Hantar Kereta Ke Semenanjung Dari Sabah Sarawak Kos & Cara

Hantar kereta ke Semenanjung harga pos atas kos hantar dari Sabah atau Sarawak. Penghantaran harta benda pulang semula ke tanah semenanjung adalah urusan yang harus dilalui oleh para penjawat awam yang pernah atau telah ditugaskan untuk bekerja di wilayah Sabah dan Sarawak.

Sebenarnya bukan hanya penjawat awam tetapi tetapi juga orang ramai yang ingin menghantar kereta mereka ke Semenanjug atas pelbagai alasan.

Sebenarnya artikel ini adalah bersifat kemaskini kepada artikel mengenai topik yang sama sebelum ini. Anda digalakkan baca artikel terdahulu mengenai prosedur dan kos hantar kereta ke Sabah atau Sarawak untuk maklumat lanjut.

Terdapat banyak perkara yang perlu diuruskan apabila ianya melibatkan kargo dan tentunya kenderaan merupakan salah satu urusan yang terumit.

Sebab itu kami seringĀ  ditanya info mengenai cara dan kos hantar kereta dari Sabah ke sana. Begitu juga proses dan prosedur hantar kereta dari Miri ke Semenanjung.

Nampaknya ada ramai yang ingin berurusan mengenai perkhidmatan kargo ke Semenanjung untuk tujuan tersebut dari 2 lokasi ini.

Kembali kepada topik kita, bagi mereka yang tempoh perkhidmatannya sudah melebihi lima tahun, bolehlah menarik nafas lega kerana mempunyai kelayakan untuk mendapatkan elaun kargo.

Urusannya juga agak mudah sebab cuma perlu mendapatkan surat rasmi daripada jabatan masing-masing dan segala prosesnya akan diuruskan oleh petugas yang dipertanggungjawabkan.

Namun bagi yang tidak layak mendapat elaun kargo, segala urusan yang berkaitan harus dilakukan dengan sendiri.

Jadi di sini suka untuk saya kongsikan lima langkah yang anda perlu lakukan sebelum hantar kereta ke semenanjung Malaysia dari Sabah atau Sarawak.

1. Dapatkan perkhidmatan kargo ke Semenanjung berserta quotation harga

Apa yang anda perlu lakukan pada langkah yang pertama adalah melakukan carian dan survey terhadap syarikat-syarikat yang menawarkan pekhidmatan penghantaran kargo.

Ada begitu banyak syarikat atau shipping company yang boleh membantu anda menguruskan proses hantar kereta ke Semenanjung dari Sabah dan Sarawak.

Terpulanglah kepada anda untuk memilih bergantung kepada keselesaan dan badget anda.

Ini penting bagi anda untuk mendapatkan harga yang berpatutan di samping servis yang memuaskan. Lakukan saja pencarian melalui Google ataupun di media sosial.

Terdapat banyak syarikat yang boleh didapati dan buatlah pilihan yang menepati bajet anda serta pakej dan servis yang ditawarkan turut menepati kehendak anda.

Terpulanglah kepada anda untuk memilik syarikat yang pada pendapat anda adalah sesuai dan kos pos atau harga hantar guna kargo bersesuaian dengan budget anda.

Biasanya syarikat kargo menawarkan empat jenis servis:

  • Port to Port – Pihak syarikat menguruskan penghantaran kenderaan anda ke pelabuhan yang berdekatan
  • Door to Port – Pihak syarikat menguruskan penghantaran kenderaan anda dari rumah ke pelabuhan
  • Port to Door – Pihak syarikat menghantar kenderaan anda ke destinasi yang anda mahukan dari pelabuhan
  • Door to Door – Kenderaan anda diambil di rumah dan dihantar terus ke alamat penghantaran

Hubungi syarikat kargo apabila anda sudah menemukan pakej yang anda mahu. Dapatkan penerangan secara jelas mengenai syarat-syarat yang berkaitan, termasuk barang-barang yang dibenarkan untuk dimasukkan dalam kereta semasa penghantaran dan juga senarai barang-barang larangan.

Setiap pakej ditawarkan dengan harga yang berbeza.

Kemudian dapatkan sebut harga pos atau quotation daripada pihak syarikat. Ia bertujuan untuk urusan penyediaan surat kepada bank bagi menyelesaikan proses pelepasan.

Antara perincian yang anda perlu berikan kepada pihak syarikat adalah termasuk nombor plat kenderaan, jenis kenderaan, dan alamat anda.

Selain itu, pemilihan tarikh penghantaran juga merupakan hal yang perlu anda titikberatkan kerana perjalanan ulang alik kapal akan mengambil masa selama beberapa hari termasuk proses custom clearance.

