Jadual & Harga Tiket Bas Ke Alor Setar Dari Kuala Lumpur
Harga tiket bas ke Alor Setar Kedah dari RM41.00 dari Kuala Lumpur dan juga informasi jadual perjalanan bas.
Ada sesiapa hendak berkunjung ke Kedah negeri yang terkenal dengan jolokan ‘Jelapang Padi Malaysia’?
Mesti semua pernah dengar frasa tersebut. Memang tepat dengan namanya, negeri pengeluar padi yang utama di Malaysia.
Kedah adalah negeri yang agak popular untuk dilawati. Apa yang menyebabkan Kedah popular adalah kerana ianya juga adalah gateway ke Pulau Langkawi.
Tetapi bukan kerana Langkawi sahaj tau, ada banyak spot popular wajib lawat kat kedah nie.
Penumpang boleh book tiket bas online >> DI SINI
Sedikit info untuk orang ramai yang hendak berkunjung ke Langkawi dari Kuala Kedah.
Cara paling murah nak ke Kedah ialah naik bas ekspress.
Kali ini kami nak share dengan anda sedikit maklumat mengenai harga tiket bas untuk ke Alor Setar Kedah dari berberapa destinasi utama di Semenanjung Malaysia.
Harga Tiket Bas Ke Kedah
Harga tiket bergantung kepada dari terminal bas mana anda menaiki bas.
Antara bas ekspress yang popular untuk ke Kedah ialah Mara Liner.
Mengapa Alor Setar? Ini kerana Alor Setar adalah ibu negeri Kedah, sudah tentu bas express yang hendak ke Kedah akan berhenti di Terminal Bas Shahab Perdana di Alor Setar.
Harga tiket bas di bawah adalah mengikut harga tambang termurah yang dipaparkan di applikasi online Easybook.com iaitu portal booking tiket bas online yang paling popular di Malaysia.
Melalui applikasi online mereka juga anda boleh dapatkan senarai bas ekspress ke utara bersama jadual bas dan juga harga tiket.
Boleh rujuk contoh paparan harga tambang dan jadual perjalanan bas dari applikasi easybook.com di bawah.
Dengan applikasi online tersebut, anda bolehlah buat perbandingan harga dan check trip bas express mengikut kesesuaian dengan anda.
Sila rujuk harga tiket bas dari TBS ke kedah, Ipoh, Shah Alam, Lumut, Johor, Kelantan, Kuantan dan Terengganu ke terminal bas Alor Setar untuk info anda.
- Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Alor Setar – Dari RM41.00 / pax
- Ipoh ke Alor Setar – Dari RM20.00 / pax
- Shah Alam ke Alor Setar – Dari RM47.30 / pax
- Lumut ke Alor Setar – Dari RM30.00 / pax
- Johor ke Alor Setar – Dari RM66.00 / pax
- Kelantan ke Alor Setar – Dari RM38.50 / pax
- Kuantan Pahang ke Alor Setar – Dari RM62.70 / pax
- Terengganu ke Alor Setar – Dari RM51.60 / pax
Harga tiket bas ke Alor Setar Kedah ini mungkin akan berubah dari masa ke semasa.
Tarikan Pelawat Di Kedah
Nama Pulau Langkawi sering muncul dalam fikiran jika berkunjung ke Kedah. Kelihatan seperti hanya Langkawi tarikan pelancong ke negeri tersebut.
Sebenarnya selain Langkawi ada banyak tarikan pelancong yang boleh anda lawat di negeri Kedah.
Jangan risau ada banyak perkara menarik di Kedah yang boleh membuatkan kunjungan anda berbaloi.
Di bawah kami kongsikan sekurang-kurangnya 10 ‘must see’ di Kedah. Antaranya seperti di bawah;
- Lembah Bujang
- Kuala Kedah Fort
- Gunung Jerai – Kedah Peak
- Alor Setar Heritage Trail
- Muzium Padi
- Gunung Keriang
- Pulau Langkawi
- Tree Top Walk Sungai Sedim
- Kota Kuala Muda Tsunami Memorial
- Merdeka Bridge
Kalau hendak tahu lebih details mengenai tempat-tempat yang disenaraikan di atas, anda boleh layari laman website rasmi Majlis Bandaraya Alor Setar.
Di sana ada senarai lengkap berserta maklumat terperinci setiap tarikan pelancong yang terdapat di bandar tersebut.
Selain itu ada banyak website melancong yang memuatkan info yang lengkap mengenai tarikan pelancong tersebut secara online.
Maklumat tentang tempat-tempat menarik tersebut banyak dalam internet. Sebenarnya ada banyak lagi. Yang selebihnya anda carilah sendiri.
Kalau hendak ditulis terperinci setiap satu di sini ianya agak panjang dan memerlukan masa.
Hotel Berhampiran Terminal Bas Alor Setar
Soalan, di mana lokasi hotel-hotel yang terletak berdekatan dengan terminal bas? Nanti bila sampai ke Alor Setar tentu ramai yang hendak cari hotel penginapan.
Ada baiknya cari hotel yang berhampiran dengan terminal bas untuk memudahkan anda mendapatkan bas kelak tanpa perlu berjalan jauh atau sewa teksi atau Grab.
Di sini kami kongsikan senarai hotel yang berhampiran dengan stesen bas Alor Setar untuk anda.
- Tanjak Motel – Jarak dari terminal bas 0.12 KM. Harga dari RM63
- Hijrah Hotel – Jarak dari terminal bas 0.38 KM. Harga dari RM54
- Hotel Lavender – Jarak dari terminal bas 1.03 KM. Harga dari RM71
- New Regent Hotel – Jarak dari terminal bas 1.49 KM. Harga dari RM431
- The Leverage Business Hotel (Bandar Baru Mergong) – Jarak dari terminal bas 1.71 KM. Harga dari RM105
- Hotel Royale Signature – Jarak dari terminal bas 1.88 KM. Harga dari RM188
- Grand Alora Hotel – Jarak dari terminal bas 1.89 KM. Harga dari RM201
- Hotel ASRC – Jarak dari terminal bas 2.01 KM. Harga dari RM63
- Hotel Seri Malaysia – Jarak dari terminal bas 2.12 KM. Harga dari RM109
- Starcity Hotel – Jarak dari terminal bas 2.12 KM. Harga dari RM167
- Fuller Hotel Alor Setar – Jarak dari terminal bas 2.12 KM. Harga dari RM117
Untuk book hotel atau perlukan maklumat lebih terperinci mengenai hotel-hotel tersebut bolehlah tanya pakcik Google atau contact terus hotel tersebut.
Informasi Berkaitan
Tambang bas dari bandaraya Ipoh di Perak ke Alor Setar Kedah dari RM 24.00 sehala.
Ada. Anda boleh semak harga dan book tiket kereta api (ETS) melalui laman website rasmi KTMB. Menaiki kereta api adalah pilihan terbaik untuk ke bandar Alor Setar jika anda tidak mahu menaiki bas express atau kapal terbang.
Jarak perjalanan menggunakan bas atau kereta dari KL ke Alor Setar adalah lebih kurang 435 KM. Jangka masa perjalanan bas adalah lebih kurang 5 hingga 6 jam bergantung kepada situasi lalulintas semasa.