Kerajaan Hadkan Pembelian Beras Putih Tempatan Dalam Usaha Menangani Gangguan Bekalan
Baru-baru ini terdapat kenaikan harga beras di negara kita. Ramai kata kenaikan itu hanya melibatkan beras import.
Benarkah demikian?
Menurut tinjauan tidak rasmi di pasar dan kedai, walaupun kerajaan ada menyatakan kenaikan itu tidak melibatkan beras tempatan dan hanya kepada beras import tetapi ada yang mengambil kesempatan.
READ: Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska Penjawat Awam
Begitu juga tedapat segelintir peniaga tidak bertanggungjawab membeli beras tempatan dengan jumlah besar dan repack semula guna pembungkus untuk beras import.
Tidak tahulah sama ada ianya ada betul-betul berlaku atau tidak tetapi fakta yang jelas kita hadapi sekarang ialah masalah bekalan beras dan harga telah naik.
Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan hadkan pembelian beras putih tempatan dalam usaha mengatasi perkara ini.
Sila rujuk kenyataan dari Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di bawah.
-
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menetapkan mulai 7 September 2023 had pembelian maksimum 100 kilogram (kg) beras putih tempatan (BPT) bagi setiap individu atau
-
syarikat berkuat kuasa serta-merta selaras dengan Peraturan 10 (1)(b) Peraturan-peraturan Kawal Padi dan Beras (Pelesenan, Pemborong dan Peruncit) 1996, dalam usaha menangani gangguan bekalan beras berkenaan.
-
Menurut Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood, pihaknya telah mengadakan pemeriksaan di bawah Op Jamin di seluruh negara secara berkala.
-
Dan mendapati segelintir peniaga membeli BPT sehingga 600 kampit untuk menjimatkan kos dan mengaut keuntungan mudah sekali gus menyumbang kepada ketiadaan stok di pasaran.
-
Justeru, pihaknya berkata terdapat keperluan mengehadkan kuantiti pembelian BPT mengikut ketetapan dalam peraturan sedia ada, walaupun ia tidak pernah dikuatkuasakan sebelum ini dan memaklumkan pelaksanaan fasa pertaman program tersebut akan dimulakan hari ini,
-
8 September 2023 dengan kerjasama pasaraya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan pasar tani seluruh negara. — Sumber: Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM)
Semoga dengan usaha kawalan dari kerajaan ini dapat sedikit sebanyak mengurangkan masalah kekurangan bekalan beras putih tempatan dan kenaikan harga yang sedang berlaku ketika ini.