Keretapi KL Ke Tanah Merah Harga Tiket & Jadual Perjalanan

Keretapi KL ke Tanah Merah Kelantan. Pernah pergi ke Tanah Merah, Kelantan dari KL Sentral menaiki kereta api?

Perjalanan menggunakan kereta api dianggap lebih murah serta selesa. Jika selama ini anda guna bas, apa kata kali ini naik kereta api pula.

Ianya menyajikan pengalaman yang berbeza berbanding naik bas ekspress.

Syarikat Keretapi Tanah Melayu (KTM) menyediakan perkhidmatan kereta api untuk pergi ke Tanah Merah dari KL Sentral.

Sebenarnya, tiada ada kereta api yang terus bergerak dari KL sentral ke Tanah Merah.

Oleh itu, para penumpang dikehendaki mengambil kereta api dari KL Sentral ke Gemas, Negeri Sembilan dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Tanah Merah.

KL Sentral ke Gemas

Penumpang perlu mengambil ETS dari KL Sentral untuk sampai ke Gemas.

ETS merupakan sejenis perkhidmatan kereta api elektrik antara bandar dan memiliki kelajuan sebanyak 160 km per jam.

Terdapat dua jenis kereta api ETS iaitu ETS Gold dan ETS Platinum. Rujuk beza antara ETS Gold dan ETS Platinum.

Ada sedikit perbezaan terutama kelajuan, jumlah hentian (stops) di stesen keretapi dan masa bertolak antara keduanya.

Anda boleh cuba kedua-dua pada hari berlainan jika anda mahu. Yang pastinya, ianya menjanjikan kepuasan kepada pengguna.

Harga Tiket

Harga tiket bergantung pada jenis ETS dipilih. Harga bagi ETS Gold bermula dari RM 31, manakala, harga bagi ETS Platinum bermula dari RM 40.

ETS Platinum agak mahal sedikit disebabkan ia lebih laju berbanding ETS Gold.

Ada beza dalam RM9 jer pun. Terpulanglah yang mana satu pilihan hati.

Jadual Perjalanan

Perkhidmatan kereta api bagi laluan KL Sentral-Gemas disediakan untuk setiap hari.

Trip pertama ditawarkan pada pukul 12.19 tengah hari, manakala trip terakhir disediakan pada pukul 9.40 malam.

Sebarang perubahan dalam jadual perjalanan akan dimaklumkan dalam laman web KTM atau mana- mana lama web penempahan tiket.

Anggaran masa diambil untuk sampai ke Gemas ialah dalam 2 jam 20 minit.

Gemas ke Tanah Merah

Setelah sampai ke Gemas, penumpang bolehlah mengambil KTM Intercity East Cost Line untuk meneruskan perjalanan ke Tanah Merah.

Ini kerana sekarang ini belum ada perkhidmatan ETS untuk laluan tersebut.

Bergantung kepada keperluan, mungkin akan disediakan pada masa akan datang. Sudah tentu kalau ramai penumpang, pasti adalah nanti tu.

Harga tiket bagi perjalanan dari Gemas, Negeri Sembilan ke Tanah Merah Kelantan bermula dari RM 39.

Perkhidmatan kereta api bagi laluan perjalanan ini disediakan pada setiap hari.

Namun, hanya satu trip perjalanan ditawarkan per hari, iaitu pada pukul 1.18 pagi.

Penumpang perlu pastikan anda sampai ke stesen kereta api awal, bagi mengelakkan ketinggalan kereta api.

Anggaran masa diambil untuk sampai ke destinasi ialah dalam 10 jam 40 minit.

Cara Book Tiket Train

Terdapat dua cara untuk membeli tiket sama ada secara manual dari stesen kereta api di KL Sentral bagi perjalanan (KL Sentral-Gemas) dan Gemas (Gemas-Tanah Merah) ataupun secara atas talian.

Penempahan tiket secara atas talian merupakan cara paling digemari dalam kalangan penumpang.

Cara ini dianggap lebih mudah, menjimatkan masa dan efisien. Lebih lebih lagi, penempahan atas talian membolehkan penumpang memilih tarikh dan trip perjalanan yang sesuai mengikut kesesuaian.

Antara laman web yang boleh digunakan untuk menempah tiket ialah Book KTM, ETS & Intercity Train Ticket Online In Malaysia – KTMB ,Easybook.com dan BusOnlineTicket.com.

Penumpang boleh melakukan pembayaran setelah berjaya menempah tiket. Terdapat pelbagai pilihan pembayaran ditawarkan.

Antaranya ialah dengan menggunakan kad debit, kad kredit, perbankan online (melalui FPX), Google Pay dan Ali Pay.

Satu notifikasi dihantar ke emel didaftar sebagai tanda pembayaran telah lengkap. E-tiket turut disertakan sekali.

Maklumat Perhubungan

Berikut merupakan alamat serta nombor perhubungan bagi terminal kereta api. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan dengan menghubungi nombor di bawah.

Nombor telefon: +603 22671200
Alamat:
Gemas Train Station, Kawasan Industri Gemas, 73400 Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia.
Tanah Merah Railway Station, 17500 Tanah Merah, Kelantan, Malaysia.
Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia.

Semoga sedikit informasi umum mengenai Harga Tiket dan jadual keretapi KL ke Tanah Merah Kelantan ini bermanfaat kepada anda. Marilah menyokong industri pengangkutan awam dalam negara kita.