Maksud Warna Bendera Malaysia Jalur Gemilang Yang Wajib Anda Tahu

Sempena bulan kemerdekaan ini mari ketahui serba ringkas mengena sejarah bendera Malaysia, pencipta bendera Malaysia dan maksud warna bendera Malaysia untuk kita lebih mudah menghayati erti kemerdekaan negara kita.

Mari telusuri sedikit mengenai perkara-perkara berikut mengenai Jalur Gemilang untuk pengetahuan kita bersama.

READ: Tawaran Biasiswa OSK Scholarship Untuk Pelajar Malaysia

Sejarah Bendera Malaysia

Bendera Malaysia atau pada awalnya disebut sebagai bendera Persekutuan Tanah Melayu adalah inspirasi dari Bendera Johor.

Dicipta oleh Mohamed Hamzah pada tahun 1949.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang dicipta oleh beliau ini digunakan dari tahun 1950 hingga 1963.

Reka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu
Bendera Persekutuan Tanah Melayu

Selepas pembentukan Malaysia pada 1963 bendera Persekutuan Tanah Melayu mengalami sedikit lagi pengubahsuaian.

Bendera Malaysia yang digunakan hari ini adalah hasil pindaan atau pengubahsuai reka bentuk asal ciptaan Mohamed Hamzah pada tahun 1949.

Maksud Warna Bendera Malaysia

Mungkin ramai yang tidak faham atau tahu pun mengenai maksud warna-warna yang ada dalam bendera Jalur Gemilang kita.

Amat penting memahaminya kerana bendera itu adalah identiti negara kita.

Setiap warga negara seharusnya faham maksud setiap bentuk dan warna dalam bendera Malaysia.

Berikut adalah maksud bendera Malaysia:

  • Warna Merah: Membawa maksud keberanian
  • Bintang Pecah 14: Menunjukkan perpaduan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan
  • Warna Putih: Membawa makna kesucian dan keluhuran
  • Warna Kuning Anak Bulan dan Bintang: Adalah warna Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu
  • Bulan & Bintang: Melambangkan agama Islam sebagai agama Pesekutuan negara
  • Warna Biru Tua: Menunjukkan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam negara.
Senarai maksud warna bendera Malaysia
Sumber: JPenerangan

Kibarkan Jalur Gemilang sempena bulan Kemerdekaan ini untuk menzahirkan rasa cinta akan negara serta menyemarakkan lagi semangat kebersamaan sesama kita.