Syarat Kelayakan Diploma Pertanian Pelajar Lepasan SPM

Ramai yang nak masuk kursus peringkat diploma dalam bidang ini. Negara kita sekarang kini menitik beratkan kemajuan dalam bidang pertanian untuk keterjaminan makanan.

Syarat kemasukan DIploma Pertanian
Sumber: Kolej Felcra

READ: Syarat Kerja Offshore Perempuan – Kelayakan Asas Yang Perlu Anda Ada

Kursus ini juga dikenali sebagai Diploma Teknologi Pertanian. Kursus ini akan mengambil masa 5 semester.

Apakah syarat kelayakan Diploma Teknologi Pertanian? Sebenarnya anda boleh semak terus di kolej atau institut yang menawarkan kursus tersebut yang terdekat dengan anda.

Masi tengok apakah syarat kelayakan Diploma Pertanian. Ini adalah syarat kelayakan untuk ambil kursus ini di Kolej Felcra.

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengan minimum 3 kepujian dalam mana-mana matapelajaran termasuk mata pelajaran Sains dan Matematik; atau
  2. Lulus Sijil Keusahawanan, atau Sijil Asas Perniagaan atau Sijil Tahap 3 yang setara dari mana-mana PPT; atau
  3. Lulus Sijil Politeknik/Sijil Kolej Komuniti Tahap 3 dalam mana-mana bidang atau dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau setara dengannya: atau
  4. Lulus SPM dengan mendapat 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya Tahap 3 dalam bidang berkaitan, atau
  5. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf oleh Lembaga Akademik Kolej; atau
  6. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Kolej lain juga yang menawarkan kursus yang sama juga besar kemungkinan guna syarat kemasukan yang sama.

Untuk kepastian boleh berhubung terus dengan kolej atau institut terdekat dengan anda.

Mereka mungkin ada syarat kemasukan yang berbeza.