Tawaran Dermasiswa Zakat IPT Untuk Pelajar Cemerlang
Pelajar cemerlang dipelawa yang mendapat skor CGPA 3.0 dan ke atas untuk memohon dermasiswa berjumlah RM 5,000.
Tawaran ini dari Co-Opbank Pertama Berhad dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ-MAIWP) dan Zakat Pulau Pinang (ZPP)
Pemohon mestilah berasal dari isirumah berpendapatan dalam lingkungan B40 (bawah RM 4,850) hingga M40 (bawah RM 10,970)
Sumbangan dermasiswa ini adalah bersifat ‘One-Off’ di mana pelajar yang memohon boleh membuktikan kecemerlangan mereka.
Jika anda layak anda boleh buat permohonan secara online di https://bit.ly/dermasiswaCBP
Permohonan dibuka dari 1 May 2024 hingga 15 Jun 2024
Jika anda tidak menerima bayaran selepas 30 Julai 2024, permohonan anda dianggap tidak berjaya.
Pemohon mestilah membuka akaun simpanan Salam Co-opbank Pertama di cawangan berhampiran dengan anda.