Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska Penjawat Awam

Subsidi yuran pengasuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) diberikan kepada penjawat awam yang perlu menghantar anak mereka ke TASKA.

Tujuan subsidi ini diberikan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh golongan kakitangan awam kerajaan.

Sebanyak RM180 yuran subsidi diberikan bagi seorang anak yang sekolah di TASKA.

READ: Permohonan Skim Khairat Kematian (SKK)

Untuk pengetahuan anda, pembayaran yuran subsidi tidak dipegang sendiri oleh ibu bapa tetapi akan dibayar terus kepada pengusaha TASKA oleh syarikat di mana penjawat awam tersebut berkhidmat.

Bagaimana pula kalau yuran TASKA melebihi RM180 sebulan untuk seorang anak?

Sekiranya yuran sebulan melebihi jumlah subsidi, baki yuran selebihnya perlu ditanggung sendiri oleh pegawai berkenaan.

Bantuan subsidi yuran pengasuhan Taska untuk anak penjawat awam

Had Bilangan Anak yang Layak Terima Subsidi

Subsidi ini akan diberikan kepada setiap seorang anak pegawai yang dihantar ke TASKA.

Ini bermakna subsidi ini tiada had bilangan anak pegawai.

Walau bagaimana pun, subsidi hanya layak untuk anak pegawai yang berumur bawah empat (4) tahun pada tarikh anak mendaftar masuk di TASKA.

Kelayakan Pemohon

  • Anda mestilah seorang penjawat awam yang bergaji RM7,000 ke bawah.
  • Pada tarikh anak didaftar ke TASKA, anak mestilah berumur di bawah empat (4) tahun.
  • Subsidi yuran hanya akan diberikan jika TASKA tersebut berada di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan JKM.

Cara Memohon Subsidi

  1. Buat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.
  2. Isi borang permohonan dengan segala maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan permohonan anda disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama beberapa dokumen sokongan berikut:
  • Salinan penyata gaji
  • Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak
  • Sekiranya anak adalah anak angkat atau anak pelihara, maka bawakan Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara
  • Sekiranya anak tiri pula, bawakan bersama Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut
  • Salinan penyata gaji suami/isteri
  • Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai

Borang Untuk Memohon

Sekiranya ingin memohon, anda boleh memuat turun Lampiran A bagi mendapatkan Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan TASKA.

Bantuan ini bermanfaat kepada para penjawat awam yang menghadapi kesukaran untuk membayar yuran taska untuk anak-anak mereka. Seterusnya ini akan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh penjawat awam.