Kos Hantar & Berapa Lama Penghantaran Kereta Ke Sabah

Ada 2 soalan penting yang sering kami ditanya mengenai penghantaran kereta ke Sabah. Soalan mengenai kos hantar kereta ke Sabah sering menjadi persoalan.

Nampaknya ramai yang bercadang pos kereta mereka ke Sabah dari Semenanjung.

READ: Cara Hantar Kereta Ke Sabah Sarawak: Kos & Prosedur

Baiklah, kali ini kita cuba bagi sedikit informasi mengenai harga hantar kereta ke Sabah.

Kos Penghantaran Kereta Port Klang ke Kota Kinabalu

Soal harga kos hantar ini perkara yang tiada kepastian yang tuntas. Ini sebab harga biasanya turun naik ikut masa dan musim.

Begitu juga kos juga boleh berbeza antara agent shipping pos hantar kereta.

Kos juga berbeza mengikut permintaan dan keperluan pelanggan. Ada yang mahu keretanya dihantar sampai pintu rumah, ada yang nak ambil sendiri di pelabuhan.

Keperluan dan kemahuan pelanggan ini tentu sekali akan membezakan harga atau kos hantar.

Ambil contoh harga hantar kereta ke Sabah dari agen Ocania. Rujuk jadual harga mereka di bawah.

Kos penghantaran kereta ke Sabah

Yang di bawah nie pula dari Nizaf Mover.

Mereka menawarkan pakej mereka dan sudah tentu ada sedikit beza harga bergantung kepada tawaran dan nilai tambah perkhidmatan yang diberi.

Apa pun, secara keseluruhannya kos atau harga tidaklah jauh berbeza antara agent shipping ini. Kalau anda pandai runding mungkin masih boleh dapat harga yang sedikit rendah lagi.

Ok, selesai mengenai kos penghantaran kereta ke Sabah. Mari beralih pula ke persoalan yang satu lagi iaitu berapa lama penghantaran kereta ke sabah.

Berapa Lama Penghantaran Kereta Ke Sabah

Semenanjung dan Sabah nie tidaklah dekat sangat. Kalau naik flight ambil masa penerbangan lebih kurang 2 jam 45 minit baru sampai.

Nah, bayangkan kalau naik kapal kargo. Tentu masa yang di ambil lebih lama lagi.

Walau bagaimanapun biasanya masa yang diambil ialah 7 hinggi 10 hari berkerja untuk kereta anda sampai dari Port Klang ke Kota Kinabalu (KK).

Jika anda mahu kereta anda dihantar secara door to door atau dihantar sampai ke depan pintu anda akan ada tambahan masa lebih kurang 1 hingga 2 hari lagi.

So, kenalah bersabar sedikit bila hantar kereta guna shipping nie.

Baiklah, harap informasi ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Selamat berurusan menghantar kereta anda ke Sabah.