Houseboat Tasik Kenyir Senarai Pakej Untuk Pengunjung

Houseboat Tasik Kenyir sedikit informasi mengenai senarai pakej untuk para pengunjung yang ingin mencuba pengalaman tersebut. Sejak memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP), kita sudah boleh merentas negeri untuk menziarahi ahli keluarga dan melancong dalam negara. Pasti sudah ramai yang telah merancang untuk percutian bila keadaan sudah semakin baik kelak.

Tahun lepas dan tahun ini memang para pengusaha produk pelancongan menghadapi saat sukar kerana PKP yang berterusan. Kita berharap keadaan akan kembali pulih dan aktiviti riadah dan pelancongan boleh beroperasi semula seperti biasa.

Anda boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Melawat tasik peranginan sering menjadi pilihan ramai. Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang telah merancang perjalanan dan termasuklah menempah hotel. Bagi mereka yang meminati aktiviti pelancongan, anda pasti pernah dengar tentang sebuah tasik yang terkenal di Hulu Terengganu iaitu Tasik Kenyir.

Tasik Kenyir ini adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985.

Bukan itu sahaja, Terdapat 14 air terjun dan antara air terjun yang pasti menggamit hati pengunjung ialah air terjun Lansir, Petuang Rapid, Tembat, Lata Terap, Air Terjun Soak, Petang dan Sungai Bewah. Anda mesti tidak akan lepaskan peluang jika dapat bercuti di sana.

Penginapan bukan satu masalah di sana. Anda mempunyai pilihan yang agak banyak. Jangan risau soal hotel atau penginapan.

Untuk pengetahuan anda, terdapat satu tarikan pelancong yang ada di tasik tersebut iaitu mencuba pakej houseboat yang ada disediakan untuk anda jika bercuti di sana. Bayangkan anda menginap di atas houseboat yang akan belayar dari satu tempat ke satu tempat lain di tasik tersebut.

Pastinya ianya adalah suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tidak hairanlah pakej houseboat di tasik ini sering ‘fully booked’ atas habis ditempah terutama semasa musim cuti.

Pakej houseboat ini sebenarnya amat sesuai untuk yang berkeluarga. Walau bagaimana pun pelancong yang bukan dalam kuantiti yang ramai juga boleh mencubanya.

Pakej Houseboat Di Tasik Kenyir

Tentatif ini hanya untuk rujukan sahaja. Ia tertakluk juga kepada perubahan dan perbincangan antara pelancong atau pengunjung dan syarikat penyedia perkhidmatan tersebut. Kebiasaannya, pakej untuk houseboat di tasik tersebut adalah seperti berikut:

1. 2 HARI 1 MALAM

Pakej ini tersedia untuk dua hari dan satu malam sahaja. Untuk hari pertama, anda akan bergerak ke Air Terjun Lasir, iaitu air terjun terbesar di Tasik Kenyir.

Selain itu anda akan melakukan aktiviti rutin seperti sarapan, memancing dan sebagainya. Kemudian pada hari kedua, anda akan bergerak Empangan Kenyir.

2. 3 HARI 2 MALAM

Pakej ini pula tersedia untuk tiga hari dan dua malam sahaja. Untuk hari pertama, anda akan berada di pusat maklumat dan seterusnya ke Bukit Bewah.

Hari kedua pula akan pergi ke Air Terjun Lasir untuk jungle trekking dan melawat flora dan fauna.

Hari ketiga pula anda akan bersarapan kemudian pulang ke Empangan Kenyir.

3. 4 HARI 3 MALAM

Pakej ini tersedia untuk empat hari dan tiga malam sahaja. Untuk hari pertama, anda akan pergi ke Taman Negara di Sungai Cacing selepas Sungai Buweh.

Hari kedua ialah aktiviti rutin seperti sarapan, memancing dan berenang. Sama juga seperti hari ketiga dan keempat.

Untuk pengetahuan anda, harga pakej tersebut adalah termasuk:
1. 2 dorm (10 orang untuk 1 dorm)
2. 2 bilik vip (Muat 3 orang untuk 1 bilik)
3. Ruang TV & Karoke (Indoor activities)
4. Ruang BBQ
5. Ruang Santai (Balcony full seaview)
6. Ruang Dapur dengan semua kelengkapan memasak
7. Ruang Makan
8. Ruang Memancing (Outdoor activities)
9. 2 Speed boat kecil (muat 3 atau 4 orang)
10. GUIDE & CREW yang profesional dan berpengalaman mengendalikan houseboat

Harga Pakej

Harga setiap pakej tertakhluk kepada kapasiti orang keluarga yang menempah. Terdapat tiga kategori untuk setiap pakej yang berbeza. Harga pakej houseboat antara pengusaha juga mungkin berbeza. Begitu juga pada musim-musim cuti panjang memang akan berlaku pertambahan pengunjung yang mendadak.

Sila rujuk jadual harga pakej di bawah sebagai panduan anda.

Senarai harga pakej houseboat di Tasik Kenyir

Untuk dua hari satu malam, anda hanya perlu membayar sebanyak RM 268.00 jika satu keluarga berjumlah 15 orang. Jika berjumlah 10 orang, anda perlu membayar sebanyak RM 338.00.

Sebagai peringatan untuk anda, houseboat itu dilengkapi dengan tilam, lantai seperti di rumah, jaket keselamatan dan kemudahan asas.

Kumpulan keluarga yang kurang daripada 10 orang boleh dipertimbangkan pada kos yang minima. Malahan, kanak kanak yang berumur 12 tahun ke bawah akan diberi diskaun 50% dari kadar dewasa.

Maklumat Perhubungan

Itu sahaja perkongsian kami mengenai pakej houseboat di Tasik Kenyir. Jika ada berminat untuk bercuti di Tasik Kenyir, anda boleh melayari salah satu laman web yang beroperasi di Tasik Kenyir itu sendiri di https://www.kenyirlake.com/.

Sebenarnya ada banyak lagi syarikat pelancongan yang menawarkan pakej. Anda boleh cuba cari sendiri di internet.

Anda juga boleh menanyakan soalan di email mereka, sales@kenyirlake.com ataupun berhubung melalui telefon(609-6262020).

Datanglah beramai ramai bersama ahli keluarga ke Tasik Kenyir. Bak kata pepatah, jauh berjalan luas pengalaman.

Semoga perkongsian sedikit informasi mengenai pakej houseboat Tasik Kenyir ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama memperkasakan dan menyokong industri pelancongan dalam negara kita.