Keretapi Ke Padang Besar Dari Kuala Lumpur & Harga Tiket

Keretapi ke Padang Besar dari KL (Kuala Lumpur). Ingin pergi ke Padang Besar?Padang Besar terletak di negeri Perlis dan merupakan tanda sempadan antara Malaysia dan Thailand. Terdapat pelbagai tempat menarik di Padang Besar yang wajib dikunjungi.

Antaranya ialah Wang Kelian, Padang Waremart, Pasar Satun serta Pasar Padang Besar.

Terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk pergi ke Padang Besar dari Kuala Lumpur dan pilihan yang paling popular dan mudah ialah dengan menggunakan servis kereta api.

Lebih lebih lagi, kini sudah ada kereta api ETS baharu yang menjadikan perjalanan lebih cepat dan mudah.

Apa kata percutian anda seterusnya jadikan Padang Besar sebagai destinasi pilihan anda.

Syarikat kereta api yang menawarkan perkhidmatan untuk pergi ke Padang Besar, Perlis dari Kuala Lumpur Sentral ialah syarikat Keretapi Tanah Melayu (KTM).

Kereta api yang beroperasi dari KL Sentral ke Padang Besar dinamakan sebagai ETS (high speed Electric Train Services).

ETS merupakan sejenis perkhidmatan kereta api elektrik antara bandar dan memiliki kelajuan sebanyak 160 km per jam.

Terdapat dua jenis ETS yang disediakan untuk penumpang iaitu ETS Platinum (EP) dan ETS Gold (EG).

Jadual Perjalanan Kereta Api

Perkhidmatan kereta api ditawarkan untuk setiap hari bagi kemudahan penumpang. Perkhidmatan kereta api pertama beroperasi pada pukul 7.08 pagi manakala, trip terakhir ditawarkan pada pukul 10.56 malam.

Sebanyak 6 trip perjalanan ditawarkan bagi laluan perjalanan ini.

Selain itu, jumlah masa diambil untuk sampai ke destinasi menggunakan ETS Platinum ialah dalam anggaran 4 jam 45 minit.

Manakala, anggaran masa diambil untuk sampai ke Padang Besar jika menggunakan ETS Gold ialah dalam anggaran 5 jam 30 minit.

Boleh check jadual perjalanan di sini.

Harga Tiket

Harga tiket yang ditawarkan bergantung pada jenis ETS yang dipilih oleh para penumpang. Harga tiket bagi perjalanan Kuala Lumpur Sentral – Padang Besar menggunakan ETS Gold bermula dari harga RM79.

Manakala, harga tiket perjalanan jika menggunakan perkhidmatan ETS Platinum bermula dari RM 102.

Nampak tak beza harga, tetapi berbaloilah sebab ETS Platinum masa perjalanan sampai ke Padang Besar lebih singkat berbading ETS Gold.

Harga tiket ini boleh berubah dan biasanya menjadi murah jika sebarang promosi ditawarkan.

Para penumpang boleh menyemak harga tepat dari laman web penempahan tiket dari masa ke masa.

Cara Book Tiket Online

Para penumpang boleh menempah dan membeli tiket secara terus dari Stesen Kereta api KL Sentral atau mana mana kaunter di stesen kereta api di Malaysia.

Biasanya, penempahan ini perlu dilakukan dengan awal sebelum beberap minggu dari tarikh perjalanan.

Namun, pilihan paling digemari oleh penumpang ialah dengan menempah secara atas talian di laman web penempahan tiket.

Penumpang boleh melakukan penempahan online di laman web Book KTM, ETS & Intercity Train Ticket Online In Malaysia – KTMB atau menggunakan laman web lain seperti Easybook.com mengikut kesukaaan masing- masing.

Penempahan atas talian sudah tentu memudahkan dan menjimatkan masa dan tenaga penumpang.

Penempahan atas talian turut membolehkan penumpang memilih tarikh dan trip perjalanan yang sesuai mengikut kesesuaian.

Pembayaran boleh dilakukan melaui atas talian dan terdapat pelbagai pilihan pembayaran ditawarkan.

Antaranya ialah dengan menggunakan kad debit, kad kredit, perbankan online (melalui FPX), Google Pay dan Ali Pay.

Penumpang akan menerima notifikasi sebagai tanda pembayaran telah lengkap di email yang diberikan. E-tiket turut disertakan sekali.

Maklumat Perhubungan

Berikut merupakan maklumat perhubungan bagi syarikat KTM. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan secara terus dengan menghubungi nombor di bawah.

Alamat: Jalan Sultan Hishamuddin, 50621 Kuala Lumpur, Malaysia.
Nombor telefon: +603 22671200

Atau layari laman website rasmi KTMB untuk meklumat terperinci mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka.

Harap sedikit informasi mengenai jadual dan harga tiket keretapi ke Padang Besar dari KL ini bermanfaat. Marilah kita bersama menyokong industri pelancongan dan pengangkutan awam dalam negara kita.