyalah berita palsu yang disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab dan jangan sampai menyebarkan tuduhan yang tidak benar.
Walau bagaimana pun, tidak salah untuk tetap berhati-hati. Di zaman yang serba canggih ini, tidak mustahil untuk berlaku terutama oleh peniaga yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
READ: Cara Putihkan Baju Sekolah – Tips Agar Baju Sekolah Anak Anda Kekal Putih Bersih
Berikut merupakan beberapa ciri-ciri beras plastik yang sering dikaitkan:
- Berbau pelik
Beberapa laporan yang mendakwa beras adalah beras plastik kerana ia mengeluarkan bau pelik seperti bau plastik ketika dimasak.
Secara umumnya, beras yang asli tidak sepatutnya mengeluarkan bau yang tidak sedap ketika dimasak.
2. Tekstur nasi berbeza
Tekstur nasi daripada beras palsu dan beras asli sudah pasti akan sangat berbeza terutama ketika dimakan.
Dari memakannya saja pasti akan merasakan kelainan tekstur nasi yang agak ganjil. Nasi dari beras plastik boleh menjadi sangat melekit ataupun keras.
3. Sukar dimasak
Laporan tentang beras plastik mendakwa bahawa beras plastik tidak masak dengan baik seperti beras asli.
Disebabkan oleh faktor beras plastik lebih keras, jadi ia tidak dapat masak dengan baik.
4. Menghasilkan aroma terbakar
Beras plastik dikatakan akan mengeluarkan aroma plastik ataupun bau terbakar ketika nasi dipanaskan.
5. Beras terapung pada permukaan air
Kalau ikutkan, bahan yang diperbuat daripada plastik akan terapung di atas air kan? Seperti itulah juga apa yang didakwa beras plastik ini, ia juga akan terapung di atas air sedangkan beras asli pula akan tenggelam.
6. Keseragaman setiap butir beras
Pasti pelik kan kalau anda melihat setiap butiran beras memilki kesamaan dalam bentuk, warna, dan saiz.
Butiran-butiran beras yang dilihat adalah seperti tidak wajar kerana keseragamannya diatur seperti buatan manusia.
7. Tidak mempunyai sebarang khasiat
Beras plastik pastinya tidak mempunyai sebarang khasiat seperti mana beras asli.
Beras asli mengandungi karbohidrat, mineral, serat, protein, dan mineral. Sedangkan beras plastik akan memberi kemudaratan kepada kesihatan manusia sekiranya dimakan.
Demikian adalah ciri-ciri beras plastik yang didakwa mengikut laporan individu. Bolehlah dijadikan sekadar pengetahuan tambahan sahaja untuk anda.
Walau bagaimana pun, anda perlu sentiasa beringat bahawa kewujudan beras plastik hanyalah sekadar rumor ataupun berita palsu kerana penyelidikan dalam banyak kes yang dilakukan tidakpun menemukan bukti yang membenarkan isu tersebut.
Dalam kebanyakan kes, ciri-ciri yang dilaporkan mungkin hanya disebabkan oleh beras yang berkualiti rendah ataupun cara menanak nasi yang tidak benar.
Untuk mengelakkan anda daripada membeli beras yang tidak berkualiti, sebaiknya anda beli beras dari sumber yang terpercaya seperti BERNAS, periksa label dan pensijilan beras.