Feri Penang Ke Langkawi: Jadual & Harga Tiket

Feri Penang ke Langkawi harga tiket dari RM 73.60 dan info jadual perjalanan ferry. Ramai yang fikir untuk ke Langkawi menaiki ferry dari jeti Kuala Kedah dan Kuala Perlis sahaja. Sebenarnya anda juga boleh mengunjungi pulau peranginan tersebut menaiki feri dari Penang. Ianya lebih menarik kerana anda juga berpeluang berjalan-jalan di bandaraya George Town Penang.

Penumpang oleh booking tiket ferry secara online >>> DI SINI

Sebenarnya ramai yang menggunakan route (laluan) ini untuk berkunjung ke Pulau Langkawi.

Langkawi merupakan sebuah pusat pelacongan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia serta pelancong asing. Biasanya, para pengunjung menggunakan perkhidmatan feri ataupun kapal terbang untuk mengunjung ke kawasan ini. Di sini kami berkongsi info perkhidmatan feri yang boleh anda gunakan untuk pergi ke Langkawi iaitu dari Penang.

Perkhidmatan Feri Penang Ke Langkawi

Setakat ini ada berberapa syarikat yang mejalankan / menguruskan perkhidmatan feri penumpang ke Langkawi iaitu Super Fast Ferry Ventures Sdn. Bhd. Terdapat 4 syarikat feri yang memberikan perkhidmatan ke Pulau Langkawi dari Penang.

Rujuk senarai di bawah untuk info;

  • Langkawi Ferry Services Sdn Bhd
  • Express Bahagia Sdn Bhd
  • Langkawi Saga Travel & Tours Sdn Bhd
  • Sejahtera Ferry Services Sdn Bhd

Senarai harga tiket dan jadual perjalanan feri ada di bawah. Kalau ada masa teruskan membaca info lanjut.

Senarai Harga Tiket Feri Dari Penang

Berikut ialah harga tiket feri dari Penang ke Langkawi. Anda boleh beli tiket feri sehala (one way) dan dua hala (two way).  Terpulang kepada penumpang. Ramai penumpang feri yang parking kereta mereka di bandaraya George Town Penang untuk ke Langkawi.

Sila rujuk jadual tambang ferry ke Langkawi di bawah;

A. Penang ke Langkawi (one way)

Senarai harga tiket sehala dari Penang ke Langkawi yang terkini

B. Penang ke Langkawi (two way)

Senarai harga tiket feri two way dari penang ke Langkawi yang terkini

Harga tiket feri ini boleh berubah dari masa ke semasa. Anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan pihak pengusaha feri untuk mendapatkan info harga tiket terkini.

Jadual Perjalanan Feri

Untuk perjalanan menaiki feri dari Penang ke Langkawi hanya ada 2 perjalanan setiap hari buat masa ini. Setiap hari akan ada 2 trip dari Penang ke Langkawi dan 2 trip dari Langkawi ke Penang.

Sila rujuk jadual perjalanan feri di bawah. Anda boleh booking tiket feri mengikut kesesuaian masa perjalanan anda.

Masa perjalanan:

  • 8.30 am- 10.45 a.m
  • 2.00 pm- 4.45 pm

Tempoh perjalanan dari Penang ke Langkawi adalah lebih kurang 2 jam 45 minit sahaja. Rasanya tidaklah terlalu lama kerana sepanjang perjalanan anda boleh menikmati pemandangan laut yang luas terdampar.

Nota: Jadual perjalanan ini adalah untuk hari-hari yang normal. Pada musim-musim perayaan di mana permintaan akan melambung tinggi, tidak mustahil pihak pengusaha ferry akan menambah jumlah perjalanan feri untuk laluan tersebut.

Maklumat Perhubungan

Mungkin ada yang perlu ditanya, maklumat yang perlu diketahui bolehlah guna maklumat perhubungan di bawah. Anda boleh juga layari website rasmi Super Fast Ferry Ventures Sdn. Bhd untuk maklumat lanjut.

Kaunter Tiket di Penang

Ground Floor, Bangunan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang No.1, Pesara King Edward, 10300 Penang, Malaysia.
Tel: 604-2620802
No. Telefon: 6016-4160802
Fax: 604-2620445
Email: sffvpenang.ticket@gmail.com

Waktu Operasi Kaunter di Penang:

  • Isnin hingga Sabtu (7.00 am- 6 pm)
  • Ahad/ Cuti Umum (7.00 am- 3.00 pm)
  • Bulan Puasa (7.00 am- 5.30 pm)

Pusat bertolak (Jeti Penang ke Langkawi):  Swettenham Pier Cruise Terminal, No. 1A, King Edward Place,, Pengkalan Weld, 10300 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

Anda boleh gunakan lokasi (Google Map) di bawah untuk mendapatkan lokasi terminal feri Penang. Tidak juga terlalu susah untuk locate terminal tersebut kerana ianya tidak jauh dari Fort Cornwallis Penang.

Rujuk lokasi Google Map di bawah untuk lokasi.

Book Hotel Di Langkawi

Langkawi bukan sahaja terkenal untuk tempat lawatan menarik malah turut memiliki hotel-hotel yang selesa dan mewah untuk para pelancong. Di sini, kami berkongsi beberapa pusat penginapan atau hotel untuk para pelancong yang mengunjungi ke Langkawi.

1. Adya Hotel

Hotel ini terletak di Kuah, berdekatan dengan Jeti Kuah. Bagi para pelancong yang ingin mencari tempat rehat berdekatan dengan Jeti Kuah, ini merupakan tempatnya. Turut, paelancong boleh menikmati kolam renang yang khas untuk wanita dan kanak- kanak. Bilik-bilik di hotel ini sangat luas dan bercorak pembinaan moden. Hotel ini turut berdekatan dengan kedai makanan segera seperti KFC dan MarryBrown. Harga untuk sebilik per hari bermula dari RM 220.

2. The Smith House

Bilik-bilik di sini amat luas serta dibina berdasarkan unsur pembinaan moden. Biasanya para pelancong suka menikmati kolam renang yang terletak di atas bumbung yang hip. Kawasan ini sangat dekat dengan lapangan terbang dan sesuai bagi pelancong yang ingin berehat di suasana sunyi jauh dari kesibukan bandar. Harga bilik biasanay bermula dari RM 229.

3. The Andaman

Resort ini sangat unik dan amat popular dalam kalangan pasangan suami isteri yang datang berbulan madu. Lokasi resort ini terletak di antara pantai yang cantik dan hutan hijau. Antara kemudahan eksklusif yang terdapat di resort ini ialah pembancuh kopi peribadi di setiap bilik. Pelancong turut berpeluang untuk melihat unggas di sekitar kawasan hotel. Harga bilik bermula dari RM 960.

4. Tanjung Rhu Resort

Resort ini bukan sahaja terkenal untuk honeymoon malah turut memiliki panaroma yang terbaik di Langkawi. Kawasan ini terletak di Tanjung Rhu dan oleh itu, para pelancong berpeluang menikmati salah sebuah pantai tercantik di dunia. Bilik-bilik di resort ini amat besar serta luas. Turut terdapat kolam renang untuk golongan dewasa serta kanak-kanak. Kawasan di sini amat tenang dan sunyi. Harga bilik biasanya bermula dari RM 988.

5. Sunset Beach Resort

Resort ini amat tenang dan sunyi serta terletak berdekatan dengan kawasan pantai. Pantai Cenang terletak 5 minit dari kawasan ini. Para pelancong boleh menikmati panaroma laut yang cantik ketika menginap di sini. Harga bilik di resort ini turut murah dan hanya dalam RM 170.

6. Nadias Hotel

Hotel ini terletak di Cenang dan merupakan antara hotel- hotel yang mempunya kadar sewa yang berpatutan. Bilik-bilik di sini berbentuk moden serta luas untuk para pengunjung. Kawasan ini terletak berdekatan dengan kawasan pantai dan memiliki kemudahan seperti kedai makanan serta fasiliti ATM. Harga bilik boleh bermula dari RM 179.

7. The Danna

Hotel ini merupakan salah satu hotel yang menarik dan mempunyai ramai peminat tegar. Para pelancong boleh menikmati panaroma kapal berlabuh serta kolam renang yang cantik. Bilik- bilik di sini sangant luas dan berciri moden. Pelancong turut boleh menikmati urutan bahu percuma dan kawasan ini sangat berdekatan dengan kereta kabel Langkawi. Bagi pengunjung yang ingin melawat kereta kabel, anda boleh bersinggah di hotel ini. Harga bilik bermula dari RM 988.

Selain hotel-hotel di atas, pengunjung juga boleh buat tempahan untuk homestay. Ramai yang perfer untuk sewa homestay di Langkawi terutama yang membawa keluarga. Boleh memasak dan sebagainya seperti di rumah sendiri.

Kereta sewa juga banyak ditawarkan di Langkawi untuk memudahkan pergerakan pengunjung. Untuk dapatkan maklumat syarikat-syarikat kereta sewa di Langkawi anda boleh baca info kamu terdahulu mengenai senarai kereta sewa murah di Langkawi.

Semoga perkongsian mengenai perkhidmatan feri Penang ke Langkawi ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share info ini.