Jadual Feri Penang Terkini & Promosi Tambang Percuma
Tahukah anda bahawa perkhidmatan feri Pulau Pinang kini telah dinaiktaraf dan dipertingkatkan dengan kehadiran 4 feri yang dikenali dengan nama Teluk Bahang, Teluk Kampi, Teluk Duyung dan Teluk Kumbang.
Semua namanya diambil sempena nama-nama teluk terkenal di Penang. Nampak tak?
Mungkin ini bertujuan untuk mempromosi tempat-tempat pelancongan yang ada di negeri tersebut.
Feri ini akan menghubungkan atau membawa penumpang dari Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) Butterworth dan Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU).
Dengan ketibaan 4 feri baru ini, kapasiti khidmat feri menghubungkan 2 destinasi tersebut telah dipertingkatkan.
Jadual Feri Pulau Pinang Terbaru
Seperti dah sebut tadi, sudah tentu ada jadual feri menghubungkan PSAH dan PRTU yang baru.
Feri penang memiliki kapasiti memuatkan 150 penumpang pejalan kaki, 50 penumpang bermotorsikal dan berbasikal.
Setiap hari 3 feri akan beroperasi. Manakala 1 feri diletakkan standby jika diperlukan. Contohnya feri mengalami kerosakan atau sebagainya.
Perkhidmatan yang telah dinaiktaraf ini kini mampu memuatkan 250 penumpang dan 50 kenderaan beroda dua dalam setiap perjalanan.
Masa perjalanan juga telah menjadi lebih singkat iaitu 10 minit sahaja berbanding 20 minit sebelum ini.
Sila rujuk gambar di bawah untuk jadual terbaru feri Pulau Pinang berkuatkuasa mulai 7 Ogos 2023.
Jadual ini dikeluarkan oleh Penangport.
Promosi Tambang Feri Percuma
Untuk menggalakkan masyarakat menggunakan feri Penang, Penangport ada melancarkan promoso Tiket Feri Percuma.
Promosi ini terpakai untuk semua pengguna feri warganegara dan bukan wargnegara.
Nah,tunggu apa lagi, gunakan peluang ini untuk mengalami perkhidmatan feri Penang yang telah dinaik taraf.
Rujuk gambar di bawah untuk promosi tambang feri Pulau Pinang percuma ini.
Jika anda memilik pertanyaan atau perlukan maklumat lebih lanjut hubungi talian Hotline 04-3102363
Semoga informasi ini bermanfaat kepada anda.