Cara Tuntut Dekoder MYTV Percuma Secara Online

Cara tuntut dekoder MYTV percuma secara online untuk yang layak. Semakan dan cara menuntut dekoder MYTV percuma secara online.

Persoalan sering bermain dalam fikiran kita ialah…

Siapa Yang Layak?

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) semuanya layak untuk mendapat dekoder percuma MYTV.

Jika anda adalah penerima BSH maka anda sebenarnya layak secara automatik.

Untuk membuat semakan status sama ada anda dapat atau tidak, semakan boleh dibuat secara online secara online dekoder MYTV anda di sini.

Jika anda layak, bagaimana pula cara menuntuk dekoder MYTV percuma anda tersebut. Part ini ramai yang keliru.

Nampak nama ada dalam senarai tetapi tidak tahu mana nak ambil atau tuntut dekoder tersebut.

Kali ini kami kongsikan cara tuntut dekorder MYTV yang tidak sampai ke rumah walaupun anda layak dan setelah membuat semakan online nama anda ada dalam senarai.

Harap selepas ini semua boleh rasa lega kerana pertanyaan anda telah ada jawapannya.

Cara Tuntut Dekoder MYTV Percuma Anda

Selepas anda membuat semakan dan anda tersenarai sebagai penerima, maka bolehlah anda bersedia untuk menuntut dekoder anda tersebut.

Sila ambil maklum bahawa dekoder percuma anda akan dihantar ke alamat yang sama dengan permohonan BSH anda dulu.

Oleh itu selalulah berhubung dengan ketua masyarakat (Ketua Kampung atau MPKK / JPKK) di mana BSH anda di alamatkan kerana mereka tahu bila dekoder tersebut sampai untuk diagihkan kepada para penerima.

Ada ketikanya dekoder anda tidak sampai-sampai atas sebab-sebab tertentu. Antara sebabnya ialah kawasan anda mungkin belum menerima liputan siaran MYTV.

Jika dihantar pun ada tidak boleh gunakan juga betul?

Liputan siaran rangkaian MYTV seluruh negara

Sila semak di sini sama ada kawasan anda telah tersenarai untuk menerima rangkaian siaran MYTV.

Oleh kerana jumlah penerima dekoder percuma adalah sama dengan jumlah penerima BSH, besar kemungkinan proses pengeluaran dan penyediaan dekoder tersebut juga terpaksa tunggu giliran.

Untuk keluarkan berjuta-juta dekoder percuma bukanlah perkara yang boleh dibuat dengan mudah. Mohonlah bersabar.

Na… sekarang persoalan seterusnya ialah…

Apa Yang Bestnya MYTV?

Rangkaian siaran MYTV ini free ke? Kita sedia maklum bahawa MYTV menawarkan rangkaian siaran yang banyak.

Walau bagaimanapun hanya berberapa siaran yang percuma atau dikategorikan sebagai FREEVIEW.

Ini bermaksud untuk menonton rankaian yang tidak termasuk dalam kategori tersebut anda terpaksa membuat langanan.

Lebih kurang macam ASTRO jugalah.

Kami akan menulis sedikit info mengenai cara-cara membuat langanan dengan MYTV pada masa akan datang untuk memudahkan anda.

Sebenarnya ada banyak tutorial diluar sana yang menerangkan cara-cara membuat langanan siaran atau channel MYTV yang boleh anda baca.

Sila lihat senarai rangkaian siaran percuma MYTV di bawah.

Banyak tak siaran yang ditawarkan di MYTV?

Senarai Siaran MYFREEVIEW

MYTV menyediakan siaran-siaran percuma (tidak berbayar) untuk saluran-saluaran TV yang tersenarai di bawah. Saluran lain yang berbayar juga sedia untuk anda langgan jika berminat dan berkenaan.

  • TV1 (HD)
  • TV2 (HD)
  • TV Okey
  • RTM Sports HD
  • RTM Bes HD
  • TV3 (HD)
  • CJ Wow Shop (Melayu)
  • CJ Wow Shop (Cina)
  • NTV7
  • 8TV
  • TV9
  • TV Al-Hijrah (HD)
  • Bernama News Channel

Dan juga siaran radio

  • Nasional FM
  • Traxx FM
  • Minnal FM
  • Ai FM
  • Klasik FM
  • Asyik FM

Harap-harap pada masa akan datang lebih banyak saluran TV yang berstatus FREEVIEW nanti.

Tidaklah kita bosan asyik menonton rancangan WOW SHOP dan saluran TV Perdana sahaja.

Diharapkan perkongsian cara tuntut dekorder MYTV percuma yang tidak sampai ke rumah ini bermanfaat kepada anda.