5 Jenama Cadar Cotton Terbaik & Popular Di Malaysia

Setuju atau tidak, pemilihan cadar katil sangat mempengaruhi kualiti tidur anda. Cadar katil yang terbaik akan membuatkan anda hangat, menjadikan katil selesa, dan mencantikkan bilik tidur anda.

Senarai jenama cadar cotton terbaik di Malaysia

Mungkin ramai yang ingin mencari cadar katil yang terbaik untuk kualiti tidur yang sempurna tetapi tak tahu jenama cadar katil yang ada di pasaran Malaysia.

Untuk memudahkan anda, bolehlah teruskan membaca artikel ini untuk melihat beberapa senarai jenama cadar cotton terbaik yang boleh anda beli. Sebelum nak beli cadar katil, baca dahulu ciri-ciri cadar terbaik.

Bahan Fiber

  • Gunakan cadar yang diperbuat daripada 100% kapas kerana ia lebih lembut dan tahan lama.

Kiraan Benang (TC)

  • Kiraan benang terbaik adalah sekitar 300TC hingga 500TC untuk kualiti yang lebih premium.

Jenis Lembaran

  • Pilih cadar yang mempunyai jalur elastik pada sudutnya untuk memberikan padanan yang selesa pada tilam.

Kedalaman Poket

  • Sebelum membeli cadar, pastikan cadar anda boleh menampung ketinggian atau ketebalan tilam anda. Contohnya jika tilam anda setebal 30cm, anda sepatutnya membeli cadar yang mempunyai kedalam sekitar 40cm.

Dah tahu kan ciri-ciri cadar yang anda perlu cari? Mari lihat beberapa jenama cadar yang mungkin sesuia dengan keperluan anda.

1. AKEMI Cotton Select Fitted

AKEMI mereka khusus set linen kapas ini agar tahan haus dan menjamin keselesaan anda untuk tidur yang lebih lena. Ia diperbuat daripada bahan 100% kapas twill bersama kiraan benang 730TC.

AKEMI Cotton Select Fitted

Jika anda adalah penggemar cadar yang bercorak, anda boleh memilih rekaan cadar yang AKEMI keluarkan seperti corak bunga, ungu Flove, Fabienne dan Cydion. Selain kualiti tidur yang terjamin, bilik tidur anda pun akan ikut cantik sekali!

Untuk melihat harga dan membeli boleh ke pautan:  https://akemihome.com/my/category/162

2. Novelle Clayvin 5-IN-1 King Comforter

Cadar ini diperbuat daripada 100% kapas dengan kiraan benang 780TC. Kelebihan menggunakan cadar ini adalah ia boleh tahan lama dan yang paling penting selesa!
Novelle Clayvin 5-IN-1 King Comforter
Selain cadar yang menjamin keselesaan dan bahan fiber yang berkualiti, set cadar jenama ini juga dilengkapi dengan selimut,  sarung bantal, dan sarung bolster.
Jadi, mudahlah untuk anda memasang cadar katil dan bantal-bantal bila semua dah ada dalam satu set.
Untuk melihat harga dan membeli boleh ke pautan:  https://iprice.my/novelle/

3. Jean Perry Clinton Kintore

Ruangan bilik anda sejuk dengan penghawa dingin? Anda mungkin memerlukan set cadar Jean Perry Clinton yang table dan selesa ini. Set ini didatangkan bersama selimut, cadar, sarung bantal, dan sarung guling yang mudah dipasang.

4. Ann Taylor Super Star Junior

Selain katil orang dewasa, Ann Taylor mengeluarkan cadar untuk kanak-kanak pula.

Ibu bapa sangat mementingkan keselesaan anak-anak ketika tidur, jadi pilihan cadar ini sangat digalakkan kerana cadar yang diperbuat daripada bahan kapas eko.

Cadar anak-anak akan menjadi selembut sutera, saliran pengudaraan yang selesa, tahan lama seperti poliester, dan yang paling penting anti-habuk hama.

5. Essina Egyptian Royale 
Set cadar ini sesuai untuk anda yang mencari cadar mewah kerana ia diperbuat daripada bahan 100% kapas Mesir yang berteksturkan cadar paling lembut yang anda pernah rasai.
Kualiti cadar yang mewah menjaminkan ia tahan lama, tahan , dan semakin lembut apabila semakin lama ia digunakan.
Untuk melihat harga dan membeli boleh ke pautan: https://www.essina.my/
Cadar yang terbaik dapat memberikan anda tidur yang berkualiti yang anda layak dapatkan. Harga juga boleh dikatakan mampu milik walaupun agak mahal.
Jika artikel ini dapat membantu anda mencari cadar cotton yang terbaik di Malaysia, anda boleh berkongsi pendapat di ruang komen kami.