Syarat Kerja Offshore Perempuan – Kelayakan Asas Yang Perlu Anda Ada

Ramai juga tanya soalan ini, apa syarat kerja offshore untuk perempuan? Mungkin ramai kaum hawa yang berminat untuk kerja offshore.

Tentulah, ramai kata kerja offshore ini walaupun agak mencabar terutama untuk perempuan tetapi ada sahaja pekerja wanita di offshore.

Syarat kelayakan kerja offshore untuk perempuan
Valaris DPS-5 rig. Sumber: Lukoil

READ: Syarat Mohon Kerja Kapal Kargo Yang Perlu Anda Tahu

Individu yang berminat boleh semak syarat kelayakan asas masuk kerja offshore ini.

Ada 5 syarat kelayakan am jika nak masuk kerja offshore nie.

1. Calon berusia 18 tahun ke atas.

Lepasan SPM juga boleh apply kerja offshore nie, tapi biasanya syarikat yang nak ambil pekerja akan cari yang berpengalaman. Jika anda bernasib baik dan jumpa compay yang sudi ambil anda, kira rezikilah tu.

Ada baiknya anda masuk kursus di Institut Teknologi Petronas (INSTEP) untuk ambil kemahiran dan seterusnya selepas tu boleh apply kerja offshore.

Institut Teknologi PETRONAS (INSTEP – Batu Rakit Campus)
Lot 9764, Mukim Batu Rakit,
21020, Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman,
MALAYSIA
Tel: 609 – 669 6141
Fax: 609 – 669 6702
Email: instep@petronas.com.my

2. Safety Passport

Ini wajib. Cari istitut latihan yang menawarkan kursus untuk dapatkan Safety Passport nie.

Antara kursus yang biasanya wajib ambil untuk kerja offshore ialah;

  • Basic Sea Survival Course
  • HUET – Helicopter underwater escape training
  • Fire fighting

Lain platform mungkin lain keperluannya. Contohnya kalau oil rig Petronas wajib 4 kursus, manakala Exxonmobil pula wajib 3 kursus.

Memang agak mahal untuk ambil kursus-kursus ini. Kalau ikut TSTC boleh tanya terus mereka untuk maklumat lanjut.

Terengganu Safety Training Center Sdn Bhd
3572, Jalan Panchur,
Kawasan Perindustrian Teluk Kalong,
24000 Kemaman
Terengganu Darul Iman
Tell : 09-8623300
Fax : 09-8623302

3. Physically Fit

Kalau selalu sakit-sakit atau fizikal tak fit tak sesuai untuk pergi kerja offshore. Hidup kat atas platform minyak memang mencabar.

Banyak yang perlu anda tempuhi antaranya tempat kerja kotor, bahaya dan ditambah dengan cuaca di laut sana yang tidak menentu memerlukan fisikal yang fit untuk survive.

Belum lagi cabaran menghadapi pasukan kerja yang semua nak cepat dan mungkin kasar. Maklumlah kat atas platform minyak nie mencabar dan kadang buat orang stress.

4. Mentallity Fit

Yang lemah mental, tak boleh kena teriak, cepat terasa atau ambil hati memang susah nak kerja di offshore.

Mental anda kena tabah dan tahan lasak. So tanya diri apakah anda sanggup berhadapan dengan cabaran kerja offshore jauh di tengah laut.

5. Medical Check-up

Ini wajib dan penting. Untuk memeriksa tahap kesihatan anda. Paling penting seperti dah cakap tadi fizikal fit, jantung, paru-paru, mata dan semuanya OK barulah sesuai kerja offshore.

Sama ada anda perempuan atau lelaki, inilah kelayakan asas yang perlu anda ada untuk kerja offshore.

Yang selebihnya bergantung kepada reziki anda. All the best!