Harga Pos Motor ke Sabah – Bandingkan Harga Penghantaran Terbaik Bagi Anda

Jika anda bercadang untuk ke negeri Sabah, mungkin salah satu benda yang anda ingin bawa bersama adalah motosikal anda.

Logiknya, anda tidak boleh menunggang motor anda sendiri ke Sabah tanpa perkhidmatan pengangkutan laut ataupun udara.

Anda pun tahu kan, Sabah dan Semenanjung Malaysia dipisahkan oleh Laut Cina Selatan, jadi bagaimana anda nak membawa motor anda ke negeri yang merentasi laut ini?

Untuk menjawab persoalan anda, mari baca lebih lanjut!

Sebenarnya, ada cara untuk anda jika ingin membawa motor anda ke Sabah.

Caranya adalah melalui perkhidmatan penghantaran laut.

Pos motor ke Sabah Sarawak

Sebelum anda menghantar motosikal anda, anda perlu mematuhi beberapa prosedur yang ditetapkan.

Mari kita lihat prosedur tersebut.

READ: Pos Kereta Ke Sabah Sarawak

Keperluan Dokumentasi

Keperluan Dokumen Bagi Motosikal Milik Persendirian:

  • Pemilik mesti menyediakan salinan Kad Pengenalan ataupun Passport.
  • Pemilik perlu mengemukakan salinan geran ataupun kad kenderaan.
  • Sekiranya kereta masih dalam status loan ataupun pinjaman, anda perlu mengemukakan surat pelepasan daripada bank yang anda loan semasa membeli motorsikal tersebut.

Keperluan Dokumen Bagi Motosikal Milik Syarikat / Organisasi/Jabatan:

  • Pemilik mesti meyediakan salinan Kad Pengenalan ataupun Passport pengarah syarikat.
  • Syarikat perlu mengemukakan dokumen SSM-Borang 9, 24, 49 bagi kenderaan syarikat.
  • Pihak jabatan perlu menyediakan surat arahan penghantaran bagi kenderaan jabatan.
  • Sediakan salinan geran ataupun kad kenderaan sebagai bukti pemilikan.
  • Sekiranya kereta masih dalam status loan ataupun pinjaman, anda perlu mengemukakan surat pelepasan daripada bank yang anda loan semasa membeli motorsikal tersebut.

Agensi Yang Menawarkan Penghantaran Motosikal Ke Sabah

Terdapat banyak shipping agent yang boleh menguruskan hal atau keperluan anda ini. Senarai di bawah adalah sebahagian dari shipping agent.

Selain mereka ada banyak lagi.

1. AyuMart

AyuMart adalah salah satu syarikat penghantaran pos hantar kenderaan ke Sabah dan Sarawak.

Anda tidak perlu risau tentang lokasi syarikat mereka kerana mereka beroperasi di beberapa buah negeri iaitu di Klang, Ipoh, Kuching, Bintulu, dan Kota Kinabalu.

Anda boleh lah mengirim motor anda ke Sabah dari salah satu lokasi syarikat mereka.

Staff AyuMart akan membuat pemeriksaan rapi terhadap motor anda sebelum dihantar ke Sabah, jadi anda tidak perlu risau tentang keselamatan kenderaan anda.

Harga Penghantaran Semenanjung Ke Sabah:

  • Motosikal CC<150 RM750
  • Motosikal CC>150 RM750

Pautan tempahan dan pembayaran:
https://www.ayumart.my/payment/

2. KGTRANS Kilauan Gemilang Trading

Kalau anda nak tahu, agensi ini telah beroperasi sejak tahun 2015 lagi!

Jadi mereka sememangnya berpengalaman dalam hal menguruskan penghantaran motosikal melalui kapal laut sama ada ke Sabah, Sarawak, mahupun ke Semenanjung.

Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan mereka, anda boleh datang ke salah satu pelabuhan utama mereka iaitu di Port Klang, Kota Kinabalu, dan Kuching.

Harga Penghantaran Semenanjung Ke Sabah:

  • Motor Besar CC>150 RM1099
  • Motor Kapcai CC<150 RM1020

Pautan tempahan dan pembayaran:
https://www.kgtrans.com.my/price/

3. Nizaf Mover & Logistics Sdn Bhd

Jika anda mencari syarikat yang menawarkan pelbagai jenis pakej penghantaran motosikal dengan faedah yang berbaloi, Nizaf Mover adalah pilihan yang tepat untuk anda!

Selain menawarkan 3 pakej yang berpatutan, mereka juga menyediakan insurans marin, pemeriksaan percuma, dan beberapa pilihan penghantaran mengikut kesesuaian dan kehendak pengguna.

Harga Penghantaran Semenanjung Ke Sabah:

a. Pakej VIP RM1509

  • Penghantaran pintu ke pintu. Anda tidak perlu datang ke pelabuhan mereka kerana mereka yang akan mengambil motor anda di rumah dan mengantarnya ke alamat baharu.
  • Perlindungan insurans.
  • Pengambilan bagi jarak 25KM
  • Hadiah percuma sama ada keychain, pemegang roadtax, ataupun kunci rantai motor.

b. Pakej premium RM1179

  • Penghantaran pelabuhan ke pelabuhan. Bagi pakej ini, pihak Nizaf Mover yang akan menguruskan penghantaran kenderaan ke pelabuhan. Setelah motor anda tiba di pelabuhan di Sabah, anda perlu mengambilnya sendiri.
  • Perlindungan insurans.
  • Hadiah percuma sama ada keychain, pemegang roadtax, ataupun kunci rantai motor.

c. Pakej asas RM1029

  • Penghantaran pelabuhan ke pelabuhan.

Pautan borang tempahan penghantran motosikal:
https://nizafmover.com/booking-slot-roro/

4. Poslaju Malaysia

Pasti ramai yang baru tahu kan? Poslaju bukan setakat menghantar barangan biasa sahaja, motosikal pun!

Jika anda menggunakan perkhidmatan Poslaju untuk menghantar motosikal banyak faedah yang anda boleh peroleh, antaranya:

  • Anda boleh menghantar motor anda dari mana-mana cawangan Poslaju.
  • Anda boleh tahu kedudukan semasa motor anda melalui talian AskPos.
  • Untuk menjamin keselamatan motor anda, Poslaju menyediakan pembungkusan gelembung motor dengan harga RM20 sahaja.
  • Poslaju juga menyediakan perlindungan insurans dengan tuntutan pampasan maksimum sehingga RM1000.

Harga penghantaran Semenanjung ke Sabah

Senarai harga pos motor ke Sabah guna pos laju

Nota: Bagi kategori pelajar, anda perlu kemukakan kad pelajar yang sah untuk mendapatkan pakej pelajar.

Cara Tempahan

Jika anda hendak membuat tempahan (booking), anda pergi sahaja ke kaunter cawangan Poslaju dan minta borang untuk pos motosikal ke Sabah.

Anda perlu isi dua borang dengan lengkap, kemudian buat pembayaran mengikut jenis motor dan destinasi penghantaran.

Mudah saja kan!

Antara 4 syarikat yang menawarkan perkhidmatan penghantaran motosikal ke Sabah, anda boleh cuba menggunakan salah satu daripadanya mengikut kesesuaian anda.

Setiap syarikat mempunyai kelebihan masing-masing dari segi jenis penghantaran, masa penghantaran, harga, dan sebagainya.

Sebenarnya ada banyak lagi syarikat yang membuat perkhidmatan tersebut, tetapi anda haruslah bijak memilih dan menilai untuk mengelak daripada sebarang penipuan.