MySalam B40 Pendaftaran, Cara Claim & Semakan Status Online
MySalam B40 pendaftaran dan semakan secara online skim perlindungan kesihatan takaful untuk golongan B40. Pernah dengar tentang ini?
Ok sebelum itu mungkin ramai masih kabur atau tak jelas mengenai apa itu B40. Anda boleh baca mengenai B40 di sini. Boleh baca jika berminat.
Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda cara-cara melakukan pendaftaran dan semakan MySalam untuk makluman anda.
Skim Perlindungan Kesihatan MySalam B40
Kerajaan Malaysia telah menawarkan dan memberikan satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan mySalam yang istimewa yang diberikan secara percuma kepada kumpulan B40.
Pendaftaran mySalam secara online telah dilakukan sejak 1 Januari 2019 lagi kepada mereka yang layak.
Menurut info terbaru diportal menyatakan bahawa ‘Perluasan Skim MySalam M40 ditangguh‘ buat masa ini.
Sila rujuk gambar pengumuman di bawah. Kami akan kemaskini infomasi di page ini dari masa ke semasa.
Di bawah ada sedikit infomasi umum mengenai skim tersebut.
Skim MySalam ini dapat membantu penerima manfaat di dalam kehidupan mereka sehari-hari terutamanya mereka yang bekerja sendiri atau memperoleh gaji harian.
Tuntutan takaful yang diterima daripada skim MySalam ini boleh memberi kelegaan sementara bagi membantu mengekalkan keperluan hidup dan perbelanjaan harian, sementara menjalani rawatan perubatan yang diperlukan.
Semakan MySalam Online
Jika anda adalah Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 dan berumur di antara 18 tahun ke 55 tahun, adalah layak untuk menerima faedah mySalam secara automatic beserta dengan pasangan anda.
Semakan secara online boleh dirujuk secara online.
Semakan boleh dibuat di https://www.mysalam.com.my.
Semua pemohon yang layak telah dimaklumkan melalui pesanan ringkas SMS sejak 1 Mac 2019 lagi.
Jika anda tidak menerima apa-apa SMS sejak mengetahui layak akan skim ini, silalah berhubung pihak mySalam melalui e-mail di info@mysalam.com.my atau boleh lah menghubungi terus ke talian mySalam di 1300888938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Manfaat MySalam B40
Skim takaful perlindungan kesihatan percuma mySalam ini akan memberi manfaat pembayaran dibuat sekali dalam bentuk wang tunai sebanyak RM8,000 setelah pemohon didapati atau didiagnos salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang disebut.
Jika penerima mySalam ditahan di mana-mana hospital kerajaan, elaun hospitalisasi harian akan diberi sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun.
Semua penerima manfaat mySalam boleh membuat tuntutan mereka sejak 1 Mac 2019 lagi.
Anda boleh merujuk senarai hospital kerajaan Malaysia di lama web my Salam di www.mysalam.com.my
Berikut adalah senarai-senarai 36 jenis penyakit kritikal tersebut.
- Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
- Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
- Meningitis Bakteria – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian
- Tumor Otak Benign – keterukan tertentu
- Buta – kekal dan tidak boleh pulih
- Pembedahan Otak
- Kanser – keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awal
- Kardiomiopati – keterukan tertentu
- Anemia Aplastik Kronik – mengakibatkan kegagalan kekal sumsum tulang
- Koma – mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal yang berterusan
- Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
- Pekak – kekal dan tidak boleh pulih
- Ensefalitis – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
- AIDS Dengan Gejala Penuh
- Hepatitis Viral Fulminan
- Serangan Jantung – keterukan tertentu
- Pembedahan Injap Jantung
- Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
- Kegagalan Buah Pinggang – memerlukan dialisis atau transplan buah pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Hilang Keupayaan Bertutur
- Trauma Kepala Major (Teruk) – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian
- Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
- Penyakit Neuron Motor – defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal berterusan
- Sklerosis Multipel
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan Anggota
- Penyakit Parkinson – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – keterukan tertentu
- Penyakit Arteri Koronari Serius
- Strok/Angin Ahmar – mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom-simptom klinikal berterusan
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
- Kelecuran Tahap Ketiga – keterukan tertentu
Adakah Skim Perlindungan Kesihatan MySalam B40 Patuh Syariah
Great Eastern Takaful Berhad, sebuah pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Islam 2013, dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM), telah diberikuasa sebagai pengendali skim mySalam ini.
Menurut pengendali ini, skim mySalam ya memang patuh-Syariah yang diuruskan mengikut prinsip-prinsip syariah.
Cara Claim MySalam
Untuk claim anda layari portal MySalam di pautan yang ada di bawah.
- Portal Tuntutan Secara Online: Permohonan Tuntutan MySalam
Untuk makluman anda hanya mereka penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) dan telah menerima makluman kelayakan secara SMS yang boleh mengemukakan tuntutan.
Walau bagaimanapun anda boleh berhubung terus dengan pihak mySalam.
Maklumat Lanjut
Bagi penerima manfaat mySalam, semakan maklumat lanjut seperti kelayakan Skim, butiran manfaat, manfaat kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain boleh diakses melalui portal atas talian https://www.mysalam.com.my/b40/public/ dengan melog masuk menggunakan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
Semoga perkongsian sedikit informasi mengenai pendaftaran dan semakan skim perlindungan kesihatan MySalam B40 online ini bermanfaat kepada anda.