Justeru, kapal tidak berlayar pada setiap hari. Jadi sebaiknya hantar kenderaan anda dekat dengan tarikh pergerakan kapal supaya anda tidak perlu menunggu terlalu lama kerana tempoh penghantaran normal biasanya mengambil masa selama satu hingga ke dua minggu.

2. Pelepasan Bank

Penting untuk anda maklumkan kepada pihak bank supaya bank tidak menganggap anda cuba membawa lari kenderaan tersebut (sekiranya masih berhutang).

Satu surat rasmi perlu disediakan untuk anda membuat permohonan supaya bank dapat mengeluarkan surat pelepasan (release letter) bagi kenderaan tersebut dipindahkan ke semenanjung.

Tanpa release letter ini, kenderaan anda berkemungkinan besar akan ditahan oleh pihak kastam. Pihak syarikat juga boleh membantu anda menyediakan surat ini.

*** Langkah ini tidak tertakluk terhadap kenderaan yang telah habis dibayar.

3. Memohon Surat

Hantarkan dokumen-dokumen yang berikut kepada pihak bank:

  • Salinan kad pengenalan
  • Surat dari syarikat kargo
  • Quotation
  • Surat permohonan untuk menghantar kenderaan yang anda buat di langkah 2.

Setelah bank meneliti semua dokumen ini, anda akan diminta untuk mengisi borang kebenaran pemindahan kenderaan dari Sabah/Sarawak ke semenanjung Malaysia.

Kemudian anda hanya perlu menunggu sahaja surat pelepasan itu dikeluarkan oleh pihak bank yang kebiasaannya mengambil masa sekitar tiga hari bekerja.

4. Menghantar Dokumen

Setelah berhasil mendapatkan surat pelepasan yang juga disebut sebagai consent letter daripada bank, hantarkan semua dokumen yang telah diberikan oleh pihak bank itu kepada syarikat kargo dan disertakan bersama salinan geran kenderaan dan salinan kad pengenalan anda.

5. Periksa Barangan di Dalam Kenderaan

Sebelum kenderaan anda dibawa ke pelabuhan, lakukan pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan tidak ada barangan yang terlarang berada di dalam kenderaan.

Mungkin terdapat beberapa syarikat yang membenarkan anda mengisi barangan peribadi ke dalam kereta semasa penghantaran, dan ada juga yang tidak membenarkannya sama sekali.

Informasi tentang ini tentunya anda telahpun perolehi di langkah 1.

Sedikit peringatan buat anda yang mahu meletakkan sedikit barangan ke dalam kereta:

  • Pastikan barangan dibungkus kemas, dan lebih baik jika diwrap seperti di airport
  • Buat label pada setiap kotak
  • Jangan meletakkan barang-barang berharga
  • Pastikan tiada sebarang alatan elektrik dan elektronik
  • Keluarkan aksesori tambahan yang ada di dalam kenderaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tak diingini seperti kesan calar di dalam ruang kenderaan.

Itu saja lima langkah yang boleh saya jelaskan secara ringkas sebelum anda melakukan penghantaran kenderaan dari Sabah dan Sarawak ke semenanjung Malaysia secara kargo.

Suka juga untuk saya mention tentang cukai jalan (road tax) kenderaan. Buat yang belum tahu, kadar bayaran cukai jalan di Sabah/Sarawak adalah lebih rendah daripada semenanjung.

Dan jika mengikut undang-undang, kenderaan yang menggunakan cukai jalan Sabah/Sarawak hanya boleh digunakan di sana sahaja.

Namun begitu, dalam situasi tertentu yang menyebabkan anda terpaksa membawa kenderaan anda ke semenanjung, cukai jalan Sabah/Sarawak tersebut adalah masih sah digunakan di seluruh semenanjung dalam tempoh tiga bulan.

Sepanjang tempoh tersebut, anda hanya perlu memastikan kesemua dokumen yang mengesahkan pemindahan kereta seperti shipping invoice sentiasa ada bersama untuk dipamerkan kepada pihak berkuasa apabila perlu (misalnya jika anda berdepan dengan sekatan jalan raya).

Selepas tempoh tiga bulan berakhir dan sekiranya cukai jalan anda masih belum tamat tempoh, anda hanya perlu membayar kadar perbezaan harga cukai jalan bagi bulanbulan yang berbaki.

Segala perincian yang lebih mendalam tentang perihal ini boleh dirujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Semoga sedikit informasi umum mengenai prosedur hantar kereta ke Semenanjung dari Sabah atau Sarawak ini bermanfaat kepada anda. Harap urusan penghantaran kereta anda berjalan dengan lancar tanpa masalah.