Cara Cuci Karpet Rumah Sendiri? Ini Langkah Mudah Untuk Anda Lakukan

cara mudah cuci karpet rumah

Membersihkan karpet di rumah adalah tugas yang penting untuk menjaga kebersihan dan kesihatan persekitaran kita.

Karpet rumah terdedah kepada kotoran yang dibawa oleh tapak kaki, kasut, sisa makanan, dan bulu haiwan peliharaan.

Jadi, karpet rumah anda perlu sentiasa dibersihkan supaya karpet anda boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang, tidak berbau, dan kekal bersih.

READ: Syarat Kelayakan Diploma Pertanian Pelajar Lepasan SPM

Berikut adalah beberapa langkah yang anda boleh lakukan untuk mencuci karpet rumah:

Peralatan dan Bahan yang Diperlukan:

  • Penyedut habuk/vakum
  • Sabun pencuci karpet atau sabun detergen
  • Baldi besar
  • Berus lembut
  • Air panas
  • Kain pengelap
  • Mesin pencuci karpet jika ada

Langkah-langkah Mencuci Karpet Rumah Dengan Mudah

  1. Vakum karpet

Sebelum anda membasahkan karpet untuk dicuci, anda perlu memvakum terlebih dahulu segala debu, habuk, dan kotoran yang ada pada karpet.

Baca sini jika nak tahu apa itu ‘Vakum‘.

Ini akan memudahkan anda mencuci karpet yang dipenuhi debu dan partikel kecil lainnya.

2. Sediakan air sabun pencuci

Penyediaan air sabun pencuci ni sangat mudah!

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mencampurkan sabun pencuci dengan air panas.

Pastikan nisbah sabun pencuci dan air hangat sesuai, kerana sekiranya anda meletakkan kuantiti sabun yang terlalu banyak ia boleh menyebabkan karpet anda melekit.

3. Berus karpet

Bentangkan karpet rumah anda yang hendak dicuci di atas permukaan yang luas, rata, dan air boleh mengalir.

Jika anda mempunyai laman rumah yang luas dan berkonkrit, bolehlah mencuci karpet di halaman anda tersebut.

Untuk memberus karpet, gunakan sikat yang lembut bersama larutan sabun yang anda telah siapkan.

Pastikan anda tidak memberus karpet dengan terlalu keras supaya tidak merosakkan bulu karpet anda.

Sebaiknya anda berus karpet dengan lembut sahaja dan lebih fokus pada bahagian karpet yang memang jelas terdapat tompok kotoran.

4. Bilas dan Keringkan Karpet

Setelah anda berpuas hati mencuci karpet bersama air sabun tadi, anda boleh terus membilasnya dengan air bersih.

Pasti karpet anda dipenuhi buih sabun dan kotoran yang anda telah berus pada karpet tadi kan.

Untuk memudahkan anda membilas karpet, gunakan getah paip untuk menyembur air bersih dengan tekanan air yang tinggi.

Tapi, sekiranya anda tidak mempunyai getah paip, anda boleh sahaja gunakan baldi besar untuk membilas karpet.

Kemudian, gulung karpet anda dan tekan atau pijak dengan lembut untuk mengeluarkan lebihan air pada karpet.

5. Keringkan Karpet

Kemudian, gulung karpet anda dan tekan atau pijak dengan lembut untuk mengeluarkan lebihan air pada karpet.

Setelah karpet anda tidak terlalu basah, anda boleh terus menjemurnya di bawah sinaran matahari yang terik.

Selepas dah bilas karpet, terus jemur karpet anda tau! Jika tidak, karpet anda akan menjadi lembab sehingga menyebabkan bau hapak, menjadi sarang kutu hama dan bakteria.

6. Vakum sekali lagi

Setelah karpet anda betul-betul kering, gunakan vakum sekali lagi pada karpet anda untuk menyedut sisa-sisa serat karpet yang tertanggal dan memastikan kebersihan yang maksimum.

Karpet rumah anda perlulah kerap dibersihkan dengan berkala. Anda tidak semestinya perlu membasuh karpet rumah setiap kali, cukup dengan memvakum segala habuk dan kotoran yang terdapat pada karpet rumah.

Mungkin anda boleh membasuh karpet rumah sebulan sekali sahaja, tetapi tetap perlu memvakumnya setiap hari.