Semakan Keputusan UPSR Online & SMS

Semakan keputusan UPSR secara online & SMS untuk pelajar yang telah menduduki peperiksaan tersebut tahun ini. Tidak lama lagi akan berlangsung peperiksaan UPSRĀ  untuk tahun 2020 ini. Diharapkan para pelajar sudah bersedia. Sila download jadual peperiksaan UPSR tahun ini jika anda belum memilikinya. Kali ini kami kongsikan dengan anda cara untuk membuat secara online dan juga SMS.

Peperiksaan UPSR tahun ini dijangka akan ditunda tidak seperti tahun sebelumnya kerana COVID-19. Walau bagaimanapun pelajar perlulah bertabah dan mengambil sesi positif. Anda kini mempunyai ruang dan masa lebih banyak masa untuk siapkan diri menghadapi peperiksaan tersebut.

Untuk maklumat lebih terkini dan terperinci sila baca di sini.

Baca juga: Permohonan Kemasukan Ke SBP Tingkatan 1 Online

Kali ini kita akan kongsikan 2 cara untuk membuat semakan iaitu secara online dan secara SMS.

Kedua-dua cara semakan ini senang digunakan. Jika anda ingin membuat semakan melalui online, pastikan anda memiliki kemudahan capaian internet manakala semakan melalui SMS seperti biasa memerlukan anda mempunyai kredit airtime untuk menghantar SMS.

Cara yang paling cepat ialah menggunakan sistem applikasi Short Messege System (SMS). Semua ini boleh dilakukan bila-bila masa dan dimana sahaja anda berada.

Semakan Keputusan Peperiksaan UPSR

Di bawah adalah cara menggunakan kedua-dua cara tersebut. Terpulanglah kepada anda mana satu cara yang sesuai dengan anda. Kedua-duanya adalah mudah digunakan dan tidak memerlukan kemahiran IT yang tinggi.

Kalau selalu melayari internet pasti boleh. Begitu juga secara SMS.

Semakan Secara Online

Cara ini paling popular. Sekarang ini hampir semua orang dapat mengakses internet. Semakan secara online memerlukan anda layari laman sesawang atau portal ini https://sppat.moe.gov.my/semakan/

Semakan keputusan UPSR online dan SMS

Dilaman itu masukkan No. MyKad (Kad Pengenalan) diruangan yang disediakan dan juga angka giliran anda ketika menduduki peperiksaan UPSR.

Link tersebut akan diaktifkan apabila sampai masanya keputusan peperiksaan UPSR diumumkan.

Hasil paparan keputusan tidaklah selengkap (details) seperti mana yang ada dalam slip keputusan peperiksaan UPSR yang sebenar nanti, tetapi ianya cukup untuk memberi gambaran keputusan anda.

Anda dinasihatkan untuk datang ke sekolah asal anda untuk mendapatkan slip peperiksaan anda. Anda perlukan slip tersebut untuk sambung pengajian ke Tingkatan 1

Semak Guna SMS

Jika anda tidak mempunyai kemudahan internet, anda juga boleh membuat semakan menggunak SMS. Ini cara yang paling mudah dan cepat.

Semakan secara SMS adalah antara yang paling banyak digunakan oleh pelajar dan ibubapa kerana maklum balasnya lebih pantas.

Untuk membuat semakan secara SMS sila rujuk gambar di bawah sebagai panduan anda.

Tips Menghadapi Peperiksaan UPSR

study smart not study hard untuk peperiksaan UPSR

Tips menghadapi peperiksaan UPSR. Tahukan anda bahawa untuk berjaya dalam peperiksaan tidaklah bergantung sepenuhnya kepada usaha keras (study hard) sahaja. Ada masanya kita melihat pelajar yang kelihatan malas belajar atau mengulangkaji pelajarnya mampu mendapat keputusan UPSR yang jauh lebih cemerlang.

Ini kerana selain usaha keras, sistem belajar yang betul juga penting untuk dipraktikkan. Tips belajar untuk menghadapi peperiksaan UPSR perlu dikuasai oleh semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR untuk menambah peluang/kemungkinan kejayaan nanti.

Terdapat berberapa tips berguna dan berkesan yang anda boleh baca dan praktikan. Jika anda ada masa layari tips menghadapi peperiksaan UPSR di SINI.

Kepada yang menduduki peperiksaan UPSR tahun ini kami ucapkan semoga berjaya!. Kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain.

Semoga informasi ini mengenai semakan keputusan UPSR ini bermanfaat. Mohon like dan share artikel ini agar ianya boleh dimanfaatkan oleh rakan-rakan anda yang lain.