Senarai Beras Tempatan Di Malaysia Yang Terbaik Di Pasaran
Sokonglah beras tempatan kerana ianya dikeluarkan dalam negara kita. Senarai beras tempatan di Malaysia yang terbaik dalam pasaran ketika ini boleh menjadi panduan anda.
Nanti selepas ini sentiasalah memilih untuk membeli jenama beras tempatan dalam pasaran.
READ: Apa Beza Beras Tempatan Dan Import? Kenali Beza & Kelebihannya
Sebenarnya banyak jenama beras tempatan yang ada di setiap negeri untuk pasaran tempatan.
Untuk kali ini kita akan menyenaraikan jenama beras tempatan yang paling popular sahaja.
Senarai Beras Tempatan Di Malaysia
Di bawah adalah senarai jenama beras tempatan yang popular dikeluarkan dalam negara kita. Lihat 7 jenama beras tempatan yang paling popular dalam pasaran ketika ini.
1. Jasmine Super Special Tempatan
Beras ini adalah beras yang telah mengalami proses pembuangan kulitnya dan kemudian digilap. Hasilnya menjadi bijirin sederhana keras dengan bau yang menyenangkan dan aroma yang sangat menyelerakan selepas dimasak.
Beras ini sesuai untuk masakandi restauran, ruma, Nasi Lemak dan Nasi Goreng.
Beras ini datang dalam pek 5kg, 10kg dan 20kg.
2. Cap Rambutan Super Special Tempatan
Tidak dinafikan lagi beras jenama Cap Rambutan Special Tempatan dengan konsep hidangan dengan Hijau Beras Tempatan ini sentiasa konsisten dalam kawalan kualiti dan ketulenan.
Tidak hairanlah ramai yang menjadikan beras ini pengganti kepada beras import kerana ianya tidak kurang sedapnya dan tinggi kualitinya.
Beras ini sentiasa menjadi pilihan untuk masakan Nasi Goreng dan Nasi Lemak.
Datang dengan pek 5kg dan 10kg, sememangnya beras yang mula diperkenalkan sejak 1983 ini tidak akan luput ditelan zaman.
3. Cap Ketupat Super Special Tempatan
Beras ini diperkenalkan sejak tahun 1983 menawarkan kepada anda beras putih berkualiti tinggi yang dituai dari sawah padi di negara kita.
Beras Cap Ketupat Super Special Tempatan ini dikendalikan pemasarannya oleh OEL Distribution (Kedah) Sdn.Bhd yang berpusat di Kedah.
Datang dengan pek 5kg dan 10kg beras ini memang sentiasa menjadi pilihan ramai.
4. Sri Chengkih Local Super Special
Beras ini memmilik tekstur sangat lembut dan kurang berkanji. Dikatakan beras ini baik untuk kesihatan kita.
Beras ini panjang, tahan lama, putih dan juga tidak mudah basi.
Kelebihan beras ini ialah, ianya sesuai untuk semua jenis masakan.
Didatangkan dengan pek 5kg dan juga 10kg dalam pasaran.
5. Faiza Gold Super Special (Beras Faiza Emas)
Beras yang berkualiti tinggi dan dijamin tulen ini dibungkus menggunakan mesin bagi memastikan kebersihannya sentiasa terpelihara dan terjamin.
Sesuai dengan masakan Nasi Goreng dan Nasi Lemak, beras ini sentiasa menjadi beras kegemaran dan pilihan orang ramai.
Datang dengan pek 5kg dan juga 10kg di pasaran tempatan.
6. Nagasari Super Special Tempatan
Beras ini popular di digunakan untuk semua jenis hidangan, dihasilkan dengan benih padi tempatan yang terbaik.
Datang dengan pek 5kg dan 40kg dalam pasaran.
7. Jati Padi Super Special Tempatan
Diperkenalkan sejak 1993, ianya dibungkus dalam plastik cetakan penuh warna dipasarkan dengan berat 5kg dan 10kg.
Beras ini dikatakan bebas gluten dan tidak alergik daripada semua jenis bijirin.
Ianya mengandungi protein kesemua lapan asid amino.
Beras Jati sentiasa menjadi pilihan orang ramai sejak ianya diperkenalkan dalam pasaran.
Senarai Harga Beras Tempatan Di Pasaran
Senarai harga beras tempatan tidaklah sama antara jenama-jenama yang ada dalam pasaran ketika ini. Ada yang murah dan ada yang sedikit lebih mahal, bergantung kepada kualiti beras tersebut.
Ada masa harga naik, ada masa harga turun.
Walau bagaimanapun harga beras dikawal selia oleh kerajaan dib bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522). Ianya guna untuk mengelak kenaikan harga beras ke paras yang lebih tinggi.
Biasanya harga beras ada tertulis di setiap kampit (pembungkus) beras. Anda kenalah rujuk harga yang tertera sebelum membeli.
Baru ini terdapat cadangan supaya harga beras tempatan diselaraskan ke paras yang lebih rendah berbanding cadangan kerajaan untuk menyelaraskan harga beras ke RM30/10kg.
Jika penyelarasan itu di teruskan, harga siling tunggal beras putih tempatan/import akan diselaraskan ke paras seperti di bawah;
- RM 30 / 10KG
- RM 15.50 / 5KG
- RM 3.50 / 1KG
Harapan kita kerajaan lebih prihatin dengan kebajikan rakyat dan juga kualiti beras yang ada dalam pasaran.
Jika anda mendapati ada peniaga yang menaikkan harga beras secara keterlaluan anda digalakkkan untuk melaporkannya ke KPDN untuk mereka siasat dan ambil tindakan.