Kebenaran Pemakaian Pakaian Tradisi Mengikut Kaum Di Sekolah Oleh KPM

Ada banyak program yang biasanya dijalankan oleh pihak sekolah dari masa ke semasa, baik peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Antaranya ialah aktiviti kebudayaan dan kesenian yang melibatkan murid atau pelajar.

Kekeliruan sering berlaku bila mana sama ada boleh tak boleh murid memakai pakaian tradisi pelajar masing-masing ke sekolah untuk tujuan aktiviti kebudayaan dan kesenian tersebut.

Kebiasaannya selain school uniform, pelajar biasanya dibenarkan memakai baju Pendidikan Jasmani dan juga baju rumah sukan masing-masing.

READ: Jenama Beras Murah Tapi Sedap Yang Ada Di Malaysia

Kini kekeliruan ini sudah terjawab kerana pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan media berkenaan perkara ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan memaklumkan ia selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 3/1984: Garis Panduan Mengenai Aktiviti-Aktiviti Kebudayaan di Sekolah-Sekolah yang membenarkan murid memakai pakaian tradisi bersesuaian dan sopan sewaktu menghadiri aktiviti kebudayaan serta kesenian.

Kenyataan media kebenaran pemakaian pakaian tradisi ke sekolah

Sila rujuk gambar di atas.

Selepas ini harap tidak timbul lagi persoalan berkenaan perkara ini kerana KPM telah mengeluarkan kenyataan rasmi.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai perkara ini, anda boleh hubungi pihak KPM atau layari laman website rasmi KPM untuk maklumat perhubungan.

Dengan adanya kebenaran ini, diharapkan murid lebih seronok dan menikmati sesi dan proses pembelajaran di sekolah.

Perkembangan ini baik untuk para pelajar dan warga sekolah.