Cara Putihkan Baju Sekolah – Tips Agar Baju Sekolah Anak Anda Kekal Putih Bersih

Cara putihkan baju sekolah anak anda
Sumber: kellysdrycleaners.com

Ibu bapa mesti mengalami kesukaran nak kekalkan baju putih sekolah anak-anak kan? Anak-anak mestilah berpakaian putih dan bersih ke sekolah demi keselesaan mereka.

Maklumlah apabila anak-anak aktif di sekolah, baju putih mereka mudah terdedah kepada kotoran seperti peluh, cat warna, kesan makanan, dan banyak lagi.

Ibu bapa mestilah nak anak-anak menggunakan baju putih sekolah masa untuk jangka masa panjang kan.

READ: Cara Cuci Karpet Rumah Sendiri? Ini Langkah Mudah Untuk Anda Lakukan

Jadi, bagi ibu bapa yang nak tahu cara-cara untuk kekalkan baju putih sekolah anak-anak, anda bolehlah cuba beberapa kaedah berikut:

  1. Air asam limau

Kandungan asid sitrus pada limau boleh membantu memutihkan pakaian. Caranya adalah dengan mencampurkan air asam limau bersama air panas.

Kemudian rendam baju sekolah anak anda tadi kedalam air panas yang dicampurkan air asam limau tadi.

Biarkan baju direndam selama beberapa jam dan anda boleh lihat hasilnya! Pasti baju sekolah anak anda lebih putih daripada sebelumnya.

2. Larutan Serbuk Baking Soda

Pernah dengar kaedah ini? Manfaat serbuk baking soda bukan sahaja untuk membuat kek atau kuih tau, putihkan baju pun boleh!

Caranya mudah sahaja, larutkan serbuk baking soda ke dalam baldi berisi air, kemudia rendam baju sekolah anak anda selama beberapa jam.

Biarkan ia meresap dan pakaian sekolah anak anda akan menjadi lebih putih dan bersih!

3. Peluntur Oksigen/Oxygen Bleach – Bebas Klorin

Larutkan serbuk peluntur oksigen dengan air suam atau panas terlebih dahulu sebelum dicampur ke dalam air basuhan kain.

Kemudian rendam baju sekolah anak anda ke dalam air basuhan dan biarkan ia meresap selama mungkin, sehingga lapan jam atau semalaman.

Peluntur oksigen bertindak lebih perlahan daripada peluntur klorin, jadi pakaian anda akan selamat kerana ia bersifat kurang menghakis dan tidak merosakkan pakaian.

4. Tambah cuka putih

Selain digunakan dalam makanan, cuka juga boleh memutihkan pakaian, melembutkan kain, dan menghilangkan bau hapak pada kain sekolah anak anda.

Caranya mudah sahaja, semasa bilasan kain yang terakhir, tuangkan 1/4 cawan cuka putih ke dalam mesin basuh yang sedang membilas kain.

5. Sinaran Matahari

Cara paling mudah untuk memutihkan pakaian sekolah anak anda adalah dengan menyidai secara langsung di bawah sinaran matahari.

Matahari adalah peluntur semula jadi tanpa sebarang peluntur kimia.

Anda pun pasti tahu kan bagaimana jika anda meninggalkan sesuatu di bawah sinaran matahari untuk masa yang lama, ia akan bertukar menjadi putih akibat sinarnya.

Banyak kaedah pemutihan baju yang anda boleh cuba. Mudah pun mudah kan? Lepas ni bolehlah anak anda memakai baju sekolah yang putih bersih setiap hari ke sekolah.

Walau bagaimana pun, anda perlu sentiasa melihat petunjuk penjagaan baju pada label pakaian sebelum mencuba mana-mana kaedah pemutihan pakaian, kerana beberapa bahan pemutih ataupun suhu air yang tinggi tidak sesuai dengan fabrik kain anda